Tuesday, 1 August 2017

Kereta.... Oh My Kereta

Kesah paling tragis 2 bulan ni. Hahaha... sebenarnya masalah ni jelas nyata bulan lepas. Kereta aku mempunyai keanehan yang luar biasa. Memula dah repair sebab overheat. Dah okay kejap. Kendian major problem pun datang. Satu sign yang tak dikenali keluar. Tapi tak kerap. Engine pun almost mati tapi tak la terus mati. Ada masanya mati terus.

Panik and mintak tolong my hubby bawakkan gi bengkel tapi dia mula la berlengah. Dia kata dia tak sure ape yang masalah. Hmm... aduhai.... bila kereta tu makin teruk sampai tahap bersengguk tengah jalan, baru la dia bawak. Sampai bengkel, orang tu kata injection rosak. Injection tu ada 4 bijik and kalau ori RM 400 sebijik. Aku tak tau ape sebab my hubby yang settlekan kereta. Siap hari yang sama and caj RM 1,350.00 (part amik dari kereta potong). Tapi again, masalah tak selesai. That sign ada lagi. Benci2...

Aku g bawak gi bengkel kat Kota Kemuning and that person kata ada kekotoran kat throttle body. Dia akan cuci. Kendian dia perasan yang tangki minyak hitam bocor. Sadis sangat ni kenapa? Huhu... Dia cuci & tukar tangki tu. Total bill RM 697.00. Otw balik rumah, again that sign ada lagi.... n kekadang hampir mati lagi. Aduhai. Garu kepala kot.... aku bawak gi bengkel yang sama, dia kata maybe sensor ada problem. Aku tanye la, kalau sensor ada problem, nape keta tu nak mati2? Ah lantak la.... sila tukar terus throttle body. Hahaha... senang. Aku mintak diskaun la pe lagi.

Bila tukar throttle body, aku kena caj RM 570.00 sekali dengan spark plug. Total hampir 3k aku abes untuk keta tu. Nanges T_T BTW, kereta aku dah macam 'brand new car' again.

Pembelajaran yang dipelajari, aku tau kenapa rosak. Well, keta aku dah memasuki tahun ke-12. Yeah.... ke 12 kawan2. Keta tu tak pernah ada major problem. So far, yang tukar tu parts je. Maybe sebab keta tu dah lama, parts susah cari and ada pun mahal. Tapi untuk beli kereta baru, aku tak mampu. Bukan tak mampu camne, aku tak larat nak settlekan hutang lagi bro... malas. Duit lebihan bulan2 tu aku simpan. Taknak tambah lagi hutang2 ni. Nak move on. Haha... Keta tu pun dah habis bayar. Banyak save bulan2.


**Harap keta aku tak buat perangai lagi. At least untuk 10 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment