Thursday, 11 July 2013

Buffet Ramadan 2013



Sangat gumbira sebab berjaya berpuasa untuk hari kedua semalam. Aku g jumpa client kat Menara Selangor Dredging kat Jalan Ampang. Time tuh da kol 12pm. Aku tengok ramai perempuan Melayu tak segan silu bungkus nasi untuk lunch. Hmm… no komen. Sebaik la area Kota Kemuning, tak pernah nampak situasi ni. Maybe masih malu n segan ngan orang sekeliling. Aku rase beberapa tahun lepas, aku g Sogo n nampak selamba je orang bungkus roti kat bakery tingkat bawah. Walaupun tak makan kat khalayak ramai, tapi cam tak patut je. Huhu…

Oh ye, citer pasal bulan puasa ni, meriah restoran2 n hotel2 buat Ramadhan Buffet. Aku tengok compare to last year, harga tahun ni kurang sikit berbanding tahun2 sebelum ni. Kalau takat hotel 4 bintang, paling cikai pun RM 150++ pun ada. Tu yang malas nak g tuh.

Aku rase sejak keje, rutin buka puasa kat hotel memang tak boleh dipisahkan lagi. Masalahnya, aku memang jarang join company aku kalau event2 bukak puasa ni. Seingat aku, time kat S_S dulu, aku buka puasa kat Bukit Kemuning Country Resort. Itu je yang aku ingat sebab biasenya buka puasa company ni tak boleh bawak spouse. Sangat la kesian my hubby, ye tak? Haha…

Biasenya, aku settle sendiri untuk pilih mana hotel yang aku suka. 2 tahun lepas, kebetulan birthday aku jatuh pada bulan puasa. Hubby belanja kat JW Marriot, Putrajaya. Sangat la best kat situ tapi harga pun berpatutan. Siap last2 kitaorang makan durian as a treat to the customer. Menu dia semua sedap2. Lokasi nye lagi la selesa. Best!

Tahun lepas, seingat aku eko-no-money. So, kitaorang g De Palma Hotel atas anjuran my hubby nyer company. If ikut aku, this location totally not on my list. Makanan limited and ada yang kena tunggu panjang. Tak selesa la plak kan?

This year, camne pun, aku nak g gak berbuffet Ramadan kat mana2. Aku tak list-kan banyak tempat sebenarnya. Yang penting, aku suka. Mostly menu buffet Ramadan ni makanan Melayu ala kampong. Bila aku search arini, aku tertarik nak g Impiana KLCC nyer buffet Ramadan. Baru RM 104+ each. Cam best. Siap ada 18 flavors Baskin Robbin Ice Cream lagi! Sangat la sesuai untuk Yamin yang makan free nanti.

Well, will keep you posted!

No comments:

Post a Comment