Sunday, 24 September 2017

AKPK - Finally Good Things Came

Tetibe last week rase best sangat. Lama tak rase best camni tau. Huhu.... Kenapa ek? Ni nak citer la ni.

Untuk pengetahuan korang, memang segan nak cakap, atas dosa2 and kealpaan aku masa lalu, aku telah terpaksa masuk ke program pengurusan kewangan AKPK. Banyak gak hutang aku olls. Segan nak cakap. Tapi aku anggap itu adalah kekhilafan masa lalu. Sejak 8 tahun lepas aku start bayar (kedengaran menakutkan & lama) certain amount (takyah la citer berapa banyak kan?). Tambah malu I nanti. So, aku check from the related bank pasal status of my loan & end up 2 loans dah habis dibayar. Satu bank ni dah habis sejak 2016 & the other one dah settle early of 2017. 

Then aku call la AKPK. Hmm... sangat2 la susah nak go through and lepas main menu, takde siapa jawap cuma lagu yang berkumandang je. Ai, geram. Aku ada hantar email kat satu email address tu tapi takde jawapan.

Mungkin last week, rezeki aku dapat call AKPK. And guess what, yeah... aku dah terlebih bayar untuk beberapa bulan and aku takyah bayar sampai Jan 2018. Hoho.... and my monthly installment dah berkurang lebih dari separuh. Alhamdulillah. Memang berkat kesabaran la... banyak kot yang aku korbankan sepanjang tempoh dibawah AKPK ni. Komitment bulanan tu agak tinggi la kan? And aku tak menyimpan sangat (padan muka aku). Nak membalas kekhilafan masa lepas amik masa bertahun kan? Huhu... Kendian aku tak boleh apply loan. Sebab tu aku masih menyewa. Sian I tau...

So bagusnya, komitmen bulanan dah berkurang sekarang and I don't have to worry much anymore. Aku dah boleh simpan duit lebih. Yeah! Demi masa depan yang cemerlang! Doakan aku.

Oh ye, kepada korang2 yang ada masalah untuk menghubungi pihak AKPK, cuma try call no hotline ni +603 - 2616 7766. Pilih menu pertanyaan am. Insyallah dapat la cakap ngan pegawai AKPK nanti.


Pesanan kepada diri sendiri, pasni, sila jangan repeat kekhilafan masa lepas and sila berjimat. And menabung. Huhu... berapa sangat duit simpanan yang ada kan? Tak bley move on.... Alhamdulillah, good things come to those who bersabar. Hihi.... 

No comments:

Post a Comment