Monday, 8 July 2013

Monsters University







Cast :
Billy Crystal – Mike
John Goodman – Sulley
Helen Mirren - Hardscrabble

Plot:
Dimulakan dengan Mike yang pergi ke Monsters Inc untuk lawatan sekolah. Dia berumur 6 tahun ketika itu. Da terserempak dengan Frank McCay yang bekerja sebagai ‘scarer’ yang memasuki bilik kanak2 ketika tidur dan menjana kuasa dengan mengumpulkan jeritan.

Ketika Frank masuk ke salah satu bilik kanak2, Mike juga menyeliap masuk ke bilik itu juga. Mike melihat kepakaran Frank sebagai ‘scarer’ dan masuk kembali ke dunia Monsters. Frank yang kagum dengan keberanian Mike, telah menghadiahkan Mike dengan topi Monsters University.

Beberapa tahun selepas itu, Mike yang telah membesar, memulakan hari pertama di Monsters University dengan jurusan dalam Scare Program. Di kelas pertama, ketika Mike hendak menjawab soalan dari prof nyer, satu suara menyampuk ketika itu dan suara itu kepunyaan Sulley. Dekan Hardscrabble (agak tak suka muka dean ni :-P) memberitahu pelajar perlu melepasi peperiksaan untuk terus dalam Scare Program.

Dalam bilik Mike, seekor khinzir menceroboh dan memporak berandakan bilik Mike. Kemudian Sulley masuk ke bilik nya melalui tingkap. Mike sangat memarahi Sulley.

Mike belajar dengan rajin untuk meluluskan diri dalam peperiksaan Scare Program. Semasa hari peperiksaan, dia dan Sulley bergaduh dan kedua2nya di buang dari Scare Program. Mereka sangat tidak menyukai jurusan baru mereka.

Mike mula mendapat idea untuk menyertai Scare Games yang telah dianjurkan university itu. Dekan Hardscrabble mula memperkecilkan kebolehan Mike. Dengan bantu sebuah kumpulan yang dipanggil Oozma Kappa, Mike menyertai pertandingan itu. Tetapi ahli kumpulannya tidak cukup seorang. Sulley mempengaruhi Mike untuk menyertai pertandingan itu. Tiada pilihan, Mike terpaksa bersetuju.

Peraturan pertandingan itu, kumpulan yang medapat tempat terakhir dalam setiap pusingan akan disingkirkan.

Kumpulan Mike berjaya ke peringkat akhir dan memenangi pertandingan tersebut. Mike dan ahli kumpulannya berjaya ke Scare Program.

Bagaimanapun, Mike kemudian mengetahui alat yang digunakan di pertandingan akhir telah rosak. Rupa2nya Sulley telah merosakkan alat itu untuk memberikan markah tertinggi kepada kumpulan Mike. Dia tidak yakin yang Mike mampu menjadi ‘scarer’. Mike sangat kecewa dengan Sulley.

Sulley kemudian membuat pengakuan kepada Hardscrabble tentang penipuan itu. Mike pula pergi ke bilik membuat pintu yang menghala ke rumah manusia dan ingin membuktikan yang dia mampu menjadi ‘scarer’. Malangnya, Mike tidak mampu memeranjatkan kanak-kanak manusia itu dan dikejar oleh pihak polis. Sulley yang mengetahui situasi Mike, telah memasuki pintu tersebut.

Dekan Hardscrabble pula telah mengunci pintu itu untuk mengelakkan kewujudan Monsters diketahui manusia. Sulley & Mike berpakat untuk menakutkan orang dewasa. Dengan kerjasama, mereka berjaya mengejutkan Hardscrabble. Pintu ke dunia Monsters dibuka.

Mereka berdua dibuang university dan memulakan hidup baru iaitu sebagai Mailman di Monsters Inc. Perlahan2 naik pangkat sehinggalah ke ‘Scare Department’.

Itu je :-P

Komen aku:
Upset sangat citer ni. I donno and kenapa aku rase boring. Even Yamin pun kata busan. Haha… up to you to judge sebab ada yang kata kelakar. Part mana, yang tuh aku tak tau. Hahhaa…


No comments:

Post a Comment