3
hari cuti, aku lebih rase lega ngan tekanan yang berbagai last week.
After
work Khamis lepas, aku taknak buka kat rumah sebab my hubby buka kat luar ngan
client. Aku bawak Yamin g Jusco lepas tapaukan mak juadah buka. Plan nak beli
baju Yamin sehelai n kalau ade baju untuk kat umah.
1st
time aku bawak Yamin jalan guna trolley yang aku pasang sendiri :-P selalunya,
hubby yang pasang. Hihi… yup, nothing to be proud of kan?
Beli
baju dengan kartoon Lilo & Stitch + seluar jeans satu. Untuk kat umah, aku
beli baju sepasang dengan gambar kartoon Tasmania. Semua sekali RM 120. Dapat
la sampul duit raya dari Aeon.
Jalan
punya jalan, da nak dekat waktu buka. Aku da beli tiket nak tengok Wolverine
ni. Waktu tayangan kol 8pm. Waaa… so, aku beli light food untuk berbuka iaitu
sandwich kat Oldtown White Coffee. Simple n cepat. Aku tengok ada offer kat
Oldtown ni untuk bulan puasa ni. Satu set (aku rase sesuai 4 orang) dengan
harga RM 49.90 if I’m not mistaken.
Cepat2
dinner n g surau untuk sembahyang. Yamin baik je dok sebelah.
Beli
Smurf tumbler & popcorn.
Abes
movie kol 10.15pm. most kedai kat Aeon da tutup. Aku terus g umah my sis yang
tak jauh dari situ. Ada hal sikit. Lepak situ sampai 11.30pm and terus balik.
Jumaat
pagi, hubby ajak g beli perabot. Well, aku tak penting sangat perabot ni. Aku suka
sangat rumah lapang2, tapi I know my hubby ngan feeling yang nak rumah cam
orang lain. So, kitaorang otw g Seksyen 32, Shah Alam. Tapi aku tak minat ngan
perabot kat situ. Aku bagi option kat hubby untuk g Seksyen 7 lak.
Ada
pusat perabot Shah Alam kat tepi jalan besar. Dekat ngan KFC & bersetentang
ngan UiTM. Hubby plan nak beli meja makan & sofa bed. Memula kitaorang
pilih meja makan. Hubby nak 6 seater tapi aku tak agree sebab makan space. Dia
agree aku pilih 4 seater ngan corak yang simple sweet. Harga meja tuh RM
1,150.00
Mahal
kan? Tak pela… mu hubby bayar maaa :-P
Masuk
kedai untuk pilih sofa bed. Time ni, memang mengambil masa sebab aku kan leceh.
Ini tak kena itu tak kena… flip the catalogue dan jumpa satu yang ok. The only
thing yang tak okay adalah 2 kaler yang tak sesuai di-combine iaitu black &
red! Cam spiderman okeh? So, aku tanye instead of using 2 colors, boleh ke guna
satu je? And he said boleh. So, aku amik kaler burgundy with red color pillow. Ok
maa… sebab meja makan kitaorang warna gelap.
Satu
lagi, aku beli rak kasut warna putih. Uniknya rak kasut ni ada pigeon hole kat
tepi, boleh la aku letak decoration untuk sesuaikan dengan mood ruang tamu
tersebut :-P lalala…
Semua
sekali kosnya RM 2,900.00… waa… takpela, hubby bayar. Ape yang boleh aku kata
lagi?
Hantar
my hubby g Seksyen 7, solat Jumaat. Aku bawak Yamin g drive thru kat opposite Jakel
untuk tapau ayam tapiiiiiiiiiiiiiii ayam abes! What?! Tak penah aku dengar KFC
abes ayam… teruk tak?
So,
aku drive kat tepi Federal Highway n beli KFC. Itu pun satu masalah lagi.
Kaunter order drive thrunya rosak. Nak buat camne kan? Terpaksa order kat
dalam.
Amik
hubby pas Yamin abes makan. Terus g area Unisel untuk belikan mak tudung raya. I’m
a bad daughter sebab lama giler tak belikan mak hadiah raya. Ada 3 tahun aku
tak beli kot. Nama Butik Inspirahana yang aku tau dari FB. Sesuai untuk
muslimah yang suka memelihara aurat. Aku belikan mak 2 helai tudung simple je.
Mesti cantik mak pakai.
Balik
tuh, mak call mintak aku belikan mee kuning ngan taugeh.
Hantar
kat umah mak jap. Ada seseorang kat sana yang menyindir aku. Lantak la… biar
lah dia…
Balik
umah, tido jap n g umah Kak Ya untuk buka sama. Aku ada ‘hutang’ Dominos nak
dijelaskan kat dia n family. My hubby again buka kat luar ngan client dia.
Melepak
ngan Kak Ya sampai la kol 10pm n terus balik umah.
Sabtu,
aku bersiap sedia untuk ‘ngunjung’ untuk esok nya plak. Ngunjung ni salah satu
budaya untuk bagi makanan kat jiran2. Kiranya sedekah la ni. Pagi tuh, batuk
Yamin makin teruk. Aku plan bawak g klinik n g mana2 untuk cari baju raya
sepasang. Huhu… yela, my hubby da amik baju pun. Kiut miut tengok my hubby n
Yamin try baju tuh. Walaupun sorang ‘terang’ n sorang lagi ‘gelap’, sesuai
kaler tuh ngan dorang.
Alhamdulillah
doctor kata, paru2 Yamin not infected tapi ada sikit demam. Terus g Giant Putra
Height. Sebelum puasa aritu aku ternampak baju kurung simple yang cantik kat
salah satu butik tingkat bawah. Harganya pun cantik gak. Baru RM 109.
Tapi
aku tak beli sebab tak de cash aritu.
Tapi
bila sampai sana, takde plak baju tuh. Confirmlah da dijual sebab cantik n
murah. Naik atas untuk beli sayur mak. Aku beli gak ketupat mini untuk dibagi
sekali dengan satay esok. Satay aku tempah jela… mana larat nak mencucuk kan?
Time
nak bayar, tanye kat cashier ada tak sampul duit raya. Dia kata da abes. Aik,
bukan baru je aritu kata belum bagi lagi? Then dia bagi plak 3 sampul. Haha…
kelakar, sangat la unpredictable itu budak.
Balik
tuh, lepak jap umah mak. Kol 5pm, kuar g bazaar Ramadan Taman Perwira,
Sijangkang. Hubby teringin ikan patin tempoyak. Aku beli asam pedas ikan pari
je. Sian Yamin – flat abes. Padahal bukan demam pun. Balik tuh aku perasan ada
merah2 kat bawah mata dia. Kena demam campak budak ni. Duhai… sian giler!
Da
tempah n bayar satay. Untuk 350 cucuk bersamaan RM 245.00. Ok la…. Berbaloi. Nama
pun sedekah.
Malam,
aku g Tesco Extra untuk beli air kotak besar n gula2 tajaan mak untuk sedekah
gak. Saje… sian gak mak bila tak boleh jalan jauh ni. Aku pun tak kesah tolong
mak ni.
Survey
baju kat butik kat situ. Alamak, nape la takde yang berkenan?! Sangat la kejam
sebab satu ape lagi pun aku tak beli lagi ni. Huhu… abesla, pakai baju lama
okeh gak tapi mana ada kaler yang padan?
Malam,
aku ngan Yamin sama2 masukkan gula2 dalam bekas. Comel je budak kecik ni.
Kol
1am, Yamin belum tido and dia terpandang satu part kat tingkap n takut2. Sian dia.
Maybe sebab dia tak sehat, dia ternampak ‘sesuatu’.
Ahad
pagi, my hubby g kerja.
Aku
melepak ngan Yamin. Dia taknak makan. Maybe tekak dia perit. I was so lucky
sebab dia nak minum air badak. Aku start masak nasi impit mini kol 2.30pm. Kol
4.30pm aku da kuar rumah seorang sebab malas nak nyusahkan my hubby. My hubby
tak boleh berkerja dalam tekanan. Kang perkataan mengarut ape dia kuarkan…
Settle
menghantar ‘ngunjung’ kol 7.10pm. Buka ngan sikit satay kat umah.
Malam
my hubby ngan Yamin g McD. Balik tuh aku tanye Yamin ape yang dia tengok malam
sebelum tuh. Dia kata ‘orang’. Badan hitam bulu2, ada mata satu. Muka merah. Dia
tengok Yamin je… huhu… scary merry. Aku tanye dia ‘benda’ tuh dalam rumah ke
atau luar rumah. Yamin kata kat luar rumah.
Nak
tido malam tadi memang tak hengat la aku berayat kursi n Al-Fatihah. Harap
takde pape la sebab bulan2 puasa ni mana ada syaitan kan? Huhu… Ya Allah,
lindungi lah aku & keluargaku dari syaitan durjana. Aminnn….
No comments:
Post a Comment