Cepat
je da masuk hari Rabu, dan minggu ni adalah minggu terakhir dalam Oct 2014. Aku
tak la busy sangat, maybe I’ll feel the heat starting tomorrow sampai la minggu
depan. Huhu… melayan jela.
Minggu
lepas, aku sangat bengang ngan abg aku & kakak ipar aku aka babysitter
Yamin. Memang tak tertahan da… geram sangat! Kesnya camni. Dia amik cuti tanpa
early notification. Tetibe je pagi Rabu tuh dia cakap nak cuti. Aku takpe lagi.
Tapi sian la mak nak kene jaga Yamin ari Khamis tuh. Then balik dari keje
Khamis tuh, abg aku takde pon kat rumah. Memang tak boleh nak harap dia jaga
Yamin la kan? Mak cakap abah bising la… nape tak bagitau awal2 nak balik. Boleh
abg aku cakap dia cuti aku tolak bayaran, tapi aku balik lambat, dorang tak bising
pon. Aik…? Sape yang tak betul ni? Kalau ikot awal tahun nyer perjanjian, aku
da highlight da aku bayar RM 300 sebulan. Kira tinggi dari harga market untuk
budak umur 4 tahun. Aku kata OT aku tak bayar. Dia (kakak ipar) yang cakap
kalau dia balik kg ke per, tolak la… tapi takat 2-3 ari, aku mana penah tolak? Yang
aku tolak bila dia cuti seminggu. Itupun duit tuh aku bagi kat mak. Sebab mak
aku yang jaga. Bodoh piang ke per dorang ni?
Malas
aku nak komen lagi. Full stop!
Cuti
Jumaat tuh, aku memang sengaja amik. Kebetulan abang aku & wife dia balik
haji. Tapi aku nak settlekan buku baru ASB (untuk aku & Yamin) then g bayar
final installment untuk kereta aku. Sampai ASB amik no, rupa2nya kene isi borang
dulu. Adei… and satu buku di-charge RM 20. Then nama aku dalam tu sama salah
cam aritu. Kene isi borang lagi. Aku pon da naik malas. Pasni, aku bank in duit
Yamin dalam akaun aku gak & put some remarks la… senang. Pening pale aku. Huhuh…
seba bila isi borang, kena amik no lagi. Bosan nya kehidupan! Selesai urusan
kat ASB je da dekat kol 12pm. Sian mak aku da start masak2 untuk dibawak g
rumah abang aku.
So,
kami ke Ambank pulak. Naseb baik Yamin berperangai baik aritu. Tapi as always,
mintak mainan. Final installment kereta aku dekat RM 600. Aku pinjam duit abah
dulu. Malas nak amik cuti lagi sebab final installment kena dibuat kat kaunter.
Yang penting start next month da takyah pikir pasal utang kereta. Kene maintain.
Malas aku nak beli kereta baru. Tambah utang aku je.
Terus
balik & aku rase letih sangat. Tolong mak sikit2 je. Then aku tido jap. Huhu…
memang penat, tak tau nape. Gerak ke rumah abang aku dalam 3.30pm. Balik dalam
kol 5.30pm. Lepas solat, aku tengok Discovery of Romance.
Hahaha…
yang ni memang aku nak share perasaan syiok bila tengok Discovery of Romance. Heroin
nya aku tak pernah tengok sebenarnya. Walaupun she’s quite famous. Tapi hero
dia bukan gak aku nyer favorite, Eric Mun. Aku tak suka muka kereks dia. Camne
pon, sebab beberapa orang kata drama ni best, aku download la… and I LOVE
IT!!!! Trust me, skrip…. Jalan cerita…unexpected scenes, memang totally
satisfying. Ada 2 episodes to go… tapi aku rase sayang nak melepaskan Eric
pergi. Ahaha… poyo je. Last sekali aku tengok dia dalam Spy Myungwol, watak dia
kurang sikit. Cam takde chemistry antara watak. Bosan je. Ngan muka dia yang
annoying tuh. Untuk Discovery of Romance, I fall in love in just 10 minutes
watching 1st episode! Suka sangat…. So sweet! Ada kemungkinan aku
akan menonton lagi…. Heheh…
Sabtu
lepas, my hubby tetibe ajak g Melaka. Dia baca blog aku kot. So dia suggest nak
g lambat sikit. Boleh g Jonker Street.
Dari
rumah dalam 12.30pm, sampai sana agak lambat sebab Melaka jammed. Terus late lunch
kat Ee Ji Ban, restaurant yang serve nasi bebola. Kat Melaka banyak je tapi halal
atau tak memang aku tak sure la kan? Ee Ji Ban ni agak popular, so kitaorang
try la… order simple dish je. Bebola nasi tuh 15 bijik, sotong cili garam,
sayur kailan sos tiram. Makanan sedap, tapi bagi aku agak mahal sebab portion nyer
sikit.
Then
berjalan kat kapal ala2 pirates tuh. Si Yamin memang over excited la… baik
camtu daripada asek ajak balik je. Huhu… then naik Menara Taming Sari. Bayaran
RM 15 untuk dewasa, kanak2 RM 10. Naik untuk melihat pemandangan area Melaka
dalam 7 minit. Time tuh da maghrib. Pastu my hubby da pancit, naik beca dari
Menara Taming Sari, g Jonker Street.
Kat
Jonker Street, hmm… rupa2nya adalah pasar malam yang biasa2 je. Takde apa yang
menarik. Aku beli gelang tangan rose yang kebudak2an. Boleh la aku padankan
dengan gelang yang lain untuk mengelakkan kejanggalan. Time tu, Yamin da mula
nak balik. Da penat. Balik tuh singgah Dataran Pahlawan then makan kat Umbai.
Sebab my hubby baru sekali kot g, plus aku tak penah g, dengan parking penuh… Makan
kat Parameswara. Hmm… aku taknak cakap ape2. Aku rase Jeram lagi best. Servis lambat,
walau orang ramai, system pengurusan sangat mengecewakan. Dekat sejam lebih nak
tunggu makanan siap. Pekerja dia ramai je aku tengok. Rase makanan pun kureng. Nasi
putih mentah.
Itu
jela kisah hujung minggu aku. Dan da disahkan bahawa kami takkan kemana2
anniversary nanti sebab tender my hubby tutup 17th. Layan jela. Maybe
aku akan berjalan dengan Yamin je anniversary nanti. G nyopping!
Oh
yea, berat badan aku memang disaster sekarang. Aku nak mencari alternative tanpa
ubat yang membebankan. Last2 aku tengok ada cara iaitu Tomato Diet. Simple je
caranya. Makan dinner dengan tomato 2 biji sehari setiap ari sehingga beberapa
bulan. Tomato ada khasiat untuk meningkatkan hormone mengurangkan berat yang
semulajadi dalam badan kita. Aku tak penah suka tomato sebab lembik then
baunya, tapi lately aku leh terima rasenya yang unik. Caranya, jangan
dipikirkan sangat. Ahaha… memang tak mengharapkan kesan drastic, asalkan lebih
baik dari dulu… itu je.
Hari Sabtu ni ada kenduri doa selamat. Baru ingat nak g Stadium Negara untuk beli merchandise Running Man. Aku ni terpaksa je mengalah pada keadaan :-( Sedih!