Super
pissed off! Itu je yang aku boleh komen minggu lepas. Cam da taknak keje pun
ada.
Kesnya
bermula bila my senior suruh aku follow up status on my employment status.
Yela, aritu bos aku kata nak confirmkan aku within this year. Tapi takde reply
lagi since then. Bila aku tanye bos aku dia kata process nya bukan sekejap
& she hold the process until March 2015!!! What the hell?!
Ish
super baran la dengar kan… janji manis je setakat ni.
Hampeh!
Well, aku tak tau la aku tak perform ke pe… tapi ok je so far. Huhu… datang pun
on time. Tak kesah balik lambat. Tapi kalau camni la, baik aku masuk &
balik sharp je. No appreciation!
Then,
balik aku try taknak berpikir ke pe, and aku tido. Aku mimpi jumpa someone yang
dah meninggal. Orang tuh sedara jauh la, tapi sebab rumah dia dekat. Jumpa
sekali sekala dalam kenduri. Aku rase aku pun hai hai je ngan dia. Tapi tak
penah la nyembang. Dia meninggal accident tahun ni. Memang kesian sebab husband
dia pun meninggal sekali. Dalam mimpi tuh dia menyembang ngan aku, tapi takde
aku balas. Seingat aku la… Aku tak tau la ada maksud ke pe… so, aku google.
Maksud
mimpi tu (jangan pecaya sangat!), antara seperti berikut. Kalau bercakap dengan
orang mati, usaha / pekerjaaan akan sia-sia dan mengalami kegagalan. Kalau
jumpa dengan orang mati, akan ada bantuan yang tak diduga.
Hmm…
tapi camne aku nak tafsirkan. Orang yang dah meninggal tu memang cakap ngan aku
tapi aku tak sembang balik pon. Huhu…tapi yang aku yakin adalah usaha /
pekerjaan akan mengalami kegagalan. Huhu… itu yang kene kat batang idong aku
sekarang, ye tak?
So……………………….
aku malas tahap asbestos nak gi keje. Dan aku memang ada sedikit selsema pun!
Aku mintak MC & g jalan2 ke Midvalley. Yup… kan da over budget. Ai…
terpaksa la pinjam kat mak. RM 100 je. Huhu…
Dapat
la aku sarapan kat Krispy Kreme – 2 donuts & honey lime tea. Memang segar
disebabkan idong ku yang tersumbat ni. Wakaka…aku beli tiket wayang citer
Paddington… hmm… patut nak gi tengok ngan Yamin, tapi takpe kot tengok 2 kali.
Takde citer lain. Ada film melayu, kang tak best plak.
Aku window shopping & terbeli sandal Voir dengan ketinggian 13.5cm… ahahaha… sesuai la g opis sebab aku terpendek kat dalam ofis aku. Huhu… semua tinggi2 belaka. Budak zaman sekarang kan? Selebihnya aku jalan2 je sebelum tengok movie. Paddington ni sesuai ditengok, ada part kelakar & menghiburkan… ahahaha… comel je. Yang tak puas ati, movie tuh sejam 35 minit, tapi aku rase kejap sangat. Huhu… sebaik tiket RM 10.
Itu
jela… de-stress? Ntah… ada la sikit. Huhu… sikit je tau! Kalau dapat gaji nanti
nak beli leggings kat Uniqlo… murah gila… cam jeans. Baru RM 79.90.
Sabtu,
kitorang g beli kasut sekolah Yamin. My hubby ajak g Kilang Bata lama kat
Kapar, tapi tak berpuas ati ngan kualiti kasut yang ada. Biasa la kan… nama pun
jualan gudang. Last2 g Klang Parade je beli kasut Yamin. Sian gak kat hubby,
yup… paham la nak kene tunggu 2 minggu lagi untuk gaji. Ntah berapa ringgit je
duit dia yang tinggal. Huhu… sian kan? Aku plak tinggal RM 60 je sampai gaji.
RM 50 untuk petrol, n RM 10 untuk makan. Nampaknya minggu depan, aku apply cuti
hari Jumaat.
So
lepas beli kasut, kitorang terus balik rumah je.
*Sekarang
aku terpikir nak jual je tiket Festa 2015 – meet & greet dengan Lee Min Ho.
Sapa mau beli?
No comments:
Post a Comment