Aku
cuti 4 hari since last Jumaat sampaila Isnin. Tapi still tak puas lagi n malas
nak g keje. Haha…
Ari
Jumaat lepas, kitaorang g pasar. Aku sangat sangat teringin masak asam pedas
ikan parang. Nyum2. Hmm… ni semua gara2 tengok resepi kat satu blog ni. So, g
pasar Seksyen 2, and beli ikan terubuk n ikan parang. Beli ikan kembung 5 ekor.
Semua sekali RM 59! Mahal giler barang2 sekarang ni kan? Malangnya kita takde
pilihan & terpaksa beli.
Balik
tuh, mintak kat jiran aku daun kesum. Jiran aku ni sebenarnya ada masalah ngan
menantu dia. Dia tak tau aku da tau. Boleh baca muka dia maa… tapi malas nak
korek. Hal rumah tangga orang lain kan? Jaga tepi kain sendirik je.
Bermula
la proses masak memasak aku ni. Best je perasaan, hehe… Dan hubby try rase. Dia
kata sedap! Haha… yup, aku sebenarnya not bad la memasak. Thanks to my mom yang
selalu suruh aku tolong time dia masak dulu. Memang berguna ilmu tersebut.
Walaupun mak aku takde la ajar resepi ke per, tapi sebab da asas, bila aku
start berpikir, pasti jadi nyer lah. Kebanyakan resepi, aku agak2 je. Kekadang
tak jadi gak, tapi biase la kan? Adat. Huhu…
Hubby
g solat Jumaat, aku n Yamin lepak umah mak. Famili Along aku balik.
Petang
tuh, ingat nak g Morib, tapi hubby malas sebab mesti ramai orang. So, kitaorang
melepak kat umah je. Dalam kol 9pm+, kitaorang g Setia Alam jalan2. Memula plan
nak lepak kat taman Setia City Mall. Sampai sana da malam, jadi kitaorang
pusing2, n balik.
Sampai
umah 11.30pm. Tetibe ada semangat nak mengemas dapur. My hubby complaint kat
aku yang dapur sangat kotor. Yup, memang aku tak penah membersihkan dengan
serius sejak pindah :-P Ahaha… bukan pe, aku kan malas. Huhuh… tapi aku sangat
geram sebab hubby kata aku yang sepahkan dapur tuh. Tang mana, aku pun tak tau.
Takkan la aku ni campak habuk kat situ lak kan? Sangat la kejam kenyataan
tersebut. Haha…
Aku
siap mengemas kol 3 pagi. Haha… dasat atau x? si Yamin siap da terbongkang
sebelah papa dia. Aku pun solat Isya’ n tido. Sangat la penat.
Pagi,
my hubby g tapau bfast kat Seksyen 2. Dia pun terkejut aku dapat mengemas
sebaik itu. Haha… jangan kejutkan naga sedang tidur okeh?! Tapi naga tersebut
da pancit la disebabkan malam tadi yang penat. Even aku bersihkan bilik mandi
okeh?! Tersangat dasat la.
Kol
2pm, on the way g One Utama. Konon nak tengok wayang & makan2. TGV nyer
cinema da bukak. Nak naik tangga tuh, wa… sangat gelap. Siap pasangan yang naik
escalator dengan kitaorang, bercium2 lagi. Geli… malangnya citer Epic lambat
lagi tayang. Yang ada 3D je, kang juling plak bijik mata Yamin sebab pakai
spek2 ni. So, kitaorang g GSC untuk survey. Ada seat tapi 2 row dari depan.
Taknak la kan? Aku beli tiket untuk citer Biker Kental.
WHAT???!!!
Ape
mimpi aku beli tiket tuh?!
Haha…
rewind balik kesah 2-3 jam sebelum.
Hubby
: Tengok wayang la jom. Nak tengok citer ape? Fast & Furious?
Aku
: Eh… mana boleh? Yamin tak boleh masuk maa…
Hubby
: Abes tuh? (dengan nada bergurau) Biker Kental? Hehe…
Seriously,
I thought he’s serious. Huhu… lagipun dia kan minat sangat Zizan Raja Lawak.
Huhu… Kelakar giler bila teringatkan muka my hubby lepas tau aku da terbeli tiket citer tuh. Lama giler tak nampak ekspresi yang sama. lagi teruk, aku suruh dia bayar balik duit tiket tuh :-P Ahaha...
So,
I shouldn’t being blame by this ‘jokes’. Huhu… FYI, citer Biker Kental sangat
la lemah dari segi jalan cerita. Lawak2 nyer pun sangat la membosankan. Huhu…
lantak la kan?
Kuar
dari panggung, aku da tahap lapo giler baboon. Aku teringin nak makan kat Food
Republic. Tapi my hubby sangat la tak suka makan kat situ. Dia cakap nampak tak
sedap, huhu… padahal dia bukan penah makan. Dan aku sangat marah. Ye la, korang
pikirla last meal yang aku makan adalah time bfast. Itupun aku tak abeskan nasi
lemak sebungkus sebab kureng sedap lak pagi tadi. My hubby boleh la tahan lapar
sebab dia takde gastric. Aku lak, da pening kepala…
Aku
ajak balik terus. Wait…… dia tak drive balik and stop area Bangsar. Tak nampak
nama kedai, sebab shoplot kot. And nampak cam tutup. Hubby suruh turun, aku
kata sama cam dia cakap kat depan Food Repulic tadi.
‘Makan
la… yayang taknak makan…’
Ofkoz
dia tukar perkataan ‘yayang’ ngan ‘abang’. Aku nak dia rase ape perasannya
kalau pergi sama2 tapi makan asing2. Hubby ngan nada marah, mengeluh n drive
area berdekatan. Aku asek kata nak balik. Takpe pun, megi ada maa…
Yup,
aku marah, so what?!
Last2
dia stop kat foodcourt faberet kitaorang dekat dengan Sunway Pyramid. Memula
aku sangat rase nak mogok, I mean, taknak makan. My hubby order nasi putih ngan
sambal udang petai. Yamin plak aku order nasi goreng ayam. Aku sengaja tunggu
semua order sampai dlu sebelum bertindak.
Aku
memang rase nak tukar semua style aku bila merajuk. Kalau dlu, aku menjeruk
hati la kan? Tapi last2, aku gak yang rugi. My hubby kembali ‘ke bentuk asal’
balik walaupun lepas kena marah. Biase maa, melayu mudah lupa. Dan dengan tekad
tuh, aku order banyak2. Nak kenakan hubby, biar dia bayar. Aku order Rojak
Buah, Satay 10 cucuk, otak2 10 n kepak ayam bakar 3 bijik.
Saje
aku tengok air muka dia. Memula kepak ayam datang dlu. Muka dia okay lagi. Even
time rojak buah datang pun dia ok. Tapi ada sikit berkerut bila otak2 sampai.
Haha… lagi kerut bila satay kemudian sampai. Pastu dia tanye or perli kot.
‘Banyak
yayang makan?’
Haha…
but I’m not going to stop. Sambil makan tuh, aku order lak Kerang Bakar.
Memang
terkejut dia okeh? Well, perut aku memang besar. Hebat x?
Sambil
tunggu, aku order Ikan Terubuk Bakar n I think enough, I should stop now.
Haha…
memang precious moment tuh bila tengok muka hubby time ikan bakar tuh sampai.
Aku abeskan semua. Ujung2 je tak abes sebab da tak muat perut aku ni. Haha…
Ntah
dia sedar x aku kenakan dia?
Singgah
Tesco Extra lepas makan. Plan nak buat sandwich untuk breakfast esoknya.
Pagi
Ahad, dirumah je. Sepatutnya nak g kenduri my ex matriks fren, tapi malas. Gi
belah lelaki jela nanti. Lunch kat Nyonya Kitchen n xde yang menarik berlaku on
that day.
Waa…
panjang nyer post :-P
On
Monday, aku jaga Yamin sebab babysitter dia balik kampong. Keluar jap g Jusco
Bukit Tinggi tengok Epic. Terkorban RM 50 dalam sekali je keluar. Mahal mahal
mahal!
Da
kuar DVD Arang the Magistrate. Adala harapan aku menyoping DVD bulan depan.
No comments:
Post a Comment