Wednesday, 6 September 2017

My 35th Birthday Celebs (Aug 2017)

Sangat la tak sempat nak update blog ni. Nampak sangat aku busy. Blog kat bawah ni aku da siap draft awal. Tapi memang la tak sempat nak post. 

Today 15 Aug 2017. Semalam my birthday and I wanted to update for my birthday celebration this year.

To be honest, I wanna keep it as simple as I could this year. Aku memang kehabisan wang and budget tak banyak lepas repair kereta. So, aku betul2 rely on my hubby (belas kasihan), hahaha.... Alhamdulillah these few years, dia memang dah hilang sifat berkira2 tak macam masa mula kawen dulu. Sekarang aku banyak ''take", and "give" dari segi lain. Layan jela.

11 Aug 2017, tetibe dia hantar whatsapps ajak g Cameron malam tu. Short vacay lagi. Few years back, time my birthday gak, kami gi Cameron tapi kami sekeluarga demam sepanjang kat sana. Wasted 3 days leaves! And my hubby keep cakap nak menebus kembali our vacation tu. Hahaha... ntah tetibe dia ajak g Cameron. I okay kan je... Dia yang berduit kan? Hahaha... status paling kejam. Malam tu around 9pm+ kami bertolak ke Ipoh. My hubby kata bermalam satu malam then naik Cameron awal pagi.

Sampai Ipoh around kol 12 tengah malam. Aku memang kebulur tapi taknak makan heavy malam2. Kat bawah hotel yang kami duduk tu, ada restoran makanan Thai. Order simple2, tomyam ayam + nasi putih + telur dadar. Ya Allah! Sedapnya tomyam kat situ. Yamin pun makan gak. Licin. Kelakar!

Esok pagi, perut lapar & teringin sangat nak makan breakfast kat McD. Kebetulan gigi bawah Yamin goyang. So, dia kurang berkenyakinan nak makan keras2. Memang dah lama aku tak makan breakfast McD. N tetibe teringin sesangat. Memang heaven bila teringin2 ni.

Lepas breakfast, terus meneruskan perjalanan ke Cameron. Tak lama, around sejam lebih dah sampai. Cuaca best. Kami terus g Lavender Garden. Best! Banyak giler bunga2 yang cantik. Lavender dia cantik berbunga. Tapi macam biasa En. Yamin buat perangai. Sian my hubby melayan dia. Aku plak busy ngan selfie. Hahaha... Yamin macam biasa, nak mainan. Boring!

And dia asek bising. Kata nak petik strawberi, sana sini. Bising tak tertahan. Balik dr Lavender Garden tu, kami gi petik strawberi. Nampak kat luar, farm tu macam tak menarik je. Tapi banyak gak strawberi yang kami petik. Sampai sakit perut makan... terlebih makan. Omaigod. Sedap!

Perut dah kebulur and it's time for steamboat! Yeah... time sampai our order tu, nampak sangat banyak. Tapi bila makan rase tak cukup. Hahaha... cuaca sejuk + ujan, ko rase camne? Msti la lapar kan? Steamboat ni harga RM 26 per pax and min 2 pax ye... sangat berbaloi. Kuahnya pun sedap.

Lepas tu check in hotel & rehat2 kejap.

Malam tu kami gi Pasar Malam. Actually takde la malam sangat kami pergi. Around 6pm lebih tapi oleh kerana ujan gerimis, nampak macam malam. Tak banyak yang menarik kat pasar malam ni. Balik2, jumpa kedai yang jual strawberi, jagung Cameron & sayur. Kendian mainan. Makanan yang dijual pun tak menarik. Aku beli nasi lemak kecik. My husband beli nasi goreng. Yamin nak ayam gunting je. Lain2 menu, kami beli udang goreng tepung, keledek rebus, sweet potato ball (yang ni crunchy and sedap) & jagung rebus. Ada beli epal Cameron ni. Kata seasonal, 6 bulan sekali baru ada. Tapi kena tunggu 2-3 ari baru boleh makan. Jagung Cameron pun mahal. Around RM 20, 5 bijik! Menakutkan....

Makan malam kat hotel. Takde aircond kat hotel dah sejuk. Kebetulan dengar air sungai mengalir kat longkang bawah. Macam bunyi hujan. Tido lena ai malam tu...

Ahad pagi, pukul 9am, kami bersiap nak ke ladang teh. En. Yamin bila besar da makin susah ajak jalan. Bising je ajak cepat2. Huhu... lain kali tinggal je kang!

Kami pergi Cameron Valley yang letaknya tak jauh dari hotel. Cuaca sangat nyaman sejuk2. Nasib baik aku boleh tahan lagi kesejukan itu... Bayar RM2 per pax untuk berjalan kaki. Kalau guna bungee, memang RM10 tapi no fun la kan?

Lepas jalan2, kami minum kat kedai teh nya. My hubby order orange tea satu pot (2 cup). Harga RM 9.90. Aku bukan tea-women. Coffee pun tak. Aku suka plain water. Hahaha... Tapi aku try tea tu. Not bad la...

Kemudian, kami singgah beli sayur2an untuk my mom and some benda. Nothing to highlight. Tapi tak dapat strawberi T_T nangis. My hubby ajak singgah Bee Farm sebab ada strawberi picking tapi kami tak dapat petik sebab strawberi tak banyak. Beli madu je uolls...

Balik lalu Temerloh and amik masa 4 jam lebih untuk sampai ke KL. Less stressful. Memang best!

My hubby belanja makan kat Menate Wangsa Maju. Tak sesedap Shah Alam la... huhu... aku dah la tengah kebulur. Asek2 tengok kat area dapur je. My hubby sampai tegur. Hahaha... aku nak makan nasi ayam je sebenarnya.

14 Aug 2017, macam biasa my hubby jadi orang pertama wish. My hubby bagi RM 700 for my birthday. Dia tak amik cuti sebab banyak keje. So, aku jalan2 kat One Utama and beli Uniqlo + Poh Kong punya beads yang comel berharga RM 509 + try out La Juiceria.

Simple birthday celebration tapi I am happy!!!


Again, for 35 years old woman, I have no achievement. Too bad kan? Memang begitu lah. Tak bley buatpe. Hahaha... aku dah berusaha. Allah yang tentukan... doa yang baik2 je 

No comments:

Post a Comment