Lagi 3 hari sebelum
7th wedding anniversary n aku bengang sangat ngan husband aku. Geram sampai
rase nak picit2 je muka bola dia tu. Masalahnya bukan la besar sangat tapi aku
rase dia tu tak hormat aku sebagai isteri dia. Banyak benda dia buat dulu baru bagitau.
N then bila cakap tu, cam cakap besar buat orang meluat je. Cam dia seekor je
yang bagus. Banyak kali aku rase camni, tapi ultimately malam Deepavali tu
lebih2 la terase. Tu yang malas nak bercakap ngan dia beberapa arini. Dia cam
biasa je. Buat bodo, cam takde impact langsung bila mendengar rungutan aku.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Untuk anniversary
nanti, dia plan nak gi panjat Broga Hills. Yamin akan diletakkan kat rumah kak
ngah dia kat Semenyih. Kebetulan ada anak sedara yang rajin melayan dia.
Masalahnya, tak penah2 bersenam, tetibe je nak panjat bukit. Aduhai, mahu
terkehel sana sini. Da la esoknya nak kene keje. Dibuatnya terseliuh ke pe? Aku
da mintak dia tukar agenda. Aku rase nak kuar makan n jalan2 tapi bukan dia
gemar sangat kuar jalan2. Nanti buat perangai.
Haa.... cakap pasal
buat perangai ni kan... ari Sabtu lepas sepatutnya kitaorng dijemput gi kenduri
kawan opis aku kat Shah Alam. Da lamaa sangat takde jemputan kenduri kawen,
memang dinanti2kan la. Aku sebenarnya sangat suka makan nasi kenduri. Lagi2 la
kalau kenduri tuh kat kampung. Memang sedap la. Pagi Sabtu tu, da warning awal2
kat Yamin, jangan buat perangai, kalau tak, tak boleh ikot gi kenduri. Lepas tu
dia terkuncikan pintu bilik mainan aku dengan hp aku kat dalam.
Then aku kuar jap,
antar akak ipar aku gi stesen komuter Shah Alam. Balik tu, kira2 kol 12pm, my
hubby da kuar gi bengkel, repair keta dia. Kol 1 baru dia balik. Then dia
pecahkan pintu tu sebab tak jumpa kunci. Maybe time dia pecahkan pintu tu, dia
maki2 orang dalam ati. Pastu mood dia tak baik. Aku tanye tak jawab. Aku memang
hangin la bila tanye tak jawab tapi aku tau dia tengah marah sebab Yamin kunci
pintu tu. Huhu... tapi kalau budak tu tau consequences begitu, mesti dia tak
buat kan? Papa dia memang selalu bermain ngan perasaan. Last2 aku da malas nak
gi kenduri. Sebab penah dulu kes yang sama berlaku. N bila gi kenduri, orang
tanye my hubby n dia diam tak menjawab. Dia memang kategori kepala batu, tapi
dia tak perasan. Huhu... yang bencinya, aku je yang jadi mangsa. Benci tol.
Lagi tragis tu, dia
gi 'makeup' kereta dia n tak bagitau. Aku mana perasan kan? Sebab jumpa pun
malam. Then salahkan aku sebab tak perasan. Aku, kalau beli seluar dalam baru
pun aku bagitau dia. Kalau dia, da bertahun2 baru bagitau. Cam dia beli emas
dari abang dia, da bertahun baru bagitau. Memang la lantak kan? Duit dia.... da
la dia panggil aku orang kaya kedekut. Tang mana yang aku kedekut n kaya, aku
pun tak tau. Nak kata, dia lagi banyak duit dari aku. Ish kang betul aku kaya n
kedekut kang, dia gak yang terbuntang mata.
Dan satu perkara
lagi yang aku sangat bengang ngan dia, memang da lama makan ati la. Senang cakap
lebih dari usia perkahwinan aku la. Da la waktu keje cuma beberapa ketul je
cakap ngan kitaorang - aku n Yamin. Kat rumah pun asek pegang telefon je. Dalam
setahun, aku berani cakap kitaorang cakap kurang dari 1000 patah perkataan
ok??? Pecaya ke tak? Lagi tragis semalam aku bersembang ngan mak pasal wedding
anak sedara aku next year. Aku cakap boleh je bawak abah gi naik kerusi roda.
Aku bole je bawak. Pastu mak aku tanye, aku nak drive keta husband aku ke? N
dia kata husband aku tuh diam sangat. See??? Mak aku pun perasan... Husband aku
kata dia diam sebab takde mende nak cakap n segan bagai. Aku time memula kawen
dulu pun segan n tak bercakap sangat ngan mak mertua aku tapi sekarang da okay.
Aku je yang boleh berubah, dia tak boleh berubah. Kalau camni la kan, kalau
bercerai pun aku tak rase ralat. Bahagia ade la... boleh je cari lelaki yang
lebih baik untuk aku n Yamin. Dia taknak berubah, nak je sesekali aku lempang
bagi sedar. Ish.... sangat la geram!!!!
WEK.. WEK..
ReplyDelete