New
week chapter bermula. Hihi.. well, camne pun kene bersyukur kepada Allah sebab
memanjangkan usiaku sehingga arini. Hargailah kehidupan!
Update
ujung minggu lepas, memang kami tak kemana. Dok rumah je sebab my hubby ada
kerja dibawa ke rumah. Sian dia malam tadi tak tido. Si Yamin plak, asek ngan
games dia. N aku amik masa kat rumah untuk berehat n tido. Minggu ni, Rabu
adalah Deepavali. Jumaat aku amik cuti sebab nak settlekan beberapa hal &
kebetulan Abg Ann balik dari haji. Mak cam rindu gila kat dia. Mintak aku
hantar g rumah Abg Ann. Layan jela…
Oh
ye, kitaorang g Pasar Malam Setia Alam malam sabtu lepas. Terkenal sebab
kepanjangannya tapi, banyak gila gerai jual benda yang sama. Aku jalan tak
sampai separuh kot… last2 balik. Beli baju Yamin & Citrus Zinger 2 botol.
Paling2
bengang, aku tak tau mana aku letak buku ASNB both aku nyer & Yamin. Lepas ni,
kalau da buat buku baru, haruslah simpan elok2 ye. Huhu… padan muka aku. Kene caj
processing fees RM 20 per book. Bad news! Banyak hokey boleh dibuat dengan RM
20 tersebut! Bengang2… yang sadisnya, mesti buku tersebut akan dijumpai semula.
Percaya lah… atas pengalaman lepas. Hihi…
Wokey,
aku da buat keputusan untuk ambik makanan tambahan lagi. Yup… aku tak rase aku
sehat pun. Walaupun keadaan aku lebih baik dari sebelum aku makan Jeli Gamat
Luxor, tapi aku nak lebih sehat. Kulit aku pun teruk sekarang. Ada parut yang
masih kelihatan jelas kat pipi kiri. Time aku g pharmacy last week, staff kat
situ rekomen Miracol – dari Cellabs. Cam syiok je. Siap bagi free sample lagi
tuh. Tapi sepeket je ek? Rasenya cam Ribena. Aku search kat net apa yang best. Khasiatnya
mainly pada kulit jela. Boleh dilihat hasilnya seawall 3 hari. Yup, harganya
agak mahal gak. Insyallah, 2 bulan lagi boleh la aku beli sebab kereta da abes
bayar. Hoho… (nak beli bulan depan pun buleh sebenarnya). Ada jugak Cellabs
punya product range yang ada effect better tapi meragukan sebab ada Sheep
Placenta. So oleh kerana meragukan, baik amik Miracol je. Dari buah2an &
pokok2.
Bulan
depan plak ada company dinner. Aku takde plan sgt sebab tema bajunya adalah
Uniformly Outrageous. Mana nak cari baju uniform kan? Last2 maybe aku beli baju
biasa2 jela. Tak pun tak g. ahaha… boleh? Memang aku tak tau lagi. Kalau dapat
bajunya kang, aku update.
Untuk
anniversary yang ke-6, aku telah berterus terang kat hubby yang aku nak barang
kemas. Tak kesah la besar or kecik, ikot kemampuan. Yang penting boleh tulis 6th
years anniversary. Untuk hubby plak, dia nak baju yang banyak sebab baju dia
takde. Dia cam perempuan aku rase. Baju aku pon tak banyak cam baju dia. Itupun
cakap takde baju. Hihi… dia je rajin beli baju. So, aku akan bagi dia cash RM
1000 untuk beli baju. Senang, malas nak pikir. Untuk celebration nya, memang
takde plan lagi. Hubby nak g Melaka je. Tapi aku da langsung takde bajet untuk
kesitu da. RM 1000 tuh banyak wooo… huhu… kalau g Melaka, balik hari jela…
hahaha… takyah tido2. Aku teringin nak try Nasi Ayam Bebola kat Melaka Central.
Teringin gak g Jonker Street. Hmmm… tapi Melaka tak lah jauh sangat, boleh
drive walau midnite. Aku nak g Pasar Malam nyer je. Kene membajet sikit sebab
ada pengepow kecik yang selalu ikot kitorang (Yamin la sape lagi!) Hoho… malas
nak bermalam. Aku nak tukar cara kitaorang bercuti. Selalu malam melepak je
dalam hotel. Bosan btol! Lama tak jalan2 n try street food. Jadi takyah la bermewah2 untuk anniversary ke 6 kami. Cukuplah
kami ada each other, meow!
After
gaji, perlulah membajet. Sangat bahaya next month. Banyak benda nak guna duit. Erm…
start December, harap ada chapter baru dalam idop aku. Yup, mari menabung!
No comments:
Post a Comment