Thursday, 26 December 2013

Mirae's Choice : My Very Own Assumption

Abes sudah Mirae's Choice atau nama lain Marry Him If You Dare kat KBS World Channel. Oleh kerana aku tak sabar nak tau siapa Mirae akan pilih, Park Seju or Kim Shin, aku tergoogle awal untuk summary and aku dapat tau ending citer ni, xde sape tau siapa yang Mirae pilih. Hihi... So funny! Tak sangka sanggup penulis memainkan perasaan penonton, huhu... sampai ati! 




Cast : 
Yoon Eun Hye - Mirae
Lee Dong Gun - Kim Shin
Jung Yong Hwa - Park Se Ju
Han Chae Ah - Seo Yoo Kyung
Choi Myung Gil - Mirae masa akan datang

Plot :
Apabila Mirae masa akan datang pulang ke tahun 2013 untuk menukar masa depan Mirae sekarang & untuk mengelakkan jodoh dengan Kim Shin.

Komen :
Hihi... simple kan plotnyer? Yup! Kalau lah ada Hadija masa depan datang n cuba perbaiki masa lepas aku, aku harap dia akan balik ke zaman aku matriks dulu. I shouldn't bercinta dengan seorang lelaki yang menuduh aku membomohkan dia. I should enjoy my life at campus without that stupid-5-years- relationship end up with nothing! I should have more option kan? Haha... Tapi camne pon, btol, semua tuh pilihan yang kita pikir terbaik pada masa itu, Well, mana tau akan ada teknology yang sama bila aku berumur 50 tahun nanti. Should I balik ke beberapa tahun lepas untuk memberi amaran kepada diri aku sendiri? Well... well...well... not bad thinking at all!

Berbalik kepada Mirae nyer citer. Selepas beberapa plot, memang ape yang diceritakan oleh Mirae tua memang berlaku. Bagusnya, tak semua amaran tuh diendahkan oleh watak yang ada tapi diupgrade kan sikit dengan sifat berhati2 & bukannya membuta tuli percaya dengan Mirae tua. Haha... itu yang bagusnya. Contohnya Kim Shin yang telah jatuh bangkrap kerana terpaksa membayar 1 Million dollar pampasan kerana melaporkan berita yang tak diluluskan oleh eksekutifnya. 

Sekurang2nya dia tak follow walaupun dia tau itu yang akan menerukkan hidopnya lepas itu.

Hakikat dihujung cerita, walau apa pon yang diubah oleh Mirae tua, tiada yang berubah di masa depan & pilihan yang dibuat oleh Mirae di tahun 2013 adalah Mirae yang berlainan, btol gak kan? Hmm... 

Assumption :
Okay, Park Seju or Kim Shin? Aku rase dia pilih Park Seju la...
First, dia last sekali jumpa dengan Park Seju & dialog nyer lebih kurang berbunyi camni. Park Seju ajak dia g bersama sambung belajar tapi Mirae taknak. Dia kata dia nak berusaha menjadi sesorang yang layak untuk berdamping dengan Park Seju. Dia nak pulangkan cincin, and cakap kalau lepas Park Seju balik & time tuh perasaannya sama cam sekarang, bagi cincin tuh balik kat dia. Tapi Park Seju kata simpan je. Maksudnya, camne pon perasaan dia akan takkan berubah. Auwww!




Last sekali dia jumpa Kim Shin plak lepas Kim Shin kena bayar pelanggaran kontrak sebanyak 1 Million Dollar - Mirae secara bergurau cakap dengan Kim Shin. Siapa la nak dating dengan lelaki yang ada utang banyak camtu. Kim Shin tanye kalau la dia takde utang banyak camtu camne? Mirae cakap tengok laa...

Lepas 3 tahun... 

Mirae da jadi seorang penulis berjaya.
Park Seju balik dari oversea & terus ke satu tempat. 
Kim Shin plak yang telah ada rancangan TV sendiri juga kesatu tempat.
Kedai buku dimana buku Mirae bertajuk Marry Him If You Dare dijual.
Park Seju juga ke kedai yang sama dan memegang buku Mirae tuh.
Mirae berjalan keluar dari kedai buku tanpa perasan yang Kim Shin & Park Seju ada dalam kedai buku yang sama. Bila dia keluar dan patah balik seakan2 terlupa sesuatu & berhenti di main entrance sambil memandang sesuatu/ seseorang dengan pandangan terharu camni. 




Kenapa? Sebab dia nampak Park Seju yang berdiri di rak buku berhampiran dengan main entrance - as per last plot sebelum Mirae keluar  kat pintu. 

Tapi itu andaian aku aje. Lagipun, kalau la 3 tahun dia tak jumpa Park Seju confirm la dia akan berwajah berkaca2 & terharu begitu kan? :-P Oh... Park Seju, I love u :-P 



No comments:

Post a Comment