Sunday, 16 February 2014

The Inheritors

The Heirs / The Inheritors berjaya menambat hati aku dan aku nobatkan as the best Korean drama in 2013. Kriteria pemilihan adalah penulisan skrip yang bagus, jalan cerita yang lain dari yang lain & paling penting, keserasian pelakon2nya.




Cast :
Lee Min Ho – Kim Tan
Park Shin Hye – Cha Eun Sang
Choi Jin Hyuk – Kim Won
Kim Woo Bin – Choi Young Do
Kang Min Hyuk – Chan Young
Krystal – Lee Bo Na
Kim Ji Won - Rachel

Plot :
Mengisahkan tentang pewaris2 corporate yang kaya di Korea. Highlight percintaan, konflik dan persahabatan di antara pewaris2 ini. Watak utama, Kim Tan – adalah seorang anak luar nikah – tetapi didaftarkan nama sebagai anak kadung kepada ibu tiri. Cha Eun Sang – perempuan yang dicintai oleh Kim Tan – seorang perempuan miskin. Ibunya yang bisu bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Kim Tan. 

Atas pemberitahuan kakaknya yang berada di Los Angeles yang dia hendak berkahwin, Eun Sang menghantar duit ke LA. Disana, dia terkejut yang sebenarnya kakaknya hidup dengan keadaan yang menyedihkan. Kakaknya mengambil wang yang diberi ibu mereka dan meninggalkan Eun Sang ditepi jalan berdekatan pantai dan disaksikan oleh Kim Tan yang sedang minum di kafe berhampiran.  

Dibantu oleh Kim Tan, Eun Sang menumpang dirumah Kim Tan. Macam biasa, perasaan halus itu datang ;-) wink** 

Selepas beberapa hari, Eun Sang Berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari Chan Yeol – kawan baiknya yang kebetulan sedang bercuti di LA. Dengan situasi dia terpaksa berhadapan dengan Rachel, tunang Kim Tan, Eun Sang kembali ke Korea tanpa properly say goodbye to Kim Tan. 

Kim Tan kemudian berasa kehilangan dan pulang ke Korea – kemudian mengetahui yang Eun Sang tinggal serumah dengannya. Eun Sang telah diarahkan bersekolah disekolah yang dimiliki keluarga Kim Tan – kat sini ada sikit rase cam Boys Over Flower.  

Disekolah elit tersebut, Eun Sang berhadapan dengan masalah kerana takut identitynya yang memasuki sekolah tersebut melalui program ‘belas ehsan’ diketahui oleh golongan pelajar dari pelbagai status elit. Dengan adanya Choi Young Do yang selalu menganggu nya, plus Kim Tan yang berusaha melindunginya, jalan cerita menjadi sangat menarik. Hihi… 

My own summary :
Walaupun da banyak sangat K-drama dengan background yang sama, perempuan miskin ngan lelaki kaya - especially lakonan Lee Min Ho, jalan cerita The Inheritors lebih kepada sisi golongan kaya yang lain. Boleh kata, aku suka semua dalam drama ni. Banyak skrip yang menarik yang even sampai sekarang aku boleh ingat. Chomel je. Contoh ayat, bila Kim Tan cakap akan bukakan semua pintu untuk Eun Sang. Soooo sweet… lagi la yang cakap tuh Lee Min Ho. Alahai, comelnya :-P
 
Watak Young Do yang meminati Eun Sang – tetapi dengan secara psiko, juga menarik perhatian. Nak benci pun tak boleh sebab watak dia walau sedikit annoying pada mulanya, tapi lama2 rase ‘rindu’ plak kalau dia takde. Hihi… Young Do dulu kawan rapat Kim Tan, tetapi atas salah paham, dorang jadi ‘musuh’. Ala2 samseng dorang ni, sebab bergaduh sampai berdarah2 okeh?

Selain dari tu, watak Bo Na & Chan Young pun chomel. Watak pasangan kekasih yang ala2 manja kiut miut tu…  

Watak abang Kim Tan yang serius – sebab taknak adik nya jadi bos, dan akhirnya terdapat sedikit kechomelan bila dia pun menyebelahi hubungan Kim Tan dan Eun Sang. Cuma tak puas ati bila dia terpaksa meninggalkan kekasihnya hanya sebab ‘crown’ yang dia nak pakai.
 
Tengok la… memang sangat berbaloi!

No comments:

Post a Comment