Tuesday, 9 August 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist The Actual (Part 1)

Yeah... at least aku sangat bersungguh nak menjadikan impian yang tak seberapa sebagai kenyataan bulan ni. Hoho... selalu dok tengok luar tingkap je. Paham? Haha... perasaan tu memang susah dirungkaikan. 

Okay, nak relate ngan post sebelum ni, here is the actual.

Aug 1 - Nak beli body lotion St Ives yang besar. Memula aku plan2 nak beli yang berry ape tah. Then time gi pharmacy, nampak plak perkataan Collagen. Penting tuh Collagen! So, aku beli. Harga RM 22.50 je. Hahaha... bagi aku mahal la gak. 2 kali makan kot. Yang ni confirmlah berzaman nak abes. Aku letak kat rumah.





Plus aku terbeli Nivea Extra White Firming Body Lotion. Ini utk kegunaan pejabat. Oleh kerana aku tersangat la rajin berjalan kaki bawah panas, kaki aku sangat la gelap. Kalau orang tengok kaki, tak caya la muka aku yg cerah ni. Kena jaga semua bahagian ok? Since aku gatal beli 2 body lotion, maka, aku convertkan lotion ni, untuk Aug 11.

Aug 2 - Ni memang best. Sebenarnya, makanannya memang la sedap kat Bubbagump ni, tapi paling best dapat makan ngan Emma & Pai.






Aug 3 - Yeah, kain batik tersebut telah sampai semalam. Sepatutnya boleh je sampai ari isnin, tapi pos laju memang tak laju la. Kena collect kat pusat pungutan lagi tu. Sebaik tak jauh sangat. Aku tak bukak lagi kain ni dari plastiknya, tapi okay la. Sangat puas ati. Hihi...





Aug 4 - Untuk baby my colleagues, aku share ngan among colleagues gak la giftnya. Satu baby Toys'R'Us. Yang ni takde gambar. Seorang baby lagi, aku belikan baby chair. Comel kan... pink kaler you! And full moon aritu, my colleague tu bawak la full moon pack. Halal... Sedap!






Aug 5 - Time nak beli baju peplum ni, memang sangat la tricky part. Actually aku survey online & aku rase tak puas kalau tak belek material & pattern. Time ni gak aku perasan banyak brand yang aku tak tau cam Creacion by Siti Nurhaliza & Nina Richie. Tunggu la lain kali, boleh gi boutique plak. Haha.. At last aku beli kat kedai biasa je kat Tesco Shah Alam. Harga cuma RM100. Hampir2 aku regret beli baju ni. Tapi orang lain kata cantik plak. Heran... aku rase biasa je. Try aku pakai yang gempak? Ntah ape orang cakap.




Oh ye, haha... ada rekod peribadi yang dipecahkan time aku pakai baju ni. Aku jatuh kat kenduri my nephew. Hahaha... takyah cakap la. Memang malu tapi aku tak amik masa lama utk bangun n terus jalan. Maybe kerana aku telah mengkaji impactnya. Wahaha... Dah la konon 'cun' tapi leh lak jatuh... haha... Keadaan bentuk muka bumi yang tak rata juga adalah punca aku jatuh. Wahahahaaa...

Aug 9 & 12 - Oleh kerana sangatlah susah nak cari baju putih tanpa lining, aku pun amik keputusan tukar kaler. Jalan2 kat Uniqlo, aku terpikat ngan baju kemeja dari fabrik Rayon. Sooo sweet n ada promo. Harga asal RM 99.90 tapi kalau download apps Uniqlo Malaysia, dapat harga RM 79.90. Aku beli kaler grey ngan pink. Tapi pink dia comel & aku takde baju kaler tu... Lagi2 my hubby kata nak sponsor sket. Sangat berpuas ati sebab cantik... Haha... n selesa ofkoz.





Aug 13, 15 & 16 - Well, yang wishlist yang lain takde lagi. So sabo... aku lompat ke Aug 13 & 15 ek? Haha...  Aug 14 my birthday, ofkoz aku takde lagi wishlist. Kena pikir yang best. Hihi...

Untuk Aug 13, 15 & 16, aku beli facial cleanser, makeup remover plus anti aging brightening mask dari Innisfree. Sejak awal tahun haritu aku menghabiskan stok Belif yang so-so je. Huhu... memang dah lama tak nyopping kat Innisfree, ada 3 bulan kot. Or lebih. Stok ada lagi ma... Facial cleanser & makeup removernya memang I love. Brightening mask tu baru 1st time nak cuba. Harga RM 12 sekeping. Total bill RM 144, dapat la free gift (dalam kotak purple tu).




Baru 17 barang, aku memang dah takde idea nak ape lagi. Barang yang perlu memang tiada da... Makanan? Erm... ntah! Memang bahan2 atas ni pun kehendak je kan? Haha... duit dah nak abes dah. Layan jela... Kalau tak cukup 31 wishes camne? :-P

No comments:

Post a Comment