Showing posts with label K-Trip. Show all posts
Showing posts with label K-Trip. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

Indah Khabar Dari Rupa?



Makanan
Korea bukan la Negara Muslim, semua orang tau hakikat itu. Muslim kat Korea adalah golongan minority yang kebanyakan tertumpu di Itaewon. Ada masjid kat situ. Jadi, makanan Halal pun, bukan senang nak cari. Aku semasa di Korea, makan kat mana2 restoran dengan syarat makanan yang ditempah tidak diletak sebarang daging, ham dan digoreng dengan minyak sayuran. Itu yang utama. Kat Korea gak, kalau korang g dalam masa yang lama, boleh la tapau megi ataupun yang segera2. Masalah aku adalah aku tak suka makanan segera sangat. Nak makanan yang dimasak.

Time kat Korea, aku terjumpa backpack travel dari Malaysia yang bawak serunding and ketupat. Nasi putih boleh dibeli di 7-Eleven di Korea. Siap masak…

Selain tuh korang boleh makan buah2an, dan roti di Korea. FYI, roti di Korea takla selembut Roti Gardenia keping di Malaysia. Susah sket nak telan.

Kalau yang suka jajan, aku cuma makanan coklat2 and ada satu jajan yang anak aku suka makan ni. Perisa bawang. Sedap gak. Yang lain, aku tak yakin nak rekemen.

Street food pun kena hati2 untuk dimakan sebab takut dia campur benda tak halal. Sebaiknya, kalau korang nak try, boleh la mintak tukar daging dengan haemul (sefood dalam bahasa Korea)

Duit
Malaysia nyer matawang sangat kecik di Korea. RM 3+ duit kita bersamaan KRW 1,000. KRW 1,000 boleh beli mineral water 0.5ml kat Korea. Tapi kalau dipikir2 balik, RM 3+ untuk air mineral kat situ, memang mahal la kan?

Kena hati2 bila shopping. Kalau perlu, tawar mana2 barang dengan harga tidak berpatutan. Selagi xde price tag, boleh ditawar.

Sistem pengangkutan
Hmm… transport kat Korea bukan lah sesuatu kerisauan. Cuma korang kena la tau mana nak pergi. Search betul2 kat internet.

Subway adalah pengangkutan utama orang Korea. Cara pembelian tiket, melalui kaunter. Tapi tau tak cakap dalam bahasa Korea? Boleh beli T-money dari store2 cam 7-Eleven atau GS 25. Fungsi T-money ni sama cam touch ‘N’ go tapi penggunaan t-money lebih meluas.

Time kat Korea, aku banyak guna teksi berwarna oren. Nak tau nape warna penting pada teksi? Hmm… khabarnya teksi warna hitam lebih mahal. Aku pun tak sempat nak compare :-P

Cuma kena bersedia menaiki tangga untuk keluar masuk station subway tersebut.

Budi pekerti
Hmm… sangat bercampur baur dengan perangai orang-orang Korea ni.

Semasa aku nak g balik dari Jeju, anak aku nak minum susu. So, cari tempat duduk kosong tapi xde. Xde bukan sebab orang duduk, tapi beg duduk. Dalam satu row katela ada 6 tempat duduk. Maybe orang yang duduk cuma 2 orang je, tapi beg dorang yang memenuhkan kerusi itu. Even aku saje berdiri dekat2 situ sambil dokong anak pun dorang buat donno je.

Jumpa orang tua yang memotong barisan sesuka hati.

Kat atas kapal terbang pun macam kat pasar. Dia cakap sesuka ati.

Pastu aku kena time nak pergi Namsan Tower. Naik bas yang penuh cam sardine. Sian giler anak aku yang berumur 3 tahun tuh kena berdiri. Couple yang duduk tuh siap berpeluk2 lagi. Geram okeh?!

Even kalau korang terlanggar time berjalan, jangan la harap dorang nak minta maaf.

Kenapa Korea ‘Indah Khabar dari Rupa’?
Kalau korang suka Korea 50%, cukup lah melawat Seoul untuk saje jalan2.

Aku, pada mulanya minat Korea 100%. Even nama Raja dorang pun aku tau. Pengetahuan pada Korea memang terhebat (ahaha… betul ni). Malangnya, aku tak rase 100% seronok pun time pergi Korea. Korea yang kita tengok dalam internet, dalam Korea drama not even 50% pun seperti sebenarnya. Huhu…

Korang pergi la sendiri and judge. Good luck!

Monday, 13 May 2013

Day 10 : South Korea - LCCT



Seawal pukul 6.30am, bertolak ke Incheon Airport. Good bye Korea. Mungkin tak jumpa lagi dalam masa terdekat tapi who know kan? :-P

Snap2 yang diambil on the way ke Airport seperti dibawah. Haha…



Perjalanan balik ambil masa lebih kurang 6 jam. Flight kosong. Bagus la kan? Selesa sket.

Sampai LCCT kol 3.05pm. Heran lak aku. Rupa2nya yang time 4.30pm tuh waktu Korea kot. Huhu… memang seboleh2nya nak mengundi. Hubby kata tak sempat. Memang berenti je kapal terbang tuh, aku terus bangun amik beg hand carry. Turun tangga secepat mungkin. Tapi stroller Yamin lambat plak, huhu…

Kat imegresen pun beratur panjang. Memang berdebar je rase. Selesai je semua, dalam 3.30pm. Waa… memang dasat. Amik taxi, dan terus balik Jalan Kebun. Sampai kat pusat mengundi kol 4.15pm.

Walau ada orang panggil (nak kempen lah tuh), aku terus je jalan masuk. Lepas cek nama, terus g bilik no 3. Hmm… dorang kata aku orang Jepun, bangang tol!



Selesai tanggungjawab and end gak my Korea trip. Hehehe…  bye!

Day 9 : Jeju Island - Jongno (sam) ga



Ari terakhir di Jeju. Lebih merindui mak walau da dapat call dia semalam. Mak kata sekarang kat Malaysia tengah hangat pilihanraya. Tetibe cam risau pulak. Huhu… da tentu2 aku tak sempat nak mengundi. Flight sampai Malaysia dalam 4.30pm sepatutnya.

Huhu… arini aku bergambar kat seluruh Jeju Island. Mana yang sempat. G tempat cam Jusangjeolli gak. Pastu aku g Mt Hallasan… view langit biru yang cantik.





Lunch pizza lagi? Haha…. Memang lantak la kan?





Petang tuh balik ke Jongno (sam) ga. Aku singgah kat Lemon Mart untuk beli red pepper paste, Kimchi peket and lain2. Dinner yang ringan je malam tuh. Pajeon, pancake sayur & seafood. Sedap gak… tapi tepung dia tak tau nak beli mana. Again Yamin dapat coke free dari kedai tuh.


Huhu… esoknya da nak balik Malaysia, yeeba!

Note : Makanan bukan untuk typical Muslim. Gambar2 diatas adalah diambil sendiri oleh saya. Segala ‘copy & paste’ tanpa kebenaran, akan didakwa.

Day 8 : Jeju Island - Udo Island



Tinggal 3 hari je kat Korea.
Hari ni, breakfast kat Dunkin Donut. Untuk pengetahuan korang, Dunkin Donut kat Korea ni, yang halal xde unsur daging + arak, adalah donut dia. Kek yang dijual pun xble makan…



Pastu drive g jetty. Jetty yang semalam cam xde orang, arini sangat la penuh orang. ‘Berbaris’ dekat 60 minit. Huhu... padahal dari jetty ke U-do Island tak sampai pun 15 minit. Di kejauhan, memang cantik la biru laut. Menenangkan…




Sesampai U-do Island, kitaorang pusing2… siap berposing tepi laut atas batu. Sebelah sana pula kawasan berbukit yang dipenuhi bunga2 liar. 





Lunch time. Hmm… sangat lapar sebab agak berangin kat U-do Island. And akhirnya, aku dapat merasa Jajangmyeon. Jajangmyeon biasanya diletak daging babi dalam. Tapi yang aku makan berinti seafood yang segar n sedap. Kuahnya itam sebab berasaskan kacang itam.







Lebih sedap dimakan dengan jeruk ni. Nyum2…



Lepas tuh berjalan la kat atas tuh. Ala2 rumah api bagai. Haha… tapi ofkoz tak la mendaki kat sana. Balik tuh, aku makan snek dari pumpkin. Manis tapi kulitnya kureng sedap. Kalau dia goreng ranggup2 pun not bad.






Balik ke Jeju Island semula. Terus g Teddy Bear Museum. Hmm… to be honest, aku tak rekemen tempat ni. Sbb sangat la buruk and tidak dimaintain. Huhu… tapi Yamin penuh bahagia posing kat sana.




Dinner time. Ikan bakar lagi? Huhu… aku da terbayangkan ikan Makerel AGAIN! Huhu… aku da xde mood nak makan. Bila ikan sampai, aku belek2…eh… ikan kembung la. First time jumpa ikan lain kat Korea. Haha… sedap la plak sebab fresh. Yamin pun makan ikan je, nasi xmakan. 






Makcik tuh belanja Yamin, Coca-cola free.

Note : Makanan bukan untuk typical Muslim. Gambar2 diatas adalah diambil sendiri oleh saya. Segala ‘copy & paste’ tanpa kebenaran, akan didakwa.