Makanan
Korea
bukan la Negara Muslim, semua orang tau hakikat itu. Muslim kat Korea adalah
golongan minority yang kebanyakan tertumpu di Itaewon. Ada masjid kat situ.
Jadi, makanan Halal pun, bukan senang nak cari. Aku semasa di Korea, makan kat
mana2 restoran dengan syarat makanan yang ditempah tidak diletak sebarang
daging, ham dan digoreng dengan minyak sayuran. Itu yang utama. Kat Korea gak,
kalau korang g dalam masa yang lama, boleh la tapau megi ataupun yang segera2.
Masalah aku adalah aku tak suka makanan segera sangat. Nak makanan yang
dimasak.
Time
kat Korea, aku terjumpa backpack travel dari Malaysia yang bawak serunding and
ketupat. Nasi putih boleh dibeli di 7-Eleven di Korea. Siap masak…
Selain
tuh korang boleh makan buah2an, dan roti di Korea. FYI, roti di Korea takla
selembut Roti Gardenia keping di Malaysia. Susah sket nak telan.
Kalau
yang suka jajan, aku cuma makanan coklat2 and ada satu jajan yang anak aku suka
makan ni. Perisa bawang. Sedap gak. Yang lain, aku tak yakin nak rekemen.
Street
food pun kena hati2 untuk dimakan sebab takut dia campur benda tak halal.
Sebaiknya, kalau korang nak try, boleh la mintak tukar daging dengan haemul
(sefood dalam bahasa Korea)
Duit
Malaysia
nyer matawang sangat kecik di Korea. RM 3+ duit kita bersamaan KRW 1,000. KRW
1,000 boleh beli mineral water 0.5ml kat Korea. Tapi kalau dipikir2 balik, RM
3+ untuk air mineral kat situ, memang mahal la kan?
Kena
hati2 bila shopping. Kalau perlu, tawar mana2 barang dengan harga tidak
berpatutan. Selagi xde price tag, boleh ditawar.
Sistem
pengangkutan
Hmm…
transport kat Korea bukan lah sesuatu kerisauan. Cuma korang kena la tau mana
nak pergi. Search betul2 kat internet.
Subway
adalah pengangkutan utama orang Korea. Cara pembelian tiket, melalui kaunter.
Tapi tau tak cakap dalam bahasa Korea? Boleh beli T-money dari store2 cam
7-Eleven atau GS 25. Fungsi T-money ni sama cam touch ‘N’ go tapi penggunaan
t-money lebih meluas.
Time
kat Korea, aku banyak guna teksi berwarna oren. Nak tau nape warna penting pada
teksi? Hmm… khabarnya teksi warna hitam lebih mahal. Aku pun tak sempat nak
compare :-P
Cuma
kena bersedia menaiki tangga untuk keluar masuk station subway tersebut.
Budi
pekerti
Hmm…
sangat bercampur baur dengan perangai orang-orang Korea ni.
Semasa
aku nak g balik dari Jeju, anak aku nak minum susu. So, cari tempat duduk
kosong tapi xde. Xde bukan sebab orang duduk, tapi beg duduk. Dalam satu row
katela ada 6 tempat duduk. Maybe orang yang duduk cuma 2 orang je, tapi beg
dorang yang memenuhkan kerusi itu. Even aku saje berdiri dekat2 situ sambil
dokong anak pun dorang buat donno je.
Jumpa
orang tua yang memotong barisan sesuka hati.
Kat
atas kapal terbang pun macam kat pasar. Dia cakap sesuka ati.
Pastu
aku kena time nak pergi Namsan Tower. Naik bas yang penuh cam sardine. Sian
giler anak aku yang berumur 3 tahun tuh kena berdiri. Couple yang duduk tuh
siap berpeluk2 lagi. Geram okeh?!
Even
kalau korang terlanggar time berjalan, jangan la harap dorang nak minta maaf.
Kenapa
Korea ‘Indah Khabar dari Rupa’?
Kalau
korang suka Korea 50%, cukup lah melawat Seoul untuk saje jalan2.
Aku,
pada mulanya minat Korea 100%. Even nama Raja dorang pun aku tau. Pengetahuan
pada Korea memang terhebat (ahaha… betul ni). Malangnya, aku tak rase 100%
seronok pun time pergi Korea. Korea yang kita tengok dalam internet, dalam
Korea drama not even 50% pun seperti sebenarnya. Huhu…
Korang
pergi la sendiri and judge. Good luck!
No comments:
Post a Comment