Movie start at 11.45am. Kitaorang kuar rumah 10.30am, tapi trap in jammed and 11.45am tuh, kitaorang tak sampai pon lagi area Wangsa Maju. My hubby da sikit baran, n speeding bila jalan da okay sket. Dia da give up & nak tengok citer lain. Aku bagitau, mesti citer tuh drag sket showing time dia. Confirm 12pm baru start. Time sampai kat cinema, kol 12.05pm & baru start about.... erm tak sure... tunjuk kartoon Disney yang lama. Cam opening gitu. Huhu....
Personally, aku rase jalan citer Frozen adalah jalan cerita yang biasa. Kisah 2 puteri. Si kakak, Elsa, mempunyai kuasa magik untuk menurunkan salji dan tidak mampu mengawalnya. Si adik, Anna, seorang yang periang & normal. Disebabkan satu kemalangan semasa mereka kecil, Elsa mengurungkan dirinya dalam bilik. Ibu & bapa dorang mati & hilang dilaut.
Selepas 3 tahun kematian ibu bapa mereka, Elsa ditabalkan menjadi Ratu kerajaan negeri tersebut tetapi dia tidak mampu menyembunyikan kuasa nya dan menukarkan musim panas ke musim sejuk. Sedih dengan kenyataan ini, Elsa melarikan diri ke kawasan gunung & Anna bersama rakan2nya mencari Elsa untuk menukarkan kembali semua menjadi bentuk asal. Berjayakah mereka?
Dari segi cerita, tak lari dari filem2 animasi Disney yang lain. Penuh magikal & music. After keluar dari movie, tiada apa yang boleh dikenang. Hihi... But not bad untuk mengisi waktu lapang ngan famili ujung2 minggu.
Lepas tengok movie, my hubby ajak makan. But as always, tak tau nak makan mana. Dalam Wangsa Walk tak la banyak kedai makan yang belum kitaorang cuba. Aku bagi cadangan untuk g TGI Friday, trust me, aku tak penah pon makan kat situ. Tapi on the way jalan sana, my hubby ternampak BBQ Chicken & ada perkataan Korea disitu. Ape lagi kan? Meh kita try...
Kitaorang duduk open air space. Tengok cam best je Jerk BBQ dalam pamplet kat atas kan? Tapi since aku da banyak kali kecewa dengan kualiti ayam panggang kat restoran kat Malaysia, aku takkan order untuk try arini. Hihi...
Kalau korang nak try makan kat sini, boleh order ala-carte or meal. Meal boleh pilih 2 side dishes (pilihan : Kochi (cam satay ayam digrill + capsicum) atau fried calamari atau pomme frite (french fries jek :-P) atau BBQ Torpedo Prawn atau Coleslaw) atau grill corn atau grill pineapple. My hubby order Korean Charbroiled meal + coleslaw + grill pineapple. Harga set ni RM 17.90. Aku try a bite of the chicken. Lembut & tak kering. Presentation plate ni main campak jela kan? Serve sekali dengan garden salad. Kalau ada special sos, mesti lagi sedap.
Untuk aku lak, aku order Hot Hot Drums meal plus Kochi + pomme frite as side dishes. Harganya, RM 19.90 per meal. Yup, bagi aku tak la pedas sangat. Ala2 ayam Korea KFC itu ari, bezanya cuma sos Korea tuh coated penuh kat ayam tuh. Kepedasannya aku ranking level 1 dari level 10. But my hubby kata pedas. Huhu... Kochi plak, ayam dia lembut n agak manis. Kalau camni la dorang grill ayam, ada harapan aku try Jerk BBQ untuk next visit!
Selain tu kitaorang order Rice Ball - harga RM7.90. Rasa Rice Ball ni macam banyak MSG je, huhu... tak tau la, Korea kan banyak guna serbuk. Kalau dorang bulatkan nasi ni dengan kemas, mesti chomel kan? Untuk air, aku order fresh orange & my hubby order air tembikai. Yamin share air ngan aku je. Bila sampai, 2-2 air tembikai. Haha... bedal jela...
Bagusnya, after one hour, kitaorang da abes makan & terus g Alpha Angle untuk shopping baju my hubby. Actually, my hubby plan nak belikan kitaorang semua baju. Huhu... feel bad sebab bulan ni xde income, so membebankan my hubby plak. Since my hubby da 'berubah' ni kan, alhamdulillah dia tak berkira cam dulu dari segi duit. Tapi no no no Hadija, jangan amik kesempatan!
Sesampai Alpha Angle, kitaorang tak amik masa yang lama untuk keluar balik. Nak tau nape? Well, Alpha Angle da tak banyak tarikan untuk shopping la... haha... so, kitaorang cuma spent like 15 minutes je kat situ & kuar ke Aeon Keramat AU2 plak.
My hubby beli satu T-Shirt & kemeja. Kasut sepasang. As for me, aku malas nak shopping sebab xde yang berkenan. Lagipun, aku tengok pattern baju kat situ lama2, abeskan stok ke per?
Turun ke tingkat bawah, ada kedai2 baju yang bukak small booth kat situ. Aku ternampak baju ala2 kemeja kotak2 warna biru. My hubby kata beli jela. Atas kerajinan makcik tuh promote, aku pon terbeli 2 baju kemeja + satu skirt. Semua sekali RM 200 and I feel bad. My hubby okay je, tapi aku yang sian kat dia. Huhu... Satu baju tuh da ada tudung kat umah, satu lagi belum ada. Tapi takkan la nak beli sekarang kan?? Huhu...
Time kuar dari Aeon Keramat AU2 adalah kol 7pm. Misi belum selesai lagi. Hihi... nak g Pasar Borong Selangor beli lauk untuk seminggu. Actually ada 2 ekor ikan cencaru & beberapa ikan kembung kecik kat rumah. So, aku beli beberapa drumstick untuk Yamin, ikan siakap seekor & ketam 4 ekor. My hubby g outstation 2 hari minggu depan, jadi cuma 3 ari je makan kat umah.
Sampai rumah 10.30pm... Sangat la flat.
Ahad, my hubby masuk opis sampai tengahari. Aku kemas2 sikit rumah dengan Yamin. Yamin pon bangun kol 10.30am, memang penat nyopping la tu. For lunch & dinner, aku masak sup tulang je. Petang pusing2 naik keta.
Semalam aku terpaksa amik cuti sebab babysitter Yamin balik kampung. Plan nak antar Yamin kat rumah mak, tapi risau beliau ngamuk2, aku tak antar. Lepak kat rumah sampai kol 1pm & g rumah Kak Atie kejap. Balik tuh lepak rumah mak & balik dalam kol 6pm.
My hubby sampai rumah dari Johor kol 2am kot... pagi ni g Terengganu plak... huhu... sian tol!
No comments:
Post a Comment