Biasa2 je weekend lepas ni.
Sabtu, aku hantar mak beli herba untuk jamu dia kat Little India, Klang. Berbeza dengan selalunyer, aku tolong mak ambik herba yang dia nak beli. Mak akan beli untuk 4 kali production. Abes RM 450 gak semuanya. Bestnyer beli kat sini, barang2nya murah & susun letak barang memang kemas. Aku pon amik masa membelek barang2 herba dari India & jumpa sekotak herba briyani. Teringin hubby yang suka briyani. Aku beli, plan nak masak untuk dinner malam ni.
Balik tuh, singgah lunch kat Food Court Taman Sri Andalas. Lama tak makan sini, tempat jatuh & tempat dating time bercinta dulu. Hihi...
Beli ayam setengah ekor. Badan sakit2. Maybe sebab minum produk kesehatan baru2 ni.
Kol 4pm, bermula la misi buat nasi briyani. Tanye resepi daripada Kak Nya. Lauk nyer cuma ayam masak merah je. Buat acar rampai guna cuka kurma. Malas nak beli sebotol cuka lain sebab walaupun harga RM 1.50, tapi bila lagi nak guna kan?
Alhamdulillah, walaupun nasinya agak lembik, tapi masih boleh makan. Nice try, Hadija... Hihi... pasni, boleh la try masak yang ayamnyer masuk ke dalam nasi kan? Ala2 arabic punyer... yes, saya sangat ambitious :-P
Ahad pagi, aku bawak Yamin & mak g pasar pagi. Yamin ni ngegade nak kencing la, letih la... rase nak cium je... Kelam kabut balik rumah sebab ade appointment urut dekat Bukit Tinggi. Masak sotong goreng tepung - ish, selalu kurang berjaya. Sayur campur. Badan memang rase nak demam, tapi urutan tuh tujuan untuk memecahkan lemaks yang ade. Hihi... 3 jam RM80 je. Aku mintak akak tuh check rahim aku ok x? Sebab aku nakkkk sangat baby baru. Huhu... Dia kata ok je. Mintak check doktor.
Yup, bila aku bagitau ada tiriod, dia pun angguk2 je. Tak tau la paham ke tak. Huhu... alhamdulillah, balik tuh badan lega sikit & aku minum air banyak. Tapi bila petang, rase nak demam tuh sekali dengan kesakitan selepas urutan tuh bercampur balik. My hubby ajak g Segi, Telok Panglima Garang.
Lepas dinner Char Kuey Teow, aku telan sebiji panadol & air badak 3 botol. Rase lega sikit. Takkan baru keje nak MC kot kan? Agak2 la... sangat tak boleh blah!
G rumah mak + balik kol 11pm. Yamin masuk bilik & tido sdr. Pas Isyak, aku pon tido gak...
Itu je weekend aku. So-so je.
Lusa cuti Sultan Selangor Birthday. Rase2 my hubby free x kalau diajak jalan? Erm...
No comments:
Post a Comment