Semalam ada berita yang meruntun hati aku sebagai seorang ibu. Seorang wanita membunuh diri sebab merajuk dengan suami nyer. Beliau meninggalkan seorang anak berusia 3 tahun. Ya Allah...kenapa lah ini jalan penyelesaian yang diambil? Walaupun polis belum finalized report samada membunuh diri atau dibunuh, tapi jalan penyelesaian yang diambil samada membunuh diri dan membunuh adalah yang tidak bijak. Yang jadi mangsa adalah anak.
Kenapa aku terase sangat? Aku dah berkahwin dan biasa lah, mesti ada merajuk tapi setakat ni alhamdulillah aku banyak 'ditenangkan' dengan anak aku. Bila kita tengok muka anak kita, kita akan terpikir benda yang baik2 malah buat keputusan yang lebih bijak. Yes, aku akui aku tak tau pun masalah dorang, malah tak kenal pun dorang tapi kenapa ini penyelesaiannyer?
Tapi merujuk dengan keadaan semasa, membunuh atau dibunuh adalah berita rutin, malah tetiap hari ada berita. Aku sebagai seorang yang masih waras sangat sedih dengan keadaan masyarakat kita sekarang ini :(
Dan hari ni, aku berikrar, walau berat macamanapun masalah yang aku alami, penyelesaian akan dilakukan secara pintar dan tidak menyusahkan mana2 pihak. Aku nak hidup lama.... sampai aku mengecapi kebahagian di dunia, dalam masa yg sama membawa bekalan keakhirat. Alam yg abadi.... Aku harap boleh tengok anak aku dalam pelbagai rase, suka duka, senyum dan gembira, sampai menutup mata. Ya Allah...bimbinglah kami kejalan mu. Sesungguhnya Kau lah yang terbaik untuk kami dan anak-anak kami. Amin....
No comments:
Post a Comment