Okay... sangat la
bersawang2 my blog. Sebuk rushing for my reporting.
Berita panas, kami
baru menghabiskan cuti2 Jogjakarta last weekend. 4H3M.
Starting 4-7hb Mei.
Baik aku post dulu, takut terlupa details. Untuk pengetahuan korang, aku pun
ikot company trip my hubby. So banyak details aku tak tau cam contoh kos
penginapan & flight. Well, to be frank, oleh kerana aku cuma ikot trip, so
aku tak meng-google sangat... sbb camne pun kang, penat2 pikir nak beli or try
itu ini, tak dapat try sbb camne pun ko ikot orang lain. Betul tak?
A day before, my
hubby tempahkan Tune Hotel untuk kami bermalam. Well, flight petang kol 3.35pm
tapi my hubby ada site visit pagi tu (hahaha.... sempat lagi nak keje kan?!).
Takut tak sempat. Nak booking Tune Hotel guna booking.com tapi payment decline
ke pe... and aku call. Tengah malam tu gak. Tak sangka senang je nak booking -
banyak bilik kosong.
First time bermalam
kat Tune Hotel. Aku rase biliknya sesuai untuk traveler. Kecik comel ngam2
untuk tido + mandi. Ada la ruang kecik untuk solat.
Check out pukul
11am & terus berjalan ke KLIA2 bersama Yamin. Beliau memang, asek bercakap
je tak habes2. Mamanya yang pengsan nak melayan. Oleh kerana banyak masa lagi,
kami jalan2 kat shopping mall tu & makan kat Kluang Station (hmmm.... malas
la nak review restaurant ni). Boring!
Pukul 1pm, check
luggage. My hubby kata sila contact kawan dia dekat kaunter X. Aku tengok papan
tanda kata check in luggage kat kaunter U. Confuse. Rupa2nya AirAsia bukak
kaunter lain sebab kitaorang ramai. Lepas check-in luggage, aku bgtau hubby nak
g Family Mart. Ada cam Korea Fair bagai. Cam best kan? I memang pantang ngan
huruf 'K' ni. Hahaha... aku beli Odeng (fish cake) dengan kimchi soup. OMG!!
Sedap! Hahaha... aku campur onagiri ni ngan soup kimchi yang extra. Sedap
gak... haha.... tak sangka I dah reka makanan sedap :-P
Kemudian naik
flight. Masa perjalanan 2.35 jam. Dapat la makanan kat flight Nasi Lemak.
Consider lunner - lunch over dinner. Sesampai kat Jogjakarta dalam pukul 6.15pm
tapi nape dah gelap ek? Hmm... naik van kecik & transit ke bas. Bas tak
boleh masuk kat area lapangan terbang sebab lapangan terbang agak sempit.
Kami dibawa ke
Banyu Mili Country Resort untuk dinner. Time nampak perkataan tu, maksudnya air
mengalir dalam bahasa Jawa. Untung jadi orang jawa sebab tau maksud. Lalala...
Sori, sebab tak
nampak kaki tangan untuk ditanya, aku cuma mampu mengambik gambar makanan ni
tanpa tau nama sebenarnya. Yang ni aku suspect cam itik tapi orang lain kata
ayam. Itik tu diperap dengan kicap and sangattttttt manis & dibakar. So
agak keras. Most orang duduk se-meja dengan kitaorang tak tertelan itik / ayam
ni.
Yang ni okey sikit.
Ikan celup tepung. Ada sos masam manis. Yang ni okay sket tapi takde la ranggup
krup krap. Satu lagi sayur ni cam pecal. Manis. Omo... makanan kat sini memang
manis2 kot....
Lepas makan, kami
berangkat ke Hotel Chakra Kembang tak jauh dr Banyu Mili. Maka dapatla kami
istirahat disini. Hotel ni agak lama. Masih guna gerobok kayu. And bangunan
yang kira da lama. Nak bukak tombol pintu pun agak mengambik masa. Overall okay
sebab kami cuma utk bermalam je. Perlu improvement / maintenance untuk bahagian2 cam paip and tombol.
Jumaat - 5th May
2017
Oleh kerana
Jogjakarta lambat sejam dari Malaysia, maka semua cam reverse sejam. Waktu
solat pun sama. Subuh kol 5 something. Zuhur 12 something. Lagi2 aku yang tak
tukar jam waktu Jogjakarta.
Breakfast, kami
makan kat Cafe Hotel. Makanan yang disajikan ada bubur ayam, soto ayam. Aku try
soto ayam & rase kuahnya lebih sedap dicampur dengan serunding daging untuk
bubur. Huhu... semua aku campur. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Candi
Borubudur. Candi ni bukan exactly kat Jogjakarta tapi more tu kawasan Jawa.
Dari hotel, mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Bila sampai, tourist
guide dah warning kalau ada orang approach untuk barang jualan, jangan
berenti... nanti dorang akan ikot sampai la kita beli.
Nak masuk ke Candi
kena bayar seperti dibawah ni. Ofkoz dah diselesaikan oleh agent tour kami. Kalau
korang pakai seluar agak pendek, kena pakai skirt khas sebab Candi tu kan
tempat sembahyang (walaupun aku tak nampak pun sami).
Masuk tu melalui
anak tangga lepas melalui taman - anggaran dalam 1km lebih berjalan kaki. And
pemandangan Masya Allah.... sangat2 indah. Well, dengan kebesaran Candi plus
langit yang membiru, cuaca pulak cerah... memang cantik. Sempat la aku amik
selfie sesorang kat atas tu. Yamin bad mood lepas bangun tido. Nak je kusekeh
anak kesayangan tu. Jadi keje papa dia. Sian....
Well, dapat gak
selfie ngan patung Buddha tengah duduk ni. I ingat besar... rupanya saiz orang
je. Terpengaruh dengan iklan and Mr. Google. Selain tu, aku rase reka bentuk
Candi yang dibina ntah berapa ribuan tahun lepas sangat la unik & kukuh.
Kagum dengan infrastructure.
Turun dari Candi,
jalan keluar memang lalu ruang kedai2 ala2 uptown. Bole la korang beli baju2
kat sini tapi aku tak beli. Aku n Yamin kehausan, kami beli sebijik kelapa muda
(bungkus) dengan harga RP 15,000.00
Aku confuse sket
ngan banyaknya kosong dalam matawang Indonesia ni. Hahaha... so aku rase cam harga RM 15,000 la kan?
Haha... bila kukira balik baru RM 4.50 je bila convert duit Malaysia. Lebih
kurang je ngan harga sini. Bila keluar je dari kawasan tu, aku beli buah Salak
kat tepi jalan. Harga RP 15,000.00 sekilo. Nape semua barang RP 15,000 ni?
Pakat ek?
Oleh kerana kat
Jogjakarta, memang ramai tanam buah salak, so salak sangat segar baru petik
dari ladang. Haha... Sekilo tu habis kami bertiga makan dalam bas je.
Lunch kat kedai
makan tak jauh dari situ. Nama restoran Salam Resto. Aku macam biasa tak amik
nasi. Ada ayam yang masak sama version dengan semalam, daging tumis ala kari
(tapi kari tak rasa pun), sayur campur, tahu goreng & sambal. Dalam banyak2
sambal je yang ada rasa. Makanan lain samaada manis atau terlalu masin. Ada gak
sup telur. Yang tu Yamin suka makan. Tengok la!
Meneruskan
perjalanan ke Hutan Pinus yang terletak di Bantul. Jauhnya 2 jam dari tempat
kami makan tadi. Huhu... siap tertido2 dalam bas. Nak masuk kena bayar RP
2,000.00. Murah la kan? Cantik hutan ni... ada few snap termasuk dekat dengan
taman bunga tepi hutan pinus ni. Ada rumah ran yang boleh dipanjat untuk amik
gambar. Time ni Yamin taknak bagi monopod. Geram lak. Tak dapat amik gambar dr
atas.
Pemandangan dekat
tepi hutan pinus ni memang priceless... cantik! Menghadap ke lautan
dikejauhan...
Kemudian, kami amik
hampir 2 jam untuk balik ke hotel. Oh ye, malam ni ada majlis dinner my
husband's punya company.
Bersiap dan dinner.
Makanan ada kambing bakar... tapi tak sesuai kat tekak. Yang kelakarnya my
hubby memula ilang mood sebab roaming Celcom dia kena block.Tetibe dapat bil
3k. Banggang! Padahal dia da abes bayar semua. Rupanya memang ada kes roaming,
Celcom caj unreasonable. Sian my hubby. So, aku just berseloroh la mana tau dia
menang pekerja terbaik. Mana tau tak sampai seminit, nama di announce sebagai
pekerja terbaik lelaki. Hahaha... Dapat la RM 2k. Aku kata takpe, pasni dapat
lagi. Kendian betol!!! Haha... dia dapat RP 350,000 untuk cabutan bertuah
penama syarikat. Tak abes ngan tu, dapat lagi cabutan bertuah untuk pekerja RP
850,000. My hubby bagi la aku semua yang rupiah2 tu untuk shopping. Hahaha...
memang untung la kan? Hahaha....
Sabtu - 6th May
2017
Hari ni maka
ternyatalah yang pergi ke Jogjakarta tak banyak lokasi menarik untuk
dikunjungi. Pagi sarapan Nasi Gudeg kat hotel - aku sengaja tak amik nasi
banyak2, kang kekenyangan. Nasi Gudeng ni dihidangkan dengan lauk ayam, kulit
lembu & telur itik.
Aku beli greek
yogurt dengan strawberry chunks ni - harga RM RP 8,500. Beli ada K-mart depan
hotel. Actually aku rase cam aku kena water retention and pelawasan tak baik sebab terlalu lama duduk dalam bas. Harap dapat melawaskan lepas makan yogurt ni.
Naik bas tanpa mengetahui destinasi kami. Kemudian barulah tourist guide
tu bawak kami ke Merapi Farm House dekat Kampung Jogja. Ada jamu godok...
haha... yang ni pun jawa gak ek? Maksud jamu rebus. Ada banyak periuk2 dengan
label memberitahu tujuan / kegunaan jamu2 tu. Kat tepi ada jamu2 kering. Boleh
la beli. Tapi mak aku pun jual, so aku tak berminat. Aku jalan2 kat tepi rumah
jamu tu and nampak few orang kampung tanam padi. Depan sikit nampak Merapi.
Merapi di gunung berapi yang masih aktif tapi lama tak meletup. Nak pergi pun
boleh tapi kena sewa pickup and jalannya agak mencabar gitu.... oleh kerana
takde dalam rancangan tour ni, maka boleh melihat dikejauhan je... nangis...
Lepas tu kami
dibawa ke Hamzah Batik untuk shopping. Aku cuma beli beg2 untuk souvenir sebab
aku kurang suka pattern batik lama camtu. Ada gak baju ela yang untuk dibuat
baju - harga murah. Lepas convert duit Malaysia around RM 20-30 tapi kaler tak
menarik.
Berhenti lunch kat
satu restaurant diberi nama Muara Kapuas. Takde highlight sebab makanannya sama
dengan dinner kat hotel malam tadi T_T Hahaha....
Abes je makan, kami
diberitahu nak pergi ke Pantai Parangtritis. Nape kitaorang dibawa kesana?
Sebab pantai ni black sand beach yang ada 2 je dalam dunia.
Yeah... ombak kuat
and cantik beach ni. Tapi tak enjoy sebab pegi kejap sangat. Time tu aku
terkena ombak. Tak sangka ombak tu kena kat aku sebab da adjust da. And kena
bising ngan my hubby. Last2 dia gak teman bersihkan kat toilet awam kat situ.
Siap pakaikan tali kasut lagi. So la romantic sampai rase nak debik2 sebab kena
marah sebelum tu. Hahaha... tak boleh move on. Cia cia...
Aku beli air kelapa
lagi. Kali ni murah sket RP 10,000. Confuse sebab banyak kosong kan?
Balik tu, kami
dibawa makan kat restaurant makanan padang. Nama restaurant tu Restaurant Sederhana Masakan Padang. Terletak kat pekan Jogjakarta. Hmm... dapat la makan benda lain
haha... stress mak. Nampak cili tu sangat la menyelerakan tapi masin???!!!
Aiyo... boleh makan tapi kalau ada pedas lebih kick! Huhu...
Tetapi my hubby
belanja Alpukat ni. Baru lah terubat rase 'merajuk' ni sikit. Satu RP 10,000.
Murah ke? Aku rase mahal sebab avacado ni melambak2 tepi jalan n harganya
murah. Campur coklat je pun...
Lepas makan, kami
di bawa ke Malioboro. Untuk pengetahuan korang Malioboro ni tempat shopping
ala2 Petaling Street. Bezanya jalannya lebih luas & barang2 yang dijual
mostly batik2. Ada few butik tepi jalan... ada satu shopping mall kat tepi.
Tapi batik2 jenis ni aku tak berapa kenan la... huhu... so aku beli sepasang
telekung and baju utk abah je. My hubby taknak beli pape. Terus kami naik bas
and rehat sementara tunggu yang lain. Balik hotel. Sebelum naik tu, aku tanye
tourist guide tu mana nak beli coklat? Aku dengar coklat kat sini famous. Dia
bgtau naik teksi ke Tugu Coklat kat Masjid Besar. Bukak pukul 9am.
Ahad - 7th May 2017
Pagi after breakfast,
mintak tolong hotel untuk call teksi. Tugu Coklat tu tak lah besar sangat.
Brand coklat yang dijual Monggo. Aku tak memborong, cuma sengaja nak bagi ole2
untuk kengkawan. Perisa coklat ada White Chocolate, Praline, Dark Chocolate
& Caramello untuk yang saiz kecik. Harga RP 19,000. Bagi aku RM 6 untuk
coklat sebesar ni mahal. Ada perisa cam Ginger, Red Chili, Greentea, Macadamia
& Cashew Nuts tapi saiz kecik takde. And harga RP 34,000. Yang besar aku
cuma beli Macadamia & Cashew Nuts je. Tapi makanan boleh tahan manis kat
sini, coklat pahit2 plak. Hahaha... gula habis kot. Untuk pengetahuan korang
maksud Monggo adalah 'Tunggu' tapi aku tak rase ini dalam bahasa jawa.
Otw balik tu, cakap
ngan pemandu teksi tu yang aku nak cari buah salak. Dia stop kan kat kedai buah
tepi jalan. Harga sekilo RP 15,000 - aku beli 5 kilo and ada additional RP
5,000 untuk pembungkusan. Dorang bungkus kat dalam bekas mengkuang and ikat.
Total teksi pegi
dan balik + tunggu adalah RP 149,000 tapi my hubby sangat berbaik hati bg RP
200,000. Oh ye, teksi2 kat sini menggunakan meter. Driver teksi tu mohon
bayaran lebih sebab dia tunggu kitaorang beli barang.
Rehat sekejap kat
hotel. Check-out pukul 12.30pm and terus ke Airport Adisutjipto kat Jogjakarta.
Waktu perjalanan mengambil masa 20 min dari hotel. Tambang teksi RP 52,000. Tak
jem. Sampai je kat Airport, kami ke Terminal B. Duduk kat bangku depan CFC, restaurant makanan segera ala2 KFC. Untuk alas perut, kami makan Roti O (roti ni pun ala2 Roti boy kat Malaysia - harga sebijik RP 11,000 + ice blended Caramel RP 38,000).
Tengok CFC lak cam ramai orang makan. Tapi risau tak sedap. Aku cuma beli mixed combo (ada onion rings, chicken pop corn & chicken strips - harga RP 21,818). Confuse la dengan banyak kosong ni... hahaha... rasa nyer so-so je. Batter / tepung selaput tu boleh didapati digerai2 gorengan kat tepi jalan di Malaysia ye kengkawan?
Lepas je makan, kami masuk dan check in beg. Gambar ni kat ruang menunggu. Budak berdua
ni memang anti-social. Malas nak layan.
Lama gak tunggu and Yamin kata dia lapar. Kat tepi tu ada restaurant makanan Jawa bernama Jeng Tipluk (hahaha.... ni jawa ape ek? Aku tak paham). Order nasi putih + ikan goreng. Harga RP 44,000. Tapi Yamin kata kicapnya tak sedap. Ish... aku kata tak baik... kena bersyukur dapat makan. Huhu... lahai anak!
Sampai Malaysia
pukul 9.30pm. Wawawa... rushing untuk ke opis esok!
Remarks:
Kalau aku ada duit sendiri and boleh plan, aku akan pergi tempat lain selain Jogjakarta sebab Jogjakarta tak banyak tempat nak dilawati for 4H3N trip. Lepas ni kita g Bandung / Jakarta pulak!