Selepas beberapa hari kebelakangan ni, aku rase aku dah terover spent untuk memenuhi kehendak & keperluan my birthday month. So scary tapi aku rase ini baru sekali kot aku berbelanja sakan dalam sebulan. Huhu...
Aug 7 - Kasut kerja baru. Yes, aku beli again brand Primavera. Kali ni beli kaler coklat & harga RM 99. Takpela, boleh tahan lagi setahun kan?
Aug 8 - Seluar kerja baru. Well, aku tak tau memula nak beli brand ape & cutting-nya. Aku ingat nak beli murah2 je. Haha... FOS ke, ada je RM 70 kot selai. Kekadang ada gak kombo, buy 1 free 1. Tapi aku penah la google kata seluar kerja ni kena invest sket baru nampak ada kelas. So, last week 15th Aug, aku amik cuti & jalan gi Pavilion. Aku beli brand Mango ngan harga RM 149. Try saiz 34, agak ketat. So aku beli saiz 36. End up besar sket tang pinggang. Takpela, da tua2 ni tak boleh la pakai ketat2 kan? Huhu...
Aug 10 - Yes! My necklace from Agatha Paris dah sampai. Memang cantik & puas ati, malangnya penyambung necklace tu berbentuk anjing la. Tak tau nak pakai tak... so, tak pakai. Huhu... dari segi certificate, ada special certificate. So, confirm la ke-ori-annya. Layan je...
Aug 17 - Checkup doktor untuk tau current tiriod update. Yes, ini memang tak selalu boleh buat. Kebetulan 11hb aritu, aku gi follow up appointment kat SDMC. Appointment pukul 9.30am & aku gi awal. Mana tau kena amik sample darah & kena tunggu selama 2 jam. Hampeh tahap asbestos. Time tu memang duit dah menipis, so aku gi jalan gi pejabat pos near Inti College untuk keluarkan ASB. Dapat jumpa doktor dalam pukul 11am & end up tiriod aku okey cam 6 bulan lepas. Next appointment next year. Haish.... memang dah tak tau what went wrong. Doktor suruh aku jumpa doktor fertility plak. Cuma nak amik masa sebab duit & my hubby bukan ada masa pun. Fed up!
Aug 18 - Trying new K-food. After checkup kat SDMC, sempat la aku gi Midvalley. Haha... tapi takde ape yang menarik kat Midvalley dah. Cam g Pyramid je. So, aku decided nak try Yukgaejang kat Dubuyo. Dalam menu tuh kata limited edition. Beef soup serve ngan glass noodles. Malangnya tak abes. Bukan sebab tak sedap, tapi mee nya banyak sangat. Harga RM 18.90
Aug 19 - Haa, aku memang takde idea nak beli ape lagi. Tapi aku pun tak paham nape kalau ngan Skinfood, aku gatal je nak beli barang. So, aku try few new products yang aku tak pernah try before. Ada Pomegranate Collagen Eye Mask, Pomegranate Collagen Neck Patch Mask, Jeju Tangerine Mask & Teatree N Lavender Spot patch. Total bill RM 62.90
Aug 20 - Shampoo Dove. Haha... yang ni pun boleh ada dalam wishlist ke? Yup, aku rase aku tergoda dengan iklan. Haha... kebetulan aku dapat RM10 baucer dari Healthlane Pharmacy. Sape nak bagi kan? Tolak ngan baucer, harga baru RM 5. Haha... terima kasih Healthlane!
Aug 21 - Selain rambut, aku pun nak jaga gigi aku. Haha... yes, my gigi-s. Kebelakangan ni gigi aku agak tebal karang nyer. Menakutkan... N kuning. Haha... aku beli Colgate Optic White & Sensodyne Whitening. Ada promo kat Giant. My hubby belanja, yabedabedu! Haha...
Setakat ni baru guna Colgate Optic White & agak berkesan mengurangkan kekuningan & karang gigi. Takyah susah2 buat scaling kan?
Aug 22 - Being new place. Yes, ini memang sangat tragis... aku memang teringin nak gi new place. Aku pilih Pavilion je. 1st sebab aku memang suka window shopping. 2nd sebab bila orang citer pasal Pavilion, aku tak boleh bayang bentuk & layoutnya camne. So, cuti 15hb aritu aku pun gi la. End up aku rase banyak kedai tak boleh masuk. I mean, bukan la tak boleh masuk. tapi takat RM 2-300, takyah nak berangan laa... Aku jalan kat Tokyo Street kat tingkat atas & sangat tertarik ngan bumbung-nya. Haha... nape bumbung? Erm... aku rase tak tau nape bumbungnya cam menyebabkan kawasan itu cerah. Aku belanja gambar yang aku amik kat Pavilion ek? Aku pun try satu benda yang aku tak pernah try iaitu jeruk dari kulit Pomelo fruit. Selalu aku buang je kan? Kreatif orang sekarang. Aku beli kat kedai nama Castania kat tingkat bawah sebelah food court. Mahal sket tapi takpela kan?
Then aku gi kat satu kedai nama Miira Mew kat Tokyo Street & end up beli selai baju harga RM 36.70, murah habaq hang!
Tinggal 9 hari before Aug 2016 abes... So sad!
To be continued lagi!
No comments:
Post a Comment