Thursday, 16 May 2013

Ntah Ape Sebabnya



Sebenarnya2, aku ada suatu kesedihan di hati. Kisah ni dah setahun berlalu. Tapi masih ada rasa pahit dihujung2.

Kisahnya bermula sejak tahun 2000 lagi. Sangat la lama sampai aku almost melupakan pahit & masam pada ketika itu.

Aku ditawarkan ke matriks awal tahun 2000. Aku mendaftar dengan dihantar sehelai sepinggang oleh abang aku semasa itu. Selepas beratur, abang aku terus ke rumah kakakku yang terletak berdekatan. Semasa dipenuhi dengan kekalutan dan tanda tanya macamana nak pergi, dan bagaimana nak mendaftar, aku berkenalan dengan seseorang yang ramah mesra. Selepas itu aku mengetahui yang namanya lebih kurang dengan aku, tetapi dia ada ‘K’ didepan.

Malah selepas pendaftaran, kami disuruh pergi ke asrama yang agak jauh dari situ. Aku mula panic kerana aku tiada siapa2 yang boleh diajak ke situ. K menghulurkan bantuan dengan menumpangkan aku ke asrama itu. Masa tuh, aku terima tawaran itu dengan ucapan terima kasih.

Lebih disukai, aku serumah dengan dia. Malah dia sebilik sama dengan aku. Aku dilantik sebagai ketua rumah. Tak kisah pun! Hihi… Kitaorang start jadi kawan sama klik dan selalu bersama. Dia sebenarnya juga berasal dari Klang dan datang dari keluarga agak kaya. Malah bila dia berkongsi tentang sesuatu, aku memang blur2. Sebab latar belakang tak sama. Aku tak tau pun pasal Starbucks. Huhu… sian x?

Aku tak ingat bila mendung berarak hitam dan memusnahkan persahabatan kami.

Seingat aku, masa tuh selepas result SPM keluar. Banyak la batch kami yang tersingkir kerana tak memenuhi syarat matriks. Rumah yang sebenarnya diduduki oleh 15 orang, semakin berkurang menjadi 7 orang (agaknya la :-P). Kemudian berlaku satu accident tak diduga. Seorang ahli serumah kami, iaitu A, telah mengalami kemalangan. Singki jatuh menimpa kakinya dan telah dijahit.

Masa tuh, aku telah menemankan A untuk small surgery.
Datang pula masalah lain. Tuan rumah telah menyuruh kami membayar kos kerosakan.
Pada mulanya, kami berkeras tidak mahu membayar kos singki tersebut kerana singki itu telah goyang ketika kami duduk disitu. Even pihak kolej tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan itu (aku pun tak paham nape?).

Keadaan tidak memihak kepada kami. Aku mula berhasrat untuk menyelesaikan sendiri kos singki itu. Tetapi hasrat itu telah dibantah keras oleh K.

Sejak itu, kami mula renggang. Aku bergerak seorang diri kekadang tanpa kawan.

Kemudian satu incident sangat besar berlaku. A, yang cedera kerana singki tersebut, telah meracau di rumah kami. Dia mula berhalusinasi tentang adanya lembaga hitam dirumah tersebut. Aku cuma mengagak yang dia rindukan rumah, kerana dia adalah anak bongsu seperti aku yang kali pertama berjauhan dari rumah.

Aku cuba memahami dia dan menenangkan dia. Bagi aku, dia perlukan kawan. Even, aku temankan dia tidur. K dan sahabat barunya mula memanggil A ‘freak’ dan aku juga terkena tempiasnya.

Oleh kerana keadaan A agak teruk, aku memberitahu pihak kolej dan mereka menelefon keluarga A. A dijemput pulang. Tak lama kemudian, suatu berita sangat mengejutkan telah disampaikan oleh keluarga A. A telah meninggal dunia selepas beberapa minggu balik ke kampong.

Pihak kolej telah menyediakan sebuah van untuk kami memberikan penghormatan terakhir. Tetapi, oleh kerana saiz van yang kecil, cuma beberapa orang sahaja boleh pergi. Aku ‘ditolak’ oleh rakan serumah yang lain dan mereka melawat tanpa aku bersama. Alasan dorang aku sahaja yang percaya A dan layan A dengan baik.

Tapi aku harapkan mereka menerima aku kembali selepas insiden itu. Malangnya, K terutamanya telah sangat jauh ‘meninggalkan’ aku.

Aku telah berpindah ke rumah lain dan mula berkawan dengan I, H, E and N. Alhamdulillah mereka kawan sehingga kini. Maybe latar belakang kami lebih kurang sama.

Semester ke-2, kolej kami berpindah ke Sepang. Pada ketika tuh, K masih tidak melayan aku dengan baik. I mean, memang tidak pernah bertegur. Aku cuma senyum bila bertemu dia. Lagipun, aku takde sebab nak bertegur dengan dia. Klik2 dia yang lain, melayan aku seperti biasa walau agak kereks.

Beberapa tahun lepas, aku dapat tau dia sudah berkahwin. Perkahwinan yang gilang gemilang di sebuah tempat di Putrajaya. Aku tidak dijemput, maybe aku sudah lost contact dengan dia. Biasa la, aku berfikiran positif je…

Kemudian, aku dapat tau dari FB seorang ex-matriks yang dia telah bersalin anak kembar. Tahniah disampaikan dari jauh.

Dan ada sebab kenapa aku tidak meng-add aku dalam FB aku. Aku rase tak sedap hati! Aku pun tak tau nape? Lantak la kan?

Even aku penah terserempak dia di Jusco Bukit Tinggi semasa shopping tapi aku takde rase nak tegur dia. Masa tuh pun, aku yakin dia tak perasan aku.

Dipendekkan cerita, seorang kawan telah menguploadkan gambar dia berdiri dengan posisi yang istimewa. Well, aku bergurau kata nak cover peha ke? Gurau okeh? Aku punye peha pun besar gak. Tapi ada yang terase dan mula mengutuk aku. Aku secepatnya meminta maaf pada kawan itu. Suasana reda sampai lah K memberi comment yang sangat menyakitkan ati. Aku berdiam diri dan enggan mengulas comment nyer itu.

Kemuncak kemarahan telah sampai ke puncaknya. Aku mula perasan ada 2-3 geng K telah mengulas comment aku di page kawan lain sehingga ditahap merendah2kan aku. Sedihnya, hanya Allah je tahu. Aku delete semua kawan ex matriks  untuk mengelakkan comment2 yang tidak munasabah menjejaskan hidup aku. Dan perkara ini telah pun berlalu selama setahun.

Hmm… Aku pun sangat tak paham ngan dunia ini. Aku cuba memahami perasaan Se Kyung dalam cerita Alice in Cheongdamdong dan akhirnya aku paham juga. Kenapa dunia ini sangat kejam pada aku? Lebih sedih, kalau la betul aku membuat kesilapan pada K berbelas tahun lepas, nape dia xlupakan lagi? Aku pun dah lupakan sengsara semasa itu dan memaafkan dia… huhu… lebih teruk, sekarang bestfren aku di UPM telah rapat ngan dia. Kenapa dia tidak membela aku padahal aku melayan dia dengan baik dlu? Sampainya hati :( Sanggup dia panggil aku poyo :(


No comments:

Post a Comment