Tuesday, 17 July 2012

Love You Thousand Times

Semalam berakhirlah 55 episodes 'Love You Thousand Times', drama Korea di S-One HD. Actually citer ni da lama da tayang kat Korea, tp kat Malaysia baru je tayang kot.

Pelakon2 utama : 


Lee Soo Kyung - sebagai Eun Nim
Jung Gyu Woon - sebagai Kang Ho


Mulanya cerita :
Eun Nim dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Mak dia meninggal disebabkan kanser. So, bapak dia kahwin ngan seorang janda anak satu. Dia ada seorang kakak tiri, and adik kandung hasil perkahwinan kedua tu.


Satu hari, perniagaan bapak Eun Nim tak baik and hampir jatuh bankrap. Dalam masa yang sama, bapak Eun Nim kena penyakit hati yang kronik & memerlukan pembedahan dengan segera. Kebetulan ada seorang makcik offer Eun Nim utk jadi ibu tumpang. Oleh kerana perlukan duit dengan segera, dia pun jd ibu tumpang tana pengetahuan keluarga nyer.


Pertengahan cerita:
Eun Nim berkenalan dan berkahwin dengan Kang Ho. Kang Ho adalah seorang anak kepada keluarga yg mempunyaikan rangkaian perniagaan yang besar di Korea. Kang Ho mempunyai seorang abg, kakak ipar, nenek, ibu & ayah yang tinggal bersama. Anak saudara Kang Ho adalah anak yang ditumpangkan dr Eun Nim.


Hubungan Kang Ho & Eun Nim mendapat tentangan hebat dr keluarga lelaki. Walau bagaimanapun, kaseh sayang Kang Ho kepada Eun Nim melebihi segala2nya. Eun Nim berkali2 mengelak dari Kang Ho tetapi mengalah kerana kesungguhan Kang Ho.


Akhirnya :
Kang Ho & Eun Nim berkahwin dan duduk dengan keluarga Kang Ho. Pada mulanya berjalan lancar dan akhirnya kenyataan diketahui jua. Keluarga Kang Ho menentang habis-habisan dan mereka pun bercerai. Kang Ho bagaimanapun, masih tidak mahu melepaskan Eun Nim. Eun Nim kemudian disahkan menghidap barah hati dan hanya setahun dijangka hidup. Kang Ho berusaha memujuk Eun Nim dan akhirnya Eun Nim menjalani pembedahan. They live happy ever after.


Ape yang aku suka? 
Jalan cerita pd permulaan dan akhir cerita. Pertengahan cerita agak pelan dan statik.

Cerita ni membuktikan ada je cinta sejati dalam dunia...Haha...jiwangs tol!


 

No comments:

Post a Comment