Sunday, 15 December 2013

Testimoni : 10 Hari Advance Slim

As always, terjebak nak try Advance Slim dari FB la ape lagi! Ramai bagi testimoni kata produk ni berkesan. Erm, betul ke? So, try sekotak dulu ye... Harga sekotak RM 120. Yang membuatkan yakin sebab ada logo halal plus diluluskan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia. 
Aku malas nak beli banyak2 walaupun agen penjual tuh promo beli 3 kotak, bagi benda free lagi. Tapi malas ah... Kang jadi cam produk2 lain yang aku try dulu. Last2 ke tong sampah je :-P Lagipun bulan ni, da terlalu banyak aku spent untuk produk kesihatan yang ntah berkesan atau tak. Huhu...

Sebelum beli, aku survey dulu. Sebabnya, aku ada amik ubat tiriod, takut ada effect yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat aku tuh. Tapi according to the agent, takde masalah sebab dia buang lemak guna air kencing je. Sebab tengok testimoni orang ilang 5kg dalam seminggu, aku pon terjebak... huhu... 


Ini testimoni aku...

Day 1
Aku minum Advance Slim pukul 9am. Memula aku ingat kan Advance Slim ni cam fiber drink, rupa2nya lebih pada juice drink. Then aku minum 2 liter air. Yup, aku memang peminum air masak tegar :-P Kol 10am, aku amik lak Ageloc R2 Nuskin (supplement untuk kulit dari USA - yang ni aku akan tulis separate review). Dan lepas amik Ageloc R2, badan memang akan rase suam2 sikit. Kol 10.30am, officemate ajak g Putrajaya. Baru ingat nak makan breakfast. Huhu...

Bawak satu liter air sebagai bekal. Tapi walau da minum 2 liter air dari pagi, tak tau nape aku jarang g toilet :-| Memang xtau nape ok? Ada sikit pening kat kepala, tapi tak la teruk sangat. Aku akan rase pening camni bila badan panas & lapar (hihi...)


Balik opis dalam kol 12pm, aku makan nasi lemak - as sarapan & breakfast. Aku tunggu lepas 30 minit and minum air masak lagi (konon taknak perut muncit). Kirim ngan budak opis yang kuar lunch untuk blikan aku coklat cadbury badan, bar kecik.


Sampai petang, teka la berapa liter aku da abes? 4 liter!!! Huhu... dan aku kurang ke toilet. 4 kali je kot... 


So, aku antar la PM kat FB kat penjual Advance Slim tuh. Dia kata maybe sebab 1st day, nanti lama2 ok la tuh... huhu...


Balik keje, memang pening belum ilang. Makan nasi for dinner & rase pening tuh kurang sikit. Tapi badan still rase panas.


Malam aku minum 1liter lagi. Waaa... total 5liter aku minum ari, memang mahsyuk!

Day 2
Kol 8am, aku start amik Advance Slim & minum air sikit demi sikit. Nak kuar jalan2. Ada rase pening akan rase perut kosong. And takde rase nak makan. Dalam kereta, minum air sikit2 je. Lunch, makan nasi campur. Kurang nasi, sayur tauge + ikan talapia goreng sambal + siput sedut masak lemak. Ulam raja. Ohh... memang haven! Tapi as always, aku tak minum air pas makan. Terus balik. Sampai rumah, rase badan sakit2 n kurang air. Minum air 1liter & try nak tido sekejap.

Badan sangat2 rase panas & rase nak demam. Huhu... sampai malam aku minum 2liter lagi. Total 3.5liter lebih kurang. Rase kurus? Ohhh... belum lagi.


Esoknya, aku tak minum Advance Slim sebab aku da rase nak demam. Tapi aku minum air banyak dan air badak untuk sejukkan badan. Tak lupa gak, aku terpaksa amik pain killer. Huhu... sangat la tragis.


Day 3
Alhamdulillah aku da sehat sikit. Semalam aku g urut, bukan sebab nakkkk sangat kurus tapi sebab badan sakit2. Sangat tragik. Badan sikit lebam2 sebab aku amik urutan pecahkan lemak. Aku pun apply Passion Seaweed Slimming Mud (yang ni pon, aku akan tulis separate review).

Kol 7am, aku minum Advance Slim dengan 500ml air masak. Then dalam kereta, aku minum 250ml air badak. Lepas sarapan air barli + pisang 3 biji, aku minum Ageloc R2 Nuskin. Minum 1.5liter je before makan lunch arini.


Again, aku belum rase kurus pon! Sebab maybe lepas urut, badan sikit membengkak sebab diurut untuk pecahkan lemak. Huhu... Sakit babe!


For lunch, aku makan Italian Food - pasta... siap cukai dishes orang lain. Rase cam my plate sikit je isi nya & lapar. Tapi sebab nak kurus nyer pasal, aku sabar je. Hihi... rase cam criminal plak.


Before balik, sebab kesebukan, aku cuma mampu minum 1.5liter air masak lagi.


For dinner, aku makan nasi suku & ayam goreng. Air dalam 0.5liter je malam ni dapat ditelan. Luckily aku rase agak kerap ke toilet untuk kencing.


Day 4
Rase kurang tido malam tadi. Aku minum setengah gelas susu & selepas 15 min, aku minum Advance Slim. Terus drive g keje. Dalam kereta minum sebotol kecik Air badak. 

Sesampai opis, aku makan 2 biji pisang & minum air 250ml. Makan Ageloc R2 Nuskin. And sedang rase lapar. Huhu....


For lunch, aku makan ubi getuk beli kat kedai nasi campur kat Taman Dato' Harun, Puchong. Bukan ape, rase badan giler berat. Cam tong drum da. Aku memula beli 4 biji. Harga RM 0.50 sebiji tapi aku beli lagi singgit. Nyum2... memang kenyang la!


Malam, aku cukai Coco Crunch anak aku & minum susu. Plus aku makan secawan ais krim coklat.


Day 5
Waaa.... cuti sempena Birthday Sultan Selangor. Aku yang terase diri gemuk, telah berjoging awal pagi ke rumah mak aku. Actually day before, abah buat operation buang kataraks mata sebelah kanan. Nak check keadaan dia. Tapi bila sampai rumah mak aku, baru aku perasan, xpenat sangat pon sebab 15 minit je. Pastu maybe sebab baru lepas ujan & sejuk, nafas aku ada sikit cam mengah sikit. Oh yeah, sebelum joging aku minum Advance Slim.

Kol 7.30am, aku joging balik ke rumah. Rehat sambil melayan 2 episodes drama yang aku termiss & start masak lunch kol 11am. Siap dalam kol 12pm. Aku masak ikan stim ala Korea. Aku minum air oren sunquick tanpa gula & air dalam 1liter je. Memang kurang produktif kalau kat rumah. Da beberapa hari, ada sikit simptom kekurangan kalsium. Sakit tulang belakang :-( Grr... sangat geram.


Lepas Zohor, aku baring jap. Konon nak tengok K-drama, tapi tertido kejap dalam 15 minit :-P Ada sikit rase pening.


Bangun dan lunch dalam kol 3pm. My hubby da lunch kol 1pm tuh. Sambil2 minum air lagi 1liter. 


For dinner, kitaorang kuar makan steamboat BBQ grill kat QThai Laman Seri. 


Day 6
Huhu... gi opis pagi ni aku rase menyampah tengok kesendatan peha aku dengan jeans tuh. sedey pon ada... rase sangat tak bersemangat nak g keje. Minum Advance Slim & air masak 1liter. 

Aku tapau lebihan lauk semalam untuk lunch arini dengan sambal bacang yang aku buat Ahad lepas. Dek kesebukan arini, aku cuma mampu menghabiskan total 3liter sampai petang.


Untuk dinner, aku makan kacang peas dalam tin dengan carrot 2 biji, Hihi... sangat la berdiet. Aku perasan lemak kat perut pon bertambah ni. Dan soalan pon terus keluar, Advance Slim ni buat ape sebenarnya dalam perut aku ni??


Malam, sebelum tido aku minum 1.5liter lagi & sakit belakang aku makin terase sampai ada sikit rase nak demam. Amik pain killer, mandi air suam & tido... 


Day 7
Sangat la tragis pagi ni. Bangun da kol 7.30am!!! Ahhh... sudah! Mintak tolong my hubby gosokkan tudung. Aku minum Advance Slim & air masak segelas. Then bersiap g keje. Rase sangat lapar, so aku singgah stesen minyak sebelah opis beli roti, coklat Cadbury bar kecik, air asam jawa & gula2. Tekak yang perit semalam masih xok lagi. Huhu...

Tapaukan my officemate breakfast & aku pon nampak beehoon cam sedap je :-P So, aku pon beli laa... Balik opis, minum air lagi tapi tak sampai 1.5liter pon before lunch. Huhu... sebab sebuk sikit. Lunch, makan rojak kat van tepi jalan besar. Cendol pon aku order tapi makan sikit je. Memang kenyang. 

Dinner aku tak makan. G urut & akak tuh cakap perut aku membulat. Tapi xpregnant. Huhu.... & aku rase seluar makin sempit. Huhu... gemuk ler tuh :-( Sedihnyer...

Day 8
Oleh kerana aku da rase sangat gemuk, aku amik keputusan untuk bersenam ringan pagi ni. Pas minum Advance Slim, aku joging guna mesin senam selama 20 minit. Berpeluh la sikit. Aku makan roti gardenia coklat RM 0.80 sebijik & minum air dalam 500ml. Temankan mak beli barang kat Segi Fresh. Sebelum pergi tuh, time aku tengah bersiap, Yamin cakap:

'Mama, mama ni tak macam dulu la. Tu la, banyak makan, kan da 'besar'.

Maksud besar dia adalah gemuk! Wawawa... uhuhu... budak kecik pon tau. Dan hati mula mempersoalkan keberhasilan produk yang aku makan ni :-( Bayar mahal2, tapi tak berkesan. Konon la janji2 yang manis, tapi tak berkesan pon. Bukan sekali aku kena ok? 

Huhu... So, untuk lunch, aku cuma makan karipap 3 biji. Huhu... ini semua pasal mulut si kecik tuh. Balik, aku minum air & minum segelas jus buah prun. Huhu...

Ada sikit lapar, tapi ku cekalkan juga. Aku masak nasi untuk tengahari, tapi aku tak makan. Bila aku rase lapar kol 3pm tuh, aku makan kerepek pisang tanduk je. Huhu... air aku minum 2liter. 

Malam, my hubby ajak midnite tengok citer Hobbit. Aku minum yogurt drink mango & 3 bijik mangga - jiran aku bagi sebelum g. Lepas mandi tuh, aku tanye pendapat my hubby. Yup, ofkoz dia kata aku makin gemuk sebab perot aku memang bulat ok?? Huhu... Dia suruh berenti minum Advance Slim. Huhu... naseb baik tinggal 2 peket lagi. Abeskan jela, kalau tak 'berkulat' kan? Concern dengan komen beliau, aku minum Cleanse Tea before g. 

Kat cinema, aku cuma minum air mineral & pop corn sikit. Balik tuh terase lapar, tapi aku tahan jela sebab mata da ngantok. Huhu....

Day 9
Oleh kerana takde plan arini & my hubby ada kerja kat opis, aku masak nasi ayam kat rumah. Cam biasa Advance Slim aku minum pagi. Senaman ringan waktu pagi. Lepas suap Yamin, aku makan gak tapi nasi separuh. Pas sejam, baru la aku sambung minum air agak2 1.5liter. Aku tido dalam 15 minit (aku memang jenis orang yg takleh tido siang), solat zohor & melepak kat rumah mak.

Aku makan beberapa bijik cheese tart mini yang akak aku buat & mangga.

My hubby balik rumah kol 5pm, and sambung keje kat rumah. Ada sikit rase lapar, aku makan megi tanpa menghirup kuah. Nikmat sebab lama tak makan megi. Pas makan, aku minum jus prun separuh gelas. Total air yang aku minum sampai malam adalah 4liter. Huhu...

Day 10
Arini adalah ari last aku minum Advance Slim. Last peket & aku tak berhasrat pon nak meneruskan. Ada checkup darah untuk tiriod arini. Aku tanya doktor berapa liter patot aku minum sehari? Dia kata lebih banyak lebih bagus. Aku tanye nape aku minum tapi kurang kencing? Doktor bagitau mungkin aircond da serap air dari badan aku or badan aku ada water retention. Aku rase betul gak ape dia cakap sebab perut & peha aku makin besar. Kirenya aku gemuk air la... cam tilam air, toing toing :-P haha... so, aku tanye la berapa minimum air kene minum. Doktor bagitau ada kajian kata 8 gelas sehari equal to 1.9liter. Huhu... maksudnya aku da terlebih minum la ek? :-P Haha... 

So, aku sempat menimbang berat & ofkoz, berat aku cuma turun 1kg :-( Which is not good at all! Ahhhh... stress!!

Summary of kepenggunaan Advance Slim:
Well, aku bukan la nak condemn or ape, tapi bagi aku Advance Slim tidak lah berkesan kat aku cam ia berkesan kat orang2 dalam testimoni tersebut. Bagi aku, kalau nak melariskan benda, tak perlu la guna ayat2 yang mampu memperdayakan pengguna yang meletakkan harapan tinggi padahal itu cuma harapan palsu.

Bagi aku, yup, ofkoz kene control makan tapi as always, takde jalan pintas untuk menguruskan badan tanpa senaman. Boleh try senaman yang mudah cam joging at least 20 minit setiap sesi - seminggu hanya 3 kali. Cam aku, aku suka dengar music rancak & menari, pon ok gak per? Hihi... Lantak la xsenonoh ke per, yang penting kita enjoy! Hihi... 

Papepun, kalau nak try gak Advance Slim, boleh la try... mana la tau berkesan kat korang kan? Good luck!



35 comments:

  1. salam...sy pun consume AS... akak ok lah jgk..trun sekilo..sy siap naik sekilo... geram gak ar...da la sy beli 3 kotak...bkn sy x exercise...sy minum ckup, exercise siap gi gym, mkn half dr bese..tid0 ckup..skali naik..peh...adeii..seday den...

    ReplyDelete
  2. Tu la kan Mas, camne la nak caye ngan testimoni palsu untuk melariskan produk ni. Sebaik la akak tak beli 3 kotak cam Mas. Hihi... sekarang akak try minum Cuka Kurma plak. Baru try 3 minggu, nanti akak share testimoni. Tungguuuu....

    ReplyDelete
  3. Tragiskan.. sib baik x beli 3 kotak yer.. ubat kurus ni depend pada badan juge.. macam husband dia lost 10 kg lepas ambik miracle sliiming coffee.. sebab miracle nie dia bagi rasa kenyang dan x lapar.. so habit husband hajar selalu malam dia suke mengunyah dan minum 3 in 1 satu malam ada sampai 6 sachet dia ambik.. memang cari nahas la .. lepas ambik miracle slimming habit tu langsung takde.. baru la dia beh lost a lot of kgs...kalo yang jenis x ngunyah tue x yah le minum miracle.. maybe ambik benda lain kot kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa... sangat miracle! Tapi Hajar, akak tak boleh kot minum kopi sangat. Confirm tak tido malam, hokey? Tu la... tengah terpaksa la control mkn, nak2 da umur 32 ni kan... semua kene control

      Delete
    2. Salam. yang saya tau miracle slimming coffee tiada kafein. Saya pernah juga consume MSC but saya ambil sebulan je..tp tak tau la,tiada perubahan pun..betul juga, memang berbeza org berbeza effectnya kot.. skrg tgah consume AS and so far no change..huhu

      Delete
    3. Izzati da try brp lama? Ada ke amalkan tips2 yang disebutkan tuh? Kalau akak ada product yang membantu utk kurangkan berat, akan diupdate disini. Hihi

      Delete
  4. hmm kesian gak yer...utk lebih adil, saya nak kongsikan pandangan tentang menurun atau menaikkan berat badan. Sebenarnya advance slim atau apa2 ubat menurunkan berat badan badan semuanya hanyalah supplement yang membantu memudahkan proses menurunkan berat badan shj. Kebanyakan supplement ini biasanya berfungsi untuk membuatkan penggunanya kurang selera makan atau merasa kenyang. Bila kurang makan, kuranglah pengambilan kalori harian, bila kurang kalori, kuranglah berat badan kerana pengambilan dan penggunaan kalori lah yang sebenarnya faktor penting untuk menurunkan atau menaikkan berat badan. Kalau nak kurus kalori keluar mesti lebih banyak dari kalori masuk begitulah sebaliknya kalau nak naikkan berat badan. Jangan lupa semua makanan dan minuman ada mengandungi kalori termasuklah AIR KOSONG / MASAK. Makanan berasakan tenusu dan coklat lagilah banyak jumlah kalorinya. Jadi jika dilihat corak pemakanan dan aktiviti anda saya nampak memang banyak jumlah kalori yang masuk berbanding kalori keluar dan berat badan anda akan bertambah memang sudah dijangka. Utk pengetahuan, biasanya dlm program penurunan berat badan, berat air yg akan turun terlebih dahulu sebelum berat lemak dsb. Berat badan kita terdiri antaranya berat air dan berat lemak. Berat air mudah naik turun dan berat lemak agak susah nak turun kecuali jika kita kuat lakukan aktiviti2 yg membakar banyak kalori. Kalau minum air banyak memang berat air akan bertambah.
    Kesimpulannya apa jenis ubat atau supplemen samada advance slim atau lain2 semuanya hanyalah sebagai alat bantu utk buat anda rasa kenyang dan kurang selera makan dan bukan berfungsi utk menurunkan berat badan secara magik/ajaib. Adalah agak tidak adil mennyalahkan sesuatu supplement itu tidak berkesan atau tipu sekiranya kita tak menjaga pengambilan dan pengeluaran kalori harian dan tiada ilmu mengenainya.
    Diharap perkongsian ilmu yg tak seberapa ini bermanfaat dan maaf sekiranya ada salah dan silap perkataan saya yer....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya.... tapi tak perlu lah highlight, tanpa berdiet & ambik that type of 'supplement', confirm boleh turun berat badan. kan menipu je namanya... & kalaulah si promoter tuh sangat berpengetahuan pasal kalori makanan, tak perlulah bagitahu pengambilan air masak dapat membantu proses pengurusan badan tersebut, betul atau x? kira punca masalah2 ni sebenarnya ketamakan seseorang samada seseorang tuh nak kurus ataupun ketamakan nak meraih keuntungan. mudah je jawapannya.

      Delete
  5. saya ada communicate ngan advance slim expert kat FB tu..mcm2 la dia bgtau..tanpa senaman dan ukit tips yg dia bg,dia blh ng 'confirm' yg saya akan turun berat badan...so saya ada tanya dia,kalau berhenti ambik advance slim,ada kemungkinan kah berat badan saya akan naik?
    tapi sampai skrg pertanyaan tu tak di jawab..mungkin saya terlalu banyak bertanya thats why dia pun x nak jawab...dh 75% nak beli produk tu,tp hari ni kat ofc ada masa free skit try gugel review..terjumpa this blog..nasib baik...thanksss....sebab bg byk info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak try Advance Slim, sy memang serik nak try any slimming product. Penah try banyak sebelum ni, tak boleh dibilang ngan tangan tau! So, nasihat sy, memang takde jalan mudah nak kuruskan badan selain kawal pemakanan & senaman. Itu je. Huhu... sy buat review ni sebab review2 lain macam datang dari penjual je... copy paste dr FB je. Ntah btol atau x

      Delete
  6. Salam Kak. Apa pendapat akak tentang produk Op Snow? Ada ada baca juga pasal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzati, tak pernah try la... lagi kurang menyakinkan... cam tak logic. akak sekarang amalkan minum jus lemon segar tanpa gula sebelum tido... perut kempis je setakat ni. akak kurangkan nasi + lebihkan sayur2 n kurangkan makan jajan2... akak baru mula balik sejak awal bulan tuh, alhamdulillah da kurang 1kg. akak skip nasi untuk dinner tapi akak replace ngan salad or roti.

      Delete
  7. assalamualaikum,sy merupakan penjual advance slim..setelah baca review customer ni,pada sy cara anda ade kekurangan sikit..mungkin salah agen anda juga memberi panduan yang salah..dan saya ingin betulkan, advance slim memang takde penipuan..saya juga ada collection peribadi customer yang saya printscreen dari perbualan facebook,whatsapp dan sebagainya.mungkin cara anda tidak betul..sebenarnya advance adalah fatburner, dan ia perlukan senaman, advance slim bantu mempercepatkan pembakaran lemak.memang betul kata juragan. and percayalah customer saya yg tak bersenam pun ada yang turun 3 kg 10 hari..nak tahu kenapa?kerana life dia busy..bergerak sana sini..ini sekaligus membantu advance slim membuat kerja..;)
    memang betul, badan semua orang tak sama, ada yang lemak degil,ada yang lemak air, ada yang lemak senang nak turun, ini kerana badan dia high metabolisme..sy memang bagi panduan yang sy tulis sendiri kepada customer, alhamdulillah ramai berjaya.jujur memang ada yang lambat sebulan 5 kg, tapi customer mngucapkan trima kasih kerana selama ni die susah nak turun berat walau da makan macam2 da diet and sebagainya..sila anda semua faham konsep advance slim yang sebenar..kalau minum air, kite perlu bergerak untuk mengeluarkan kembali air (peluh), semakin byk peluh,,tu tandanya lemak anda dah terbakar..kadang2 berat tak trun banyak, tapi inci badan berkurang..sy selalu galakkan customer ikut tips sy bagi,alhamdulillah,,terlaju setakat ni customer trun 8 kg dalam 6 hari...jaga makan, mnum air byk..dan senaman yang mencukupi..bersenam dan makan kmbali bnde berlemak dan manis adalah salah di dalam diet..sebab saya pasti mereka yang nak cuba advance slim, adalah mereka yang dah terlangkah jauh dari bmi normal..perlukah kita menambah lemak,sedangkan badan kita dah cukup lemak?kita hanya perlukan karbohidrat untuk memberi tenaga untuk bersenam bersama advance slim...bukannnya lemak dan manisan...

    ReplyDelete
  8. sepatutnya anda memahami konsep adv yang sebenar..sebelum menulis..advance slim bukan magik...'bertukarlah badan anda' tetapi ia satu 'bantuan' untuk 'accelerate' sistem badan anda...mereka yg capai 10-15kg sebulan kerana usaha dengan advance slim dan juga bantuan Allah...kalau Allah tak kasi kurus...memang takkan kurus kita...;) mereka bersenam yang cukup ,ada yang memang faham konsep..sampai satu hari bersenam 2x (bersenam serius ye) bukan bersenam ringan aka bersenam main2..tapi sy pasti ade yang akan berkata,bersenam memang lah kurus...percaya tak,pada mereka yg ada masalah berat badan, ade retent smething di dalam badan..itu yg menyukarkan pembuangan lemak walaupun mereka bersenam dan jaga makan ,,,tapi sukar turun...itulah gunanya advance slim...susah sy nak bagitahu, tapi selagi kita sendri tak cuba,kita takkan tahu...senang begini,pada mereka yang pernah ke gym,pasti tahu, mereka yang selalu pergi gym akan ambil fatburner yang dianjurkan staff gym berkenaan..sama saja speerti advance slim…Cuma advance slim ni natural, 100% extract anggur and herba…byk fatburner yg diluar ade chemical utk cepatkan kurus…anda pun taknak minum benda yang high chemical kan?

    tapi jika telah amalkan tips yang betul tapi masih tidak turun berat badan,sy pasti customer ada masalah lain...masalah lain ni perlu refer kepada doktor.apa yang sy pernah study, sebabnya adalah kerana high toxin, masalah umur yang lanjut(metabolisme kurang), usus yang kotor tak boleh mnyerap khasiat dari pemakanan dan ade pelbagai sebab lagi...(boleh refer pada dr)...
    maafkan saya jika ada terguris hati.tapi sy harus mmbetulkan keadaan ;) ini sekadar pandangan penjual advance slim seperti saya.kesian kat agen yang jujur nak tolong customer..and lagi satu, testimoni itu semua adalah real testimoni.langsung tiada penipuan..anda boleh rujuk mana2 fb agen advance slim yang original...minta pada dia testimoni selain testimoni bergambar yang diterima hq.saya yakin mereka mempunyai collection peribadi yang beratus..saya menulis ni sebab sy pasti ramai yang akan membaca pengalalaman puan ni..kerana ia adalah di tempat pertama bila org 'google' testimoni advance slim..
    pastikan beli dengan agen original…jgn tertipu dengan yang tiruan..minta pada agent tu kod agen, dan bukti mereka agen sebenar..baru boleh yang original dengan yakin.assalamualaikum ;) hamba Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure Zla Addnur... tu la... kat FB agen ni. sangat menyakinkan bila dia kata without exercise. kerja sy senang, tak banyak bergerak sebab perlu sign doc. Office besar, tapi tempat duduk dekat ngan toilet & photostat machine. If dulu, sy tak amik pon product slimming pon, boleh kurus sebab kerja luar... move banyak. sebab kerja da tak bergerak tuh yang kene 'bantuan' dari supplement. sekarang mmg sy agak serik sebab 'penipuan' atau nak sedapkan bahasa 'penerangan yang tak jelas'. semua ni naseb jugak. cam kita pilih kawan, ada kawan yang ok, ada yang tak ok. rezeki kan? kire maybe naseb sy tak jumpa agen sebaik awk, tu yang jadi camni.

      anyhow, testimoni sy adalah berdasar pengalaman sy. even sy tak cakap kat post diatas, 'Jangan try Advance Slim'. terpulang pada orang menilai. sy pon bukan pembekal atau penjual product yang lebih kurang sama yang ada sebab2 tertentu nak memburuk2 advance slim. semua atas pengalaman.

      Delete
    2. I don't get it. If we have to 'bersenam serius ye' and control our diet, then why should we take AS? Pelik lah! If it is a fatburner, then you should include a plan. I'm going to try it and then write a review a put a stop to this nonsense. Kesian the people who are paying 120 for just 10 sachets with the hope to shed some kilos.

      Delete
  9. Salam haii... kalau awk minum byk air tapi tk byk kencing makna nya sistem badan awk tk dpt berfungsi dgn luncar nya sbb... setiap badan manusia pasti akan keluar kan air yg telah diminum.... itu baru normal.. dan utk pengetahuan awk mmg betul minum byk air boleh bantu utk kita turun berat badan sbb secara logik nya jika badan kita telah melakukan pembakaran tapi ia tidak keluar maka lemak yg dh pecah akan tersimpan dlm badan n tk keluar sbb tu lambat proses turun berat badan jadi bila kita minum byk air kita akan kencing byk kali setiap kali kencing 0.05% lemak akan turut keluar sbb air kosong sgt membantu utk turun berat badan...
    Sy pun minum byk air utk kurus sbb sy makan produk herbalife krn pengambilan produk tersebut wajib minum byk air ikut berat badan...tapi yg bagus nya shake herbalife sgt membantu utk pembuangan air kecil sbb lepas sy minum secawan shake 450ml je + air kosong 450ml 3 ke 4 kali utk buang air kecil dgn byk nya... hehe... alhamdullilah ambil herbalife turun 40 kg skrg masih nk turun kan lagi 40 kg hahah... gemuk sgt hehehe... n mmg tak diet sgt on off on off tapi boleh lah juga turun... hihihi

    ReplyDelete
  10. sy pon minum advance slim... turun la... 200g hahahaha.... ada yg kata produk yg sy beli tu x ori sbb tu la tak turun banyk.. beli on9 je baru ori, kat kedai produk tiruan.. susah la nak percaya... then sy buat diet low calori, turun 3kg/seminggu.. ok la.. skarg dah tak diet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Chantek Klasik... teringin gak diet kalori. kira berapa kalori dlm makanan kita kan? tapi tak tau la camne nak kira. ada ke website yang boleh tlg? pls rekomen

      Delete
    2. hai..sori..baru perasan..sy x kira kalori.. sy install "1 week diet plan" dekat play store.. hari pertama-ke4 hanya makan sayur n buah2 je sebanyak mungkin. plan ni target weight loss smpai 7kg... awak try install.. tp memg kena ada azam yg tggi...sy turun 3kg je sbb x tahan lapar..termakan jugak kuih manis sikit..hehe..
      ni web untuk kira kalori yg diperlukan.. boleh jugak jd guideline. http://www.nowloss.com/how-to-lose-weight-keep-it-off-permanently.htm

      Delete
  11. Try search kt google 'calory tagging'. Ada senarai menu beserta jumlah kalori. Saya turun 1.5kg dlm 5 hari + zumba and stepboard classes... selamat mencuba

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya kuih yg paling banyak Calorie is kuih goreng2 minyak penuh macam karipap, cucur badak, donut etc. :)
    Try download apps MyFitnessPal.
    Senang sangat nak kira kalori ikut berat, umur, n target kita nak kurus dalam masa berapa lama kita nak.
    Ada calorie diary dalam apps tu, dia kira jumlah kalori yg kita mkn.
    Then ada calorie counter utk kira jumlah calorie yang dah hilang bila kita excercise. :)
    And then try ikut diet Kevin Zahri, diet dia sesuai utk org Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Mujur xterbeli lg..huhu..thnks for review

    ReplyDelete
    Replies
    1. my dear... if nak beli pun xpe. try sdr baru tau kan? :)

      Delete
  14. mmg niat nak beli. tapi harganye mahal jugak.. tapi saya baru try 4hari truedetox ngan halang&bakar dar maVellous Xlite.. tp mmg kerap buang air besar.sampai xde brek la.. hehehe.. saya cuba je dulu sbb mmg xbanyak testimoni.. insyaallah harap boleh turun berat bdn neh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap product tu berkesan pada awk. Sy da tak amik ape2. Just kurangkan makan & senaman ringan tapi itupun kalau rajin. Huhu

      Delete
  15. Memang... bila tertipu ngan viral. Bahaya social network & menatang online ni. Pdhal kita semua tau makanan seimbang plus regular exercise je yang boleh buat kita keep fit.

    ReplyDelete
  16. salam, bila baca diari 10 day tu mcm penuh dgan makanan je. Dari segi pemakanan sngt wajib la klau nk betul2 kurus. Mana2 supplement pun sama xda yg magic itu ini. Kalau nk lebih cepat buat la surgeri kecikkan usus tp sngt la merbahaya. Exercise mmg sngt perlu mcm sit up pling easy to do. Logiknye skrg ne google,youtube dh ajar easy simple exercise walaupun dari rumah. Jadi pemakanan + exercise sngt diperlukan. Tak salah klau nk makan apa2 pun tp cara pengambilan tu dan kena la lawan balik with exercise, sukar mmg sukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... sebab sy fokuskan pada ape yang sy makan. N memang mana2 produk pun - sampai skrg asek ada tagline, takyah bersenam. patut betulkan penjual jugak. yang pengguna ni da cukup paham, takkan la boleh kurus kalau makan cam biasa n amik produk tu. so nak buktikan, sy cubala... memang tak terkesan pun. lepas post ni, da banyak kwn2 yang try produk kurus kata same thing. memang bodoh je bagi tagline tak perlu bersenam. harus ku tampar2 je penjual2 produk tu skrg

      Delete
    2. Hye semua...da baca all caption..well ak pun twrjebak dgn advance slim sbb iklan bagai nak rak. TANPA PERLU BERSENAM BADAN ANDA AKAN TURUN.lol.da la byr mahal.pastu berat bertambah bkn berkurang....lps ak try product tue langsung xamik da ubt lain.... Tapi dec ary tue ak ade try satu ubat nie beauteaslim 10days program... Gila terkejut.within 2month consume dr dec until now berat ilang 8kg. Btw ak bkn nak promote sbb ak xjual.korg bole search sniri ubat nie.serius yg nie br btol xpayah bersenam.mmg peluh xyah ckp la...berpeluh2x even ko dlm aircond.pastu lak.ko sniri rse xnak mkn n tgh mkn ko bole control xmkn byk sbb nye rse kenyang...
      Ak mmg kuat mkn...tp amik nie selera mkn kurang. Minum air je byk sbb buat tekak haus... Klau xclap nie product nabila neelofa...

      Delete
    3. Congrats Hida... moga lemak2 degil tu ilang selama2nya. Sy da tak makan product diet. Kawal makan and memula aritu tak makan nasi. Hilang 11 kg last year. Skrg just maintain sbb berat skrg berat ideal. Moga kita kekal istiqamah

      Delete