Sunday, 19 May 2013

Weekend 18-19/05/2013



Hihi… baru nak ganti puasa arini. Aritu telah terbatal puasa aku sebab makan :-P

Well, so far, aku belum rase lapar lagi. Maybe sahur aku makan bibimbap buatan aku. Memang seimbang sebab ada semua… sayur, telur and pedas2.. nyum2…

So, oleh kerana aku baru mula menganti puasa, ada lebih kurang sebulan lagi aku kena ganti. Huhu… nape banyak sangat? Yup, aku da 3 tahun xganti puasa. So, double triple, ada la dekat 30 ari kot. Itupun, aku plan nak lebihkan ganti sebab mana laa tau ada yang terlupa. Huhu…

Cakap pasal puasa ni, aku sebenarnya tak tahan sangat. Sebabnya, aku sangat obsess dgn makanan, bila ada puasa ni, ofkoz akan pikir pasal makanan gak, ye tak? Biasanya, aku boleh survive semasa puasa dengan sepinggan nasi, lauk and kicap (simple2 sudah), air manis, susu segelas, coklat satu bar. Malam kena makan buah, baru cemerlang hari-hari ku :-P Memang aku kuat makan. Huhu… tapi sebab milo, susu and coklat da abes, aku harap sangat aku dapat bertahan sampai keakhirnya. Sekarang pun da berpinau sikit mata. Hehe…

Weekend aku, cam biasa je… tidak ada yang menarik. Jumaat malam sabtu, aku melepak umah mak jap. Along ada kat sana. Pastu wife dia tanye nape tak heboh2 g Korea? Huhu… ape boleh aku komen ek? Sebab nanti orang kirim? Nanti beg aku berat? Sebab aku bawak duit sikit? Atau dapat g Korea bukan la sesuatu yang hebat sangat?
:-P So, aku malas nak heboh la kan? Da balik pun, tak ble buatpe lagi… huhu…

Sabtu pagi, aku renew roadtax. Sempat pinjam mak RM 250 malam tadi. Up sket sebab hatiku meronta2 nak beli Laneige BB Cushion ni. Huhu… next month harap takde la meminjam lagi. Sian mak aku :( Roadtax total kena bayar RM 630 tahun ni. Huhu… nak kena tukar Takaful tahun depan. Ada rebate kan?

Balik tuh, terus g Midvalley. Ada misi perlu dilunaskan. Huhu… ape daa…Sampai je, terus masuk Aeon Big cosmetic nyer section dan jumpa kaunter Laneige. Waa… siap jadi member lagi tuh. Memang daebak! Harga Snow BB Cushion berharga RM 120 selepas offer. Siap ada refill lagi tuh. Bole la tahan sampai 6-7 bulan. Tapi kalau nak beli skincare dia, aduhai, mau ratus2 kena spend. Aku rase mau cicah RM 700 okeh? Well, oleh kerana tidak mau membazir, aku beli je BB Cushion dlu. Sebab aku ada lagi satu set Skinfood Omija Tea nyer set. Mau 3-4 bulan lagi baru abes.

Pastu kitaorang jalan2 jap. Tetibe hubby kata aku sombong taknak mintak duit dia time nak beli BB Cushion tadi. Aik?! Aku sombong? Biaq betul! Bukan maa… keta my hubby kan rosak? Dia kata nak repair petang tuh gak! Tergamak betul! Last2 aku mintak dia gak. Dia bagi separuh je dlu.

Malam tuh, tido umah mak. Yamin sangat bahagia main dengan sepupu2nya sampai taknak makan n mandi. Huhu… pukul 10, semua orang da balik kecuali kitaorang je. Ujan sikit malam tuh…

Ahad, hubby kata nak masuk opis.
Aku lepak2 kat umah n tido kejap. Bangun, aku rebus tulang lembu untuk dinner. Yamin melayan Bola Kampung kat bilik. Dalam kol 12, Yamin sebuk nak makan kek. Aku bawak dia g Secret Recipe, Kota Kemuning. Waa… best giler Turkish Indulgence tuh. Coklat and kacang. Duhai, ngidam lak ni.

Petang, aku g ‘kenduri’. Actually jiran aku buat sambutan Hari Ibu. Bosan la… siap sembang politik lak tuh. Dorang orang PAS. Memang ada unsur2 berat sebelah.

Erm… buka kang nak makan ape ek? Kan best ada pasar malam dekat2 ni… huhu

No comments:

Post a Comment