Aku memang big fan barangan Skin Food. Mostly, kosmetik & produk kulit yang aku gunakan, berjenama Skin Food. Since beberapa bulan lepas, kulit aku mengalami masalah kekeringan yang teruk. Tak pernah dalam idop aku, kekeringan seteruk itu. Banyak cara aku cuba untuk mengembalikan condition kulit cam dulu tapi tak berhasil. Selepas buat kajian, baru lah aku tau yang punca masalah kulit yang aku alami adalah disebabkan dengan dehydration.
Sesimple2 explaination, dehydration adalah masalah kekeringan disebabkan dengan banyak sebab. Duduk bawah air-cond tanpa pengambilan air yang cukup. Kes aku, sebab kerja yang sebuk, memang tak sempat minum air. Tu yang badan panas dan menyebabkan pengeluaran pigmen & minyak yang teruk.
Lepas few steps, iaitu menambah jumlah air dalam badan - trust me, aku minum lebih 3liter sehari, aku perasan yang jerawat mula berkurangan. Aku support dengan mask yang memulihkan hydration iaitu Hydro Fitting Snail Mask Sheet & I love it!
Dijual dengan harga RM39.90 sekotak - ada 5 peket mask didalam, bagi aku memang berbaloi. Lagipun, aku guna seminggu sekali je. Sebenarnya, aku tak tau nape aku beli tapi packaging-nyer warna pink kot :-P
Cara pemakaiannya, basuh muka & bawak mask ke bahagian muka & tampal. Selepas 15 minit, bukak & tekan balance cecair kat kulit muka untuk penyerapan yang maksimum.
Selepas pemakaian, korang akan rase muka best je & lembut. Cuba laa.... memang berbaloi :-)
No comments:
Post a Comment