Sunday, 24 September 2017

1st IUI Experience @ Dr. Hamid Arshat (September 2017)

14 September lepas, aku buat IUI kat Klinik Dr Hamid Arshat. Pengalaman pertama. Hmm... yeah, aku takde masalah. My husband punya sperm kualiti pun semakin bagus sebab dia amik supplement yg dibekalkan oleh pihak klinik sejak 2 bulan lepas. Yes.... 2 bulan baru dapat menjalani IUI ok? Setakat ni Dr lain yang handle our case. Maybe case yang tak teruk sangat kot. Agak kecewa sebab 2 bulan 1st tu, dorang suruh try cara normal gak.

Okay, let me cerita pengalaman IUI - the very first experience.

Jap, iklan : Yang peliknya, my hubby apply cuti aritu. Padahal dia kan selalu utamakan kerja je kan? Kira sangat la berterima kasih dia cuti aritu. Hihi...

Pagi tu, kena datang super awal. Before 9am kena register tapi sangat la ramai orang so my name dipanggil untuk scan telur dah almost 10am. Nasihat aku, datang la awal lagi. Sebab awal2 kita, ada lagi yang lebih awal. Huhu....Teknik scan tu Transvaginal Ultrasound yang scan melalui vagina. Dia masukkan alat dalam vagina and adjust kedudukan alat tu untuk tengok telur. Then dia kata telur okay, and mintak my hubby keluarkan sperm.

Ada bilik khas kat hujung. Kalau perempuan nak masuk pun boleh tapi aku malas la. Hahaha... pepandai la dia :-P

Lepas tu, sample sperm tu di-pas ke makmal. Nurse tu kata suruh kami pergi makan dulu and balik within 30 - 45 min.

Kami tak tau nak makan mana and rase tak lapar. So, aku n hubby tido dalam kereta. Hihi... sangat la boleh kan?

Dalam almost 11am, kami naik dan nurse suruh tunggu lagi. Dalam 11.15am, nama aku dipanggil tapi dia kata masuk seorang je. My hubby tunggu kat luar. Huhu... Nurse suruh baring kat katil yang sama tempat dia scan tadi. Dia adjust katil tu dan suruh aku adjust punggung kat situ. Doktor Aimi masuk and kata my hubby punya sperm bagus.

Dia mulakan proses IUI - time dia masukkan alat untuk bukak tu, dia dah warning kata ada rase sakit. Hmm... dia bukan rase sakit tapi ngilu and tak selesa. Sepanjang proses IUI tu, aku rase menahan rase ngilu tu je. Huhu. Tak lama, dalam 15 min. Cuma aku tak tau nak gambarkan rase ngilu tu dan aku keep cakap ngan my hubby (after keluar), rase sakit. Huhu...
Doktor Aimi bagitau yang kalau selepas IUI tu ada darah keluar, memang normal and jangan risau.

Abes je proses tu, dia suruh aku baring dengan selesa (ade la dekat 30 min kot). Sempat aku tanya kat nurse camne kadar keberjayaan. Dia kata so far okey je. Huhu.... tapi tu la... kita tak tau rezeki orang lain kan. Yang penting kena redha.

Kemudian nurse bagi injection untuk suburkan telur. Bayaran untuk IUI ni RM 900 + RM 90 injection untuk suburkan telur.

Otw balik, my hubby tanye camne. Aku kata sakit... pastu perasaan cam tak best la sebab kita yang bersusah. Kendian dia tanye, nape plak susah? Kangkang je kan? Ish geram plak dengar. Lelaki memang kan????

Memula ingat nak share2 cost IUI ni. Tapi lantak dia sorang bayar. Hahahaha.... padan la muka! Balik tu lunch kat Myeongdong Restaurant kat Tropicana Golf Resort. Sedap tapi mahal.

Kebetulan Yamin tak sekolah sebab UPSR. Amik dia kat rumah my mom and aku tido sampai petang. Cam lemah je rase. Huhu.... aku tak berani nak minum banyak2 sebab taknak terkencing. Mana la tau ada darah & rase pedih. Huhu... fobia tau!

Petang tu (after Asar), baru lah rase nak terkencing. And kat seluar dalam ada darah. Agak banyak gak... darah tu keluar selama 3 ari tapi tak la kerap cam period. Sikit2.

Oh yea, nak share. Kata Doktor Aimi, since aku pernah operate (time bersalin Yamin), if IUI kali pertama ni tak berhasil, next cycle, dia akan tebuk 3 lubang (ngeri plak bunyinya), and check kalau time operate tu, Doktor sebelum ni maybe terjahit laluan masuk ke telur. Hmm.... ntah nape aku pun rase maybe sebab kan, aku ngan hubby bukan la ada masalah yang teruk sangat kan? Mungkin itu salah satu faktor. Tengok jela minggu ni. Sepatutnya my period 30hb Sept.

Kita tunggu dan lihat ye? Sebenarnya, lepas melalui proses IUI ni, aku dah berenti berharap / redha dah. Ada benda memang bukan 'kawalan' kita. Huhu.... 



No comments:

Post a Comment