Tuesday, 28 October 2014

Melaka Trip (2014)

Cepat je da masuk hari Rabu, dan minggu ni adalah minggu terakhir dalam Oct 2014. Aku tak la busy sangat, maybe I’ll feel the heat starting tomorrow sampai la minggu depan. Huhu… melayan jela.

Minggu lepas, aku sangat bengang ngan abg aku & kakak ipar aku aka babysitter Yamin. Memang tak tertahan da… geram sangat! Kesnya camni. Dia amik cuti tanpa early notification. Tetibe je pagi Rabu tuh dia cakap nak cuti. Aku takpe lagi. Tapi sian la mak nak kene jaga Yamin ari Khamis tuh. Then balik dari keje Khamis tuh, abg aku takde pon kat rumah. Memang tak boleh nak harap dia jaga Yamin la kan? Mak cakap abah bising la… nape tak bagitau awal2 nak balik. Boleh abg aku cakap dia cuti aku tolak bayaran, tapi aku balik lambat, dorang tak bising pon. Aik…? Sape yang tak betul ni? Kalau ikot awal tahun nyer perjanjian, aku da highlight da aku bayar RM 300 sebulan. Kira tinggi dari harga market untuk budak umur 4 tahun. Aku kata OT aku tak bayar. Dia (kakak ipar) yang cakap kalau dia balik kg ke per, tolak la… tapi takat 2-3 ari, aku mana penah tolak? Yang aku tolak bila dia cuti seminggu. Itupun duit tuh aku bagi kat mak. Sebab mak aku yang jaga. Bodoh piang ke per dorang ni?

Malas aku nak komen lagi. Full stop!

Cuti Jumaat tuh, aku memang sengaja amik. Kebetulan abang aku & wife dia balik haji. Tapi aku nak settlekan buku baru ASB (untuk aku & Yamin) then g bayar final installment untuk kereta aku. Sampai ASB amik no, rupa2nya kene isi borang dulu. Adei… and satu buku di-charge RM 20. Then nama aku dalam tu sama salah cam aritu. Kene isi borang lagi. Aku pon da naik malas. Pasni, aku bank in duit Yamin dalam akaun aku gak & put some remarks la… senang. Pening pale aku. Huhuh… seba bila isi borang, kena amik no lagi. Bosan nya kehidupan! Selesai urusan kat ASB je da dekat kol 12pm. Sian mak aku da start masak2 untuk dibawak g rumah abang aku.

So, kami ke Ambank pulak. Naseb baik Yamin berperangai baik aritu. Tapi as always, mintak mainan. Final installment kereta aku dekat RM 600. Aku pinjam duit abah dulu. Malas nak amik cuti lagi sebab final installment kena dibuat kat kaunter. Yang penting start next month da takyah pikir pasal utang kereta. Kene maintain. Malas aku nak beli kereta baru. Tambah utang aku je.

Terus balik & aku rase letih sangat. Tolong mak sikit2 je. Then aku tido jap. Huhu… memang penat, tak tau nape. Gerak ke rumah abang aku dalam 3.30pm. Balik dalam kol 5.30pm. Lepas solat, aku tengok Discovery of Romance.

Hahaha… yang ni memang aku nak share perasaan syiok bila tengok Discovery of Romance. Heroin nya aku tak pernah tengok sebenarnya. Walaupun she’s quite famous. Tapi hero dia bukan gak aku nyer favorite, Eric Mun. Aku tak suka muka kereks dia. Camne pon, sebab beberapa orang kata drama ni best, aku download la… and I LOVE IT!!!! Trust me, skrip…. Jalan cerita…unexpected scenes, memang totally satisfying. Ada 2 episodes to go… tapi aku rase sayang nak melepaskan Eric pergi. Ahaha… poyo je. Last sekali aku tengok dia dalam Spy Myungwol, watak dia kurang sikit. Cam takde chemistry antara watak. Bosan je. Ngan muka dia yang annoying tuh. Untuk Discovery of Romance, I fall in love in just 10 minutes watching 1st episode! Suka sangat…. So sweet! Ada kemungkinan aku akan menonton lagi…. Heheh…

Sabtu lepas, my hubby tetibe ajak g Melaka. Dia baca blog aku kot. So dia suggest nak g lambat sikit. Boleh g Jonker Street.

Dari rumah dalam 12.30pm, sampai sana agak lambat sebab Melaka jammed. Terus late lunch kat Ee Ji Ban, restaurant yang serve nasi bebola. Kat Melaka banyak je tapi halal atau tak memang aku tak sure la kan? Ee Ji Ban ni agak popular, so kitaorang try la… order simple dish je. Bebola nasi tuh 15 bijik, sotong cili garam, sayur kailan sos tiram. Makanan sedap, tapi bagi aku agak mahal sebab portion nyer sikit.




Then berjalan kat kapal ala2 pirates tuh. Si Yamin memang over excited la… baik camtu daripada asek ajak balik je. Huhu… then naik Menara Taming Sari. Bayaran RM 15 untuk dewasa, kanak2 RM 10. Naik untuk melihat pemandangan area Melaka dalam 7 minit. Time tuh da maghrib. Pastu my hubby da pancit, naik beca dari Menara Taming Sari, g Jonker Street.



Kat Jonker Street, hmm… rupa2nya adalah pasar malam yang biasa2 je. Takde apa yang menarik. Aku beli gelang tangan rose yang kebudak2an. Boleh la aku padankan dengan gelang yang lain untuk mengelakkan kejanggalan. Time tu, Yamin da mula nak balik. Da penat. Balik tuh singgah Dataran Pahlawan then makan kat Umbai. Sebab my hubby baru sekali kot g, plus aku tak penah g, dengan parking penuh… Makan kat Parameswara. Hmm… aku taknak cakap ape2. Aku rase Jeram lagi best. Servis lambat, walau orang ramai, system pengurusan sangat mengecewakan. Dekat sejam lebih nak tunggu makanan siap. Pekerja dia ramai je aku tengok. Rase makanan pun kureng. Nasi putih mentah.




Itu jela kisah hujung minggu aku. Dan da disahkan bahawa kami takkan kemana2 anniversary nanti sebab tender my hubby tutup 17th. Layan jela. Maybe aku akan berjalan dengan Yamin je anniversary nanti. G nyopping!

Oh yea, berat badan aku memang disaster sekarang. Aku nak mencari alternative tanpa ubat yang membebankan. Last2 aku tengok ada cara iaitu Tomato Diet. Simple je caranya. Makan dinner dengan tomato 2 biji sehari setiap ari sehingga beberapa bulan. Tomato ada khasiat untuk meningkatkan hormone mengurangkan berat yang semulajadi dalam badan kita. Aku tak penah suka tomato sebab lembik then baunya, tapi lately aku leh terima rasenya yang unik. Caranya, jangan dipikirkan sangat. Ahaha… memang tak mengharapkan kesan drastic, asalkan lebih baik dari dulu… itu je. 

Hari Sabtu ni ada kenduri doa selamat. Baru ingat nak g Stadium Negara untuk beli merchandise Running Man. Aku ni terpaksa je mengalah pada keadaan :-( Sedih! 







No comments:

Post a Comment