Apabila ada peluang untuk membaca balik diari tahun lepas, bagaimana aku men-celebrate my birthday, aku rase aku punya plan tahun ni pun lebih kureng je. So cam bosan. Throwback boleh la refer link kat bawah:
http://lifeaboutanything.blogspot.sg/2015/09/my-33rd-birthday-present.html
http://lifeaboutanything.blogspot.sg/2015/08/my-33rd-birthday-celebs-14082015.html
Okay, cakap pasal tahun ni, aku really tak tau nak plan ape yang menarik. Obvious perubahan adalah bentuk badan aku. Dah kurus sket. Hahaha... Turun 9 kilo banyak la kan? Memang plan asal nak gi jalan kat Midvalley, OMG, AGAIN?? What da life! Tapi aku betul takde plan lain.... menukar plan asal, aku ada 31 Wishlist yang aku nak ada / buat bulan Aug 2016 (my birthday month). Well, oleh kerana hidup aku dah bosan, so, alternatif adalah mencari keseronokan sendiri jela.
Memula aku plan nak pikirkan diri sendiri je bulan ni. Kiranya bajet untuk diri sendiri. I am not going to belanja orang lain this month. But knowing me, cam tak caye jela kan?
Wishlist:
Aug 1 - Nak beli body lotion St Ives yang besar... wahaha... aku pun tak tau nape aku rase lotion ni mahal padahal baru RM23++ je pun. Mengada. N aku dah ngidam lama, cuma aku rase cam tak mampu je nak beli. Haha...
Aug 2 - Eating good food with good friends / best friends. Yang ni dah. Semalam aku makan ngan Pai & Emma kat Bubbagum, Sunway Pyramid. Aku rase aku memang takde current bestfriend selain my hubby (well, walaupun dia bukan laaa bestfriend sangat pun!). Tapi Pai & Emma memang friends without syarat la. Best!
Aug 3 - Aku beli kain batik sutera crepe. Yes... dalam setahun ni aku dok follow satu page kat FB ni nama Qaireena Batik. Memang cantik la collection dia. So after work on 2nd Aug, aku tertengok satu design yang menepati taste aku. Tanpa berlengah lagi aku pun pm harga. Waaa... baru RM 270 plus free batu & postage. Pe lagi... terus aku beli. Well, setahun sekali ape salahnya kan kan kan?
Aug 4 - Sedekat gift untuk baby baru. Yang ni memang totally unplan la. Sebab camne nak agak baby lahir Aug 2016 kan? Especially someone I know. Tapi luckily ada 2 colleagues yang wife / dia bersalin in July 2016. So, aku pun share / bagi duit. Nothing much... at least something. Hoho... Mana la tau tahun depan aku plak dapat baby? Mengharap ni...
Aug 5 - Yup, tak tau nape aku teringinnnnn sangat nak beli baju peplum. Yeah... ini tahap kementelan yang tidak munasabah. Aku survey kat Peace boutique semalam. Ingatkan harganya murah, tapi boleh tahan mahal kok. I mean above my budget la. Cantik & sesuai untuk dipakai untuk tema maroon kenduri my anak sedara this coming Saturday (6th Aug). Tapi kan... to spend RM 150 for a peplum baju, alahai. Aku teringin baju peplum yang bahagian atas je. Tengokla nanti.
Aug 6 - Jeans baru. Yes, itu lah harapan aku... new jeans. Boot cut. Nape? Sebab aku tengok Park Shin Hye pakai kat Doctors comelnyaaa... Haha...
Aug 7 - Kasut keje baru... Bila aku baca2 blog lama aku, baru lah aku perasan yang kasut aku pakai gi keje ni dah setahun. Aku beli time birthday tahun lepas. Brandnya pun aku da tak ingat sebab dah 'hilang'. Haha... setahun maaa... Aku ingat lagi time tu ada sale. Aku beli ngan harga RM 99. Kira bagus la kasut ni sebab still in good condition tapi ofkoz la tapaknya dah haus ok? So, it's time to buy new. Nak beli, nak beli...
Aug 8 - Seluar keje baru. Ha, yang ni memang super tragis. Time memula aku join my company 3 years ago, aku beli 2 seluar kat East India. Cutting nya memang aku suka. Saiz 9. Yeah... memang la da tentu aku besar. Warna army green & black. Then warna black tu cam tak elok after one year. Aku beli sehelai kat FOS. Semua dah tak boleh pakai. Sangat longgar. Haha... ofkoz la kena beli lain.
Aug 9 - Baju warna putih. Eh... lain macam je request ni kan? Sebenarnya lately nampak banyak blog2 tudung yg promote tudung dengan baju putih. Sweet la... So for my birthday nanti aku nak beli baju putih & pasangkan dengan jeans biru, amacam? Sweet tak?
Aug 10 - Yeah, again tertarik dengan K-drama & Park Shin Hye. Aku dok minat ngan necklace yang dia pakai. Brand Agatha Paris. Ofkoz takde disini. So, ada satu Korean Products yang jual 100% Original plus warranty lagi tu. Haha... Harganya tak mahal sangat. Baru RM 350 including postage. So, tangan mentel ni pun belila. Insyallah akan sampai disini Aug 10. Nantikan... cantik kan?
To be continue....
No comments:
Post a Comment