Tuesday, 24 July 2012

Dunia Yang Sama

Aku sangat terkejut bila terdengar berita tentang pembunuhan orang Islam di Myanmar. Bila aku search kat internet, rupanya, ini bukan kali pertama berlaku di Myanmar, da berkali2 berlaku. 

Pernah berlaku awal tahun ini, 15-20 warga Rohingya Muslim, dibunuh. Kemudian, bulan Jun, 10 orang Muslim dibunuh. Dan terbaru, Julai 2012, perkara ni berlaku lagi.

Sebagai seorang Muslim, aku sedih dan kecewa dengan ape yang berlaku. Walaupun aku Muslim, aku tidak membenci agama2 lain dan jangan kaitankan agama dengan kesalahan diri sendiri. Dan highlight dalam berita, mungkin boleh disalahtafsirkan, yang agama Islam adalah keganasan, dan semua yang tak baik. Ini langsung tak benar sebab aku percaya setiap agama, walaupun agama ape pun, takkan menyuruh penganutnya melakukan kejahatan. 

Jadi kita kena yakin, apepun masalah boleh dirunding dan jangan anggap salah agama yang org anuti. Ini tak adil kepada penganut2 yang lain. Kepada mangsa-mangsa yang terbunuh- ALFATIHAH

No comments:

Post a Comment