Tuesday, 25 February 2014

Keta baru...

Semalam, confirm lah yang my hubby jadi beli keta baru. Dia dah signed agreement pon. Hmm… after dapat tau pasal ni, hati aku masih berbelah bagi. Sebabnya, kitaorang da ada extra perbelanjaan sebanyak RM 700++… aku sangat berharap dia dapat repair his Wira and after that jual je. Settle masalah.

Harap masa depan yang lebih baik untuk kitaorang. Tapi masa depan aku selepas 1hb April (tarikh tamat kontrak) masih samar2 lagi. Aku tak sure samada aku nak kene start cari keje lain or tak? Semak hokey?! Walaupun ada khabar2 angin yang biasanya kontrak akan disambung, tapi logically, pastu dorang nak campak aku katne? Kalau ada vacancy ok gak… hmm….
 
At this moment, aku cuma boleh pikir one thing je. Nak kumpul duit and buat side income. Aku taknak keje yang leceh2, sebab keje sekarang pon da agak memenatkan. Tak boleh berharap dengan my hubby da… beliau pon ada beban gak. Huhu…

 

Monday, 24 February 2014

The Prime Minister & I

Berakhir sudah drama Prime Minister & I last night at KBS World. Next week akan start tayang The Full Sun, lakonan Yoon Kye Sang & Han Ji Hye. Cam best je :-P

 
 


Cast :
Lee Bum Soo – Kwon Yul
Im YoonA – Nam Da Jung
Yoon Shi Yoon – Kang In Ho
Chee Jung An – Seo Hye Joo
Ryu Jin – Park Joon Ki

Plot :
Da Jung seorang wartawan majalah hiburan yang memaparkan gossip2 golongan ternama dan artis. Diberi tugas untuk menyiasat hubungan bakal Perdana Menteri, Kwon Yul, dan setiausahanya, Hye Joo. Kwon Yul adalah duda kematian isteri dan membesarkan 3 anak seorang diri. Isterinya telah 7 tahun meninggal dunia.

Untuk mengelak gossip atas salah paham, Da Jung & Kwon Yul terjebak dengan kontrak perkahwinan. Da Jung menerima kontrak tersebut kerana memenuhi hasrat ayahnya yang mahu dia berkahwin sebelum ayahnya mati. Ayah Da Jung mengalami masalah kesihatan dan tahap kesihatan nya semakin merosot. Kwon Yul pula terpaksa berkahwin kerana menyelamatkan kariernya.

In Ho, yang dipilih sebagai setiausaha kedua Kwon Yul, mempunyai agenda membalas dendam. Dia bekerjasama dengan Joon Ki yang juga bekas abang ipar Kwon Yul untuk menjatuhkan kerjaya Kwon Yul. In Ho adalah adik lelaki kekasih isteri Kwon Yul yang koma disebabkan kemalangan yang disangkanya disebabkan oleh Kwon Yul. Joon Ki pula menyalahkan Kwon Yul kerana menyebabkan kematian adik kesayangannya.

My Review :
Tak banyak yang menarik dalam jalan cerita Prime Minister & I. Tidak mengujakan & takde klimaks dalam satu2 plot. Senang cakap takde kejutan. Bagusnya, Bum Soo & YoonA nyer lakonan menghidupkan jalan cerita.

Even until now, sangat berharap Da Jung dapat bersama dengan Shi Yoon – pasti chomel. Haha…
 
 
 

Plot yang aku takkan lupa bila Kwon Yul tanye kat Da Jung ditepi jalan :

‘Can’t you live without me?’

Ahh… sangat meruntun jiwa. Hihi…

 

 

 

 

 

Sunday, 23 February 2014

CUT!

Sangat mengantuk… tolong! Xde pape yang menarik last weekend. Saturday, kitaorang just melepak kat rumah. BTW, my hubby da make his final decision that he’s going to buy VIOS. My concern, bayaran bulanan la… sebab his Wira masih lagi belum berjual. Huhu… takutnya dengan perasaan tak cukup duit ni.

Meanwhile, since I push him to cut off his credit cards last Friday, my hubby pon agreed. Camne pon he need to pay for the bills kan? Adei… padan la muka dia. Aritu janji untuk standby but alas, beli benda yang bukan2. After this, terpaksa la kitaorang berjimat & beli benda penting je. Huhu…

Today, final episode of Prime Minister & I at KBS World. Can’t wait! Tapi confirm la happy ending kan? Wang’s Family yang penuh ngan konflik pon akan berakhir hujung minggu ni. Itu je yang dijangka menarik minggu ni….

Thursday, 20 February 2014

Kisah Pistol Bubble

Hihi… malam Selasa lepas, aku bawak Yamin g pasar malam. Papa Yamin on the way back dari Terengganu melalui Subang Airport. Checking bila sampai rumah, my hubby kata around 8pm.

So, sebab lapar n malas masak, aku ajak Yamin g pasar malam je.

On the way tuh, he keep saying that dia nak beli makanan je. Cam biase, semua tuh lakonan semata2 je la kan? Haha…

Masuk je pasar, da lalu kedai mainan, tapi si pelakon cilik yang chomel tuh masih tidak tergugat. Jalan depan sikit, aku beli pecal untuk my hubby. Next to kedai pecal tuh ada kedai jual ABC. Yamin requested for ABC, so aku belikan jela plus buah mata kucing kat kedai buah.

Terus kedepan, lalu kedai jual DVD cetak rompak. FYI, aku paling tak suka beli barangan cetak rompak sejak aku bekerja. Prefer original version. Tapi sebab Yamin da tertarik ngan DVD Upin & Ipin, aku terpaksa la singgah. Cam tau2 je yang hati aku taknak beli, tetibe ada sorang perempuan – aku rase ada relationship dengan si penjual DVD tuh bagitau ada KDN datang. So, dorang bungkus la DVD tuh. Sian kan Yamin?

As always, muka dia da sedih da… huhu… nak taknak aku cakap nanti kita beli pape kat belakang. Maksud aku mainan la… ape nak buat kan? Nanti nanges camne? Lagipun, sejak awal tahun ni, kitaorang memang jarang belikan dia mainan.

Then dia beli la pistol bubble dengan harga RM10.

Balik tuh, dia maen bagai nak gila… n dia tanye, Papa dia tak balik ke? Nanti papa marah (sebab beli mainan) camne? Hihi… so damn cute la my son!

Tetibe almost 8pm, my hubby balik. Cepat2 dia masukkan pistol bubble dalam laci. Tapi bukak je pintu, guess what dia cakap ngan papa dia?

‘Papa… Yamin kan… tak beli pistol bubble’

What the….??? Hahaha… kelakar tol!

Note : We both memang selalu terkantoi camni :-P Penipuan is not our expertise.

Tuesday, 18 February 2014

Supersleeppppyyyyyyyy!

This is my entire friend fault! Huhu…

Ceritanya camni… aku off mobile data last 2 nights and on balik pagi smlm. One of my friend dalam group Whatsapps antar satu gambar tapi mmg xde image. Aku tanye la dia gambar ape tuh? Dia kata click la tengok. Aku da agak da mesti gambar hantu… huhu… terkejut sampai aku tercampak hp aku okeh???

And then, malam tadi aku dok terbayang2 gambar hantu tuh… senang cakap gambar tuh sangat mengerikan la. Huhu… aku kan penakut. Kejam betul la kawan aku tuh. Siot!

Aku beralih2 malam tadi & camne pun aku tak boleh tido. Bengang giler!

Last2 pagi tadi aku kuar tepat 6.45am. Isi minyak & beli gula2 kopiko… huhu…

Super sleepy! Camne ni? Arini ada training L Tolon!!

 

Monday, 17 February 2014

Weekend 15-16/2/2014

Knowing that sekarang aku sangat sebuk n in-track, not sure am I supposed to feels good or not. Sebab nya… as I know what I’m doing, tapi masalahnya, I have a feeling that the job is not mine. Maksudnya, aku cuma replacement for a staff yang on maternity leave, and after that, I have to hand over back the job to her… I kinda ada rase tak syok. Tapi macamanapun, jauh disudut hati even though this is not mine, I have to perform well kan? At least if let say I don’t have any chances nak kerja kat sini lagi, I’m not leaving bad name la… am I right? But I really hope that I can stay even though different department, or division… since the good pay. Huhu…

Enough with the merapuk part, last weekend – a bit tired and mix emotion.
 
Hihi…

After work last Friday, I meet up with my ex colleague when I was with S_S. And guess what?! She’s pregnant!!!! 6 bulan da… tapi dia tak bagi tau aku. Well I’m okay with it… sebab if other person, maybe I’m a bit down or jealous sebab my current situation. But for her, I feel super happy! Sebab ape? Pregnant nyer issue ni sangat sensitive untuk dibincangkan oleh kitaorang. She’s married for more than 6 years, miscarriage once and she’s waiting for new baby until last 6 month la kan? Even aku tak berani tanye pon… sbb sensitivity! Even though she’s having a bit of dotted skin, tapi she’s glowing! Bestnyer kan? Ohh… Allah, please answer to my pray L You know the best for me kan?

The best part, husband dia yang kene morning sickness… cute kan? Hihi…

That night, my hubby ajak g Aeon Bukit Tinggi untuk beli baju. Preparation untuk wedding dinner. Sangat risau tengok dia guna kad kredit T_T

On Saturday pagi, aku gi Tesco Shah Alam beli tudung untuk dipakai time wedding dinner my current colleague that night. Wedding dinner kat PJ Hilton. The food sedap, nak tambah segan plak. Haha… especially sambal udang dia… nyum2…sian Yamin tak dapat ikot… tapi da ‘rasuah’ dia dengan mainan baru, haha… I’m a bad mom! Tapi ape nak buat, kids not allowed la…
 
 
 
 
 

 
 
Balik rumah kol 11.30pm and I’m totally flat.

Ahad, my hubby masuk opis pagi, and I planned nak masak one of Korean style fried chicken. Tak tau nak masak sayur ape, so aku masak pucuk ubi amik dari rumah mak. Mak pon masak pucuk ubi gak, haha… cam ada connection disitu. Ayam goreng tuh sangat gorgeous crispy tapi sos nyer jadi kong po style plak. Haha… seharian tak keluar n melayan Running Man yang aku da rakam guna Astro PVR.

FYI, currently I’m watching Age of Feeling / Inspiring Generation by Kim Hyun Joong. Tapi drama tuh sangat ramai pelakon kelas A okeh? BTW, I feels like sedih sebab starting episode 10, da tukar writer lain. Bestnyer memang action packed la…. Syiok! This year banyak drama best menunggu…

Ok… sambung keje dulu…

Sunday, 16 February 2014

The Inheritors

The Heirs / The Inheritors berjaya menambat hati aku dan aku nobatkan as the best Korean drama in 2013. Kriteria pemilihan adalah penulisan skrip yang bagus, jalan cerita yang lain dari yang lain & paling penting, keserasian pelakon2nya.




Cast :
Lee Min Ho – Kim Tan
Park Shin Hye – Cha Eun Sang
Choi Jin Hyuk – Kim Won
Kim Woo Bin – Choi Young Do
Kang Min Hyuk – Chan Young
Krystal – Lee Bo Na
Kim Ji Won - Rachel

Plot :
Mengisahkan tentang pewaris2 corporate yang kaya di Korea. Highlight percintaan, konflik dan persahabatan di antara pewaris2 ini. Watak utama, Kim Tan – adalah seorang anak luar nikah – tetapi didaftarkan nama sebagai anak kadung kepada ibu tiri. Cha Eun Sang – perempuan yang dicintai oleh Kim Tan – seorang perempuan miskin. Ibunya yang bisu bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Kim Tan. 

Atas pemberitahuan kakaknya yang berada di Los Angeles yang dia hendak berkahwin, Eun Sang menghantar duit ke LA. Disana, dia terkejut yang sebenarnya kakaknya hidup dengan keadaan yang menyedihkan. Kakaknya mengambil wang yang diberi ibu mereka dan meninggalkan Eun Sang ditepi jalan berdekatan pantai dan disaksikan oleh Kim Tan yang sedang minum di kafe berhampiran.  

Dibantu oleh Kim Tan, Eun Sang menumpang dirumah Kim Tan. Macam biasa, perasaan halus itu datang ;-) wink** 

Selepas beberapa hari, Eun Sang Berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari Chan Yeol – kawan baiknya yang kebetulan sedang bercuti di LA. Dengan situasi dia terpaksa berhadapan dengan Rachel, tunang Kim Tan, Eun Sang kembali ke Korea tanpa properly say goodbye to Kim Tan. 

Kim Tan kemudian berasa kehilangan dan pulang ke Korea – kemudian mengetahui yang Eun Sang tinggal serumah dengannya. Eun Sang telah diarahkan bersekolah disekolah yang dimiliki keluarga Kim Tan – kat sini ada sikit rase cam Boys Over Flower.  

Disekolah elit tersebut, Eun Sang berhadapan dengan masalah kerana takut identitynya yang memasuki sekolah tersebut melalui program ‘belas ehsan’ diketahui oleh golongan pelajar dari pelbagai status elit. Dengan adanya Choi Young Do yang selalu menganggu nya, plus Kim Tan yang berusaha melindunginya, jalan cerita menjadi sangat menarik. Hihi… 

My own summary :
Walaupun da banyak sangat K-drama dengan background yang sama, perempuan miskin ngan lelaki kaya - especially lakonan Lee Min Ho, jalan cerita The Inheritors lebih kepada sisi golongan kaya yang lain. Boleh kata, aku suka semua dalam drama ni. Banyak skrip yang menarik yang even sampai sekarang aku boleh ingat. Chomel je. Contoh ayat, bila Kim Tan cakap akan bukakan semua pintu untuk Eun Sang. Soooo sweet… lagi la yang cakap tuh Lee Min Ho. Alahai, comelnya :-P
 
Watak Young Do yang meminati Eun Sang – tetapi dengan secara psiko, juga menarik perhatian. Nak benci pun tak boleh sebab watak dia walau sedikit annoying pada mulanya, tapi lama2 rase ‘rindu’ plak kalau dia takde. Hihi… Young Do dulu kawan rapat Kim Tan, tetapi atas salah paham, dorang jadi ‘musuh’. Ala2 samseng dorang ni, sebab bergaduh sampai berdarah2 okeh?

Selain dari tu, watak Bo Na & Chan Young pun chomel. Watak pasangan kekasih yang ala2 manja kiut miut tu…  

Watak abang Kim Tan yang serius – sebab taknak adik nya jadi bos, dan akhirnya terdapat sedikit kechomelan bila dia pun menyebelahi hubungan Kim Tan dan Eun Sang. Cuma tak puas ati bila dia terpaksa meninggalkan kekasihnya hanya sebab ‘crown’ yang dia nak pakai.
 
Tengok la… memang sangat berbaloi!

Thursday, 13 February 2014

T_T


My colleague just gave birth to a baby boy today. Feel like a bit jealous & to be honest, I am sad. Ntah bila nak pregnant lagi L T_T

Wednesday, 12 February 2014

Lunch yang 'tragis'

Lunch tragis arini… hihi… yup, tragis bukan sejenis makanan obviously.

Time aku nak kuar tadi, aku ternampak 2 parking kosong kat tepi opis. Parking lot yang disediakan kat belakang memang sangat jauh la kan? So, aku plan nak menapau makanan kat Sunway Pyramid je. Almaklumla… kawan xde kan?

Memula plan nak makan kat pretzel kat Auntie Anne’s je. Tapi nanti lapo la plak kan? Oleh kerana nak menjimatkan masa, aku pon tapau yang cepat, kat Chicken Rice Shop je. Haha… bagus2… memang 5 minit da siap! Aku terus bayar parking & amik keta… aku rase da secepat mungkin da aku drive. Sampai je opis, parking yang 2 lot tuh telah diambil orang… tersangat la hampeh K last2 aku makan dalam keta je.

Yang tragis nyer, sup kosong tumpah atas seluar aku… haha… tragis x? :-P panas hokey??!

Disaat ni aku rase roda kehidupan… kehidupan 5 tahun lepas bermula lagi… aku jauh dari rumah dan ditinggalkan ‘cinta’. Pria kesepian la katakana :-P

Note : Nape la my hubby xbalas Whatsapps ni?!

Monday, 10 February 2014

Stres Yang Unbearable

Yup, nampaknya ada sebab nape aku jarang update blog. I mean, tidaklah sekerap dulu kan? :-P Aku sebuk ngan kerja sekarang n aku takut aku tak boleh perform ngan job sekarang…. Huhu… so, mana satu lagi utama, kena la didulu kan, ye tak?

Last weekend, kitaorang balik kg. memang flat giler aku last Friday. Memerah otak and balik 7.30 malam! Da tentu2 OT 2 jam kan? Tapi tak stress lagi. Bila arini, dengan beberapa quotation yang tak siap, sangat penat. Plus…. Aku period L sedey kan? Nampaknya usaha tak menjadi L Ya Allah, tolong la hamba-Mu ini.

Di waktu2 camni, aku terpikir gak… mana silapnya? Da ada rase nak g hospital je buat IVF, tapi belum cukup cash lagi L Buat masa ni, belum rase terdesak tapi mungkin sebulan lagi aku akan rase stress sebab Yamin da masuk 4 tahun! Maksudnya da 2 tahun aku berusaha nak dapatkan baby baru, tapi tak berhasil. Sedihnya Allah je yang tau. Alhamdulillah hubby suruh aku bersabar. Harap semua ok la kan? L memang da tahap merayu pertolongan dari Allah ni… tolonglah, Allah T_T

Pressure on the ground betol la… I can survive all the hardship tapi yang ni memang unbearable L

 

 

Wednesday, 5 February 2014

RoboCop (2014)

Untuk peminat2 RoboCop termasuk anak aku, maybe film ni best. Bagi aku, film ni tak jauh dengan keterujaan menonton first Iron Man. Tapia da sikit kelainan dari segi kematangan jalan cerita. RoboCop ni lebih serius laa lebih kurang. Dari segi lain, tak jauh beza dengan film action yang lain.




Cast :
Joel Kinnaman – Alex Murphy
Gary Oldman – Dr Dennett Norton
Abbie Cornish – Clara (Alex’s Wife)

Plot :
Mengisahkan seorang polis, Alex Murphy yang cedera teruk akibat dibom oleh penjenayah yang sedang diburunya. Dengan kehilangan sebelah kaki, sebelah tangan dan buta mata kiri, Dr. Dennett Norton, seorang penyelidik dibawah tajaan syarikat Omnicop, telah menawarkan kepada isteri Alex untuk menjadikan dia RoboCop. Demi masa depan Alex, isterinya bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar syarikat Omnicop yang mahu meraih keuntungan.

My very own summary:
To be honest, RoboCop is not my childhood hero. I’m more into Superman or Batman. Even I’m not into Terminator pun. Bagi aku instead of Robot, RoboCop sama je dengan movie lain. Highlight memang mcmana Alex Murphy boleh jadi RoboCop and programming n imej RoboCop sebagai robot berfikiran manusia. No surprising element pon. Hopefully if ada sequel best laa kan?

Sunday, 2 February 2014

Weekend 31/1-2/2/2014

Happy Lunar New Year especially my boyfriends in Korea :-P Haha…

Last long weekend, takde pape yang menarik sangat pon. Spend masa ngan family adalah priceless moment, kan? Balik je keje, aku bergegas gi bank untuk kuarkan cash untuk bayar utang. Haha… sangat la tragis sebab my current limit is 1k pengeluaran je per day. Bila tanye my hubby, dia asek cakap 5k… bila try 2nd time, siap kuar ‘had pengeluaran sehari anda ialah RM1,000.00. Memang la terkedu kan? Dengan harapan nak belanja mak abah sate arini, aku balik monyok. Ngan my hubby yang tak mengemas barang nak dibawak balik g umah mak, ati bertambah panas. Last2 dia beli sate kat tepi jalan dekat2 ngan rumah je. Aku siram pokok bunga & kemas ape yang patot.

Balik rumah mak abah dalam kol 7.10pm, sebelum tuh sempat kitaorang berdua bergaduh pasal channel TV. Gaduh2 manja, hihi… Kalau Yamin ada, confirm dia cakap ‘Jangan bergado….

Sampai kol 7.15pm, maklumla umah mak abah dekat… pas dinner, aku tertido depan TV. Citer My Love From The Star pun aku tak tengok sampai habes. Sebaik laa da rakam kat rumah gune PVR.

Pagi Jumaat, tolong mak prepare nasi lemak & acara paling aku suka adalah kupas bawang untuk kegunaan dia seminggu. Hihi… aku pon tak tau nape aku suka… hihi… kol 9.15pm, hantar kakak ipar aku g stesen bas kat Seri Muda. Balik tuh, hubby tolong cucukkan duit… rupa2nya, limit tuh boleh adjust… haha… ngape tak bagitau kan? Hampeh tol la bank ni – nama bank dirahsiakan… si Yamin cukai KFC.

Lepak kat rumah je sepanjang hari…

Sabtu pagi, aku bangun dengan semangat nak berkebun tepi umah mak… so, aku mencangkul untuk membentuk petak sayur tuh… 2 ari lagi leh bakar untuk menambahkan kesuburan tanah. Memang sikit letih tapi I’m okay… just nak kuar2 peluh. Bila masuk rumah mak abah je, mak kata sekarang musim panas, kalau membakar pasti menyebabkan jelebu. Huhu… terpaksa tangguh ker? Kene cari aktiviti lain mengeluarkan peluh ler.

Balik tuh bersiap g Mydin Subang Jaya. Amik 2 trolley untuk beli barang mak & barang2 aku… Yamin pon ikot shopping same…biasa la budak kecik tuh. Rase bersalah gak 3 bulan ni masih berharap support dari hubby sehinggalah abes semua hutang terakru. Huhu… balik tuh, masak steamboat atas permintaan hubby.

Malam lepak rumah mak abah sebab Kak Nya balik…

Ahad, sebelum kuar, aku masak breakfast cum lunch Galbi Jjim atau nama omputihnya Beef Short Ribs. Dalam recipe kene guna buar pears, tapi since takde, aku tukar ngan epal merah & hijau campur n turn out kepada version yang sedap. My hubby pon suka… siap makan ngan kimchi lagi tu… sangat la best!

 






















Kuar g Paradigm Mall untuk tengok RoboCop. Sangat la lengang kat parking sampai leh baring2 lagi… haha… aku singgah SkinFood untuk beli barang2 yang da habes… sian my hubby L kene buli lagi… tapi dia kata dia da duit lebih… sian tol kan? Kene bekerja kuat bulan ni, buat OT banyak2. Aku beli loose powder, dan semua ni. Sebelum ni aku pakai range Omija. Dan-dan plak semua habes, toner, emulsion & serum. So, kalau aku beli satu set lagi, confirm la RM400++ okeh? Dapat advise dari beautician tuh untuk guna Black Sugar Serum je sebab masalah kulit aku sekarang. Yang penting, nak lembabkan kulit aku & ilangkan parut yang ada… harga RM 110.


 
Pastu aku beli Black Pomegranate Essense Mist. Memula aku ingat nak beli range ni tapi total per set lengkap ade la dekat RM 700++ kot. Kalau ada kedut, tapi my hubby kata aku takde kedut, cuma kulit kering. Hihi… Tu pasal aku beli Black Sugar Serum je. Menjimatkan poket… Mist ni functionnya untuk sembur kat muka bila2 masa yang korang nak. Berbanding dengan Lettuce Mist yang aku guna dulu, semburan Black Pomegranate ni lagi nipis & best je… bau pon sedap… hihi (baru test sembur pagi ni
:-P)




Pencuci muka pon da abes. Aku try pencuci muka Parsley & Mandarin Mild Foam jela… sebab kulit kering & sensitive aku ni memerlukan sesuatu yang ‘mild’ & lemah gemalai je…


Since aku purchase lebih RM 250, dapat kalender & diary 2014 free. Memang syiok sebab diary nyer one of the kind.

 


Balik tuh ‘tersesat’ cari kereta kat parking tuh… sangat tak suka… tah camne tah nak bezakan zone kat situ???

Malam, makan Yee Sang yang beli readymade kat Mydin semalam. Standard nyer agak sama ngan Yee Sang yang aku makan kat Sunway Atrium CafĂ© aritu. Huhu…

Harga RM 18.88 je…

 

 
 

 
There goes my weekend!