Monday, 6 October 2014

Temptation (2014)



Setelah melalui ujung minggu cuti Hari Raya Aidiladha yang tak berapa panjang, arini da start keje balik. Dan pagi aku ada masalah ngan wireless connection, kene tunggu IT specialist restart modem. Hampeh lambat!

Bagusnya, boleh la aku menulis tentang review Temptation. Da abes da aku tengok. Tak sabar sebenarnya nak tau ending nyer walaupun a little unclear. Hmmm… layan je…

Tarikan drama ni adalah reunite hero & heroin utama iaitu Kwon Sang Woo & Choi Ji Woo. Last sekali dorang berlakon dulu also one of my favorite drama of all time, Stairways to Heaven yang ending nyer tak disukai. Ahaha… ending Temptation ni plak menghampiri kesamaan nya. Walaupun ada sedikit unclear… rase tak la sesedih ending Stairways to Heaven.






Cast :
Kwon Sang Woo – Cha Seuk Hoon
Choi Ji Woo – Yoo Se Young
Park Ha Sun – No Hong Joo
Lee Jung Jin – Kang Min Woo

Plot :
Seuk Hoon dan Hyo Joo adalah pasangan bahagia yang berkahwin atas dasar cinta. Seuk Hoon mengalami masalah dengan perniagaan dan menjejak rakan kongsinya di Hong Kong untuk mengelakkan dia bankrap. Hyo Joo menemani dia ke Hong Kong. Setibanya disana, dia diberitahu yang rakan kongsinya telah mati. Atas kecelaruan itu, mereka berhasrat untuk melupakan semua masalah yang akan datang dan menikmati percutian di Hong Kong.

Se Young juga berada di Hong Kong, untuk tujuan perniagaanya.

Tertekan dengan keadaan / nasib suaminya, Hyo Joo cuba membunuh diri. Dia diselamatkan oleh Se Young yang kebetulan lalu disitu. Se Young menyiasat punca kejadian dan mengetahui tentang masalah perniagaan Seuk Hoon. Dia kemudian membuat satu tawaran kepada Seuk Hoon. 3 hari dengan harga 1 bilion Won.

Seuk Hoon mula menimbangkan tawaran itu dan menerimanya. Namun keputusan dia tidak disukai oleh Hong Joo dan bermulalah segala salah paham yang menyebabkan perceraian mereka.

Konflik bersambung apabila Hong Joo membuat keputusan untuk berkahwin dengan pemilik Ajin Group (pesaing Dongsung Group – milik Se Young) untuk menjatuhkan Se Young dan Seuk Hoon.

Reason why this is must See Drama :
Jalan cerita drama ni tak jauh beza dengan yang lain. Yang beza adalah lakonan mantap watak Se Young. Kenapa? Well, aku suka muka spontan dia bila bersama Seuk Hoon. Paling best watak perempuan pengoda yang sesuai ngan dia. I mean takde la gedik murahan kan? Tapi sangat berhasil la watak ‘jahat’ dia. Itu sebelum dia menyedari yang tindakan dia menghancurkan istana pasir orang adalah salah. Hoho…

Watak Kang Min Woo, 1st time aku rase Lee Jung Jin berlakon dengan berkesan. Selalu watak dia tak la mantap sgt. Pendapat aku je tau. Dia tau dia buat benda jahat tapi tak bersalah pun melakukannya. Huhu… nak sekeh2 je dia.

Watak Seuk Hoon tak banyak keistimewaannya. Cumalah seorang pencinta yang setia.

Hmmm… aku rase aku paling kesian pada Hong Joo. Walaupun in the end, dia tak dapat ape pun dari keinginan balas dendam dia, dengan 2 kali perkahwinan yang gagal plus dia perlu balik kemasa dia takde ape. Haish… tapi dia tak sedar semua masalah tu berpunca dari dia? Kalau dia bertahan dan percaya yang husband dia (Seuk Hoon) adalah lelaki yang baik, msti perkara ni tak terjadi. Hmmm… benci2!

Message yang nak disampaikan dalam drama ni adalah jangan berdendam, nanti itu la yang memakan diri anda. Hihi…

Dalam drama ni, CJW sangat2 cantik.... fashion dia... memang tiptop!

4 Star untuk drama ni. Sila lah tengok!

No comments:

Post a Comment