Monday, 22 August 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist The Actual (Part 2)

Selepas beberapa hari kebelakangan ni, aku rase aku dah terover spent untuk memenuhi kehendak & keperluan my birthday month. So scary tapi aku rase ini baru sekali kot aku berbelanja sakan dalam sebulan. Huhu...

Aug 7 - Kasut kerja baru. Yes, aku beli again brand Primavera. Kali ni beli kaler coklat & harga RM 99. Takpela, boleh tahan lagi setahun kan?



Aug 8 - Seluar kerja baru. Well, aku tak tau memula nak beli brand ape & cutting-nya. Aku ingat nak beli murah2 je. Haha... FOS ke, ada je RM 70 kot selai. Kekadang ada gak kombo, buy 1 free 1. Tapi aku penah la google kata seluar kerja ni kena invest sket baru nampak ada kelas. So, last week 15th Aug, aku amik cuti & jalan gi Pavilion. Aku beli brand Mango ngan harga RM 149. Try saiz 34, agak ketat. So aku beli saiz 36. End up besar sket tang pinggang. Takpela, da tua2 ni tak boleh la pakai ketat2 kan? Huhu...

Aug 10 - Yes! My necklace from Agatha Paris dah sampai. Memang cantik & puas ati, malangnya penyambung necklace tu berbentuk anjing la. Tak tau nak pakai tak... so, tak pakai. Huhu... dari segi certificate, ada special certificate. So, confirm la ke-ori-annya. Layan je...






Aug 17 - Checkup doktor untuk tau current tiriod update. Yes, ini memang tak selalu boleh buat. Kebetulan 11hb aritu, aku gi follow up appointment kat SDMC. Appointment pukul 9.30am & aku gi awal. Mana tau kena amik sample darah & kena tunggu selama 2 jam. Hampeh tahap asbestos. Time tu memang duit dah menipis, so aku gi jalan gi pejabat pos near Inti College untuk keluarkan ASB. Dapat jumpa doktor dalam pukul 11am & end up tiriod aku okey cam 6 bulan lepas. Next appointment next year. Haish.... memang dah tak tau what went wrong. Doktor suruh aku jumpa doktor fertility plak. Cuma nak amik masa sebab duit & my hubby bukan ada masa pun. Fed up!





Aug 18 -  Trying new K-food. After checkup kat SDMC, sempat la aku gi Midvalley. Haha... tapi takde ape yang menarik kat Midvalley dah. Cam g Pyramid je. So, aku decided nak try Yukgaejang kat Dubuyo. Dalam menu tuh kata limited edition. Beef soup serve ngan glass noodles. Malangnya tak abes. Bukan sebab tak sedap, tapi mee nya banyak sangat. Harga RM 18.90







Aug 19 - Haa, aku memang takde idea nak beli ape lagi. Tapi aku pun tak paham nape kalau ngan Skinfood, aku gatal je nak beli barang. So, aku try few new products yang aku tak pernah try before. Ada Pomegranate Collagen Eye Mask, Pomegranate Collagen Neck Patch Mask, Jeju Tangerine Mask & Teatree N Lavender Spot patch. Total bill RM 62.90



Aug 20 - Shampoo Dove. Haha... yang ni pun boleh ada dalam wishlist ke? Yup, aku rase aku tergoda dengan iklan. Haha... kebetulan aku dapat RM10 baucer dari Healthlane Pharmacy. Sape nak bagi kan? Tolak ngan baucer, harga baru RM 5. Haha... terima kasih Healthlane!




Aug 21 - Selain rambut, aku pun nak jaga gigi aku. Haha... yes, my gigi-s. Kebelakangan ni gigi aku agak tebal karang nyer. Menakutkan... N kuning. Haha... aku beli Colgate Optic White & Sensodyne Whitening. Ada promo kat Giant. My hubby belanja, yabedabedu! Haha... 
Setakat ni baru guna Colgate Optic White & agak berkesan mengurangkan kekuningan & karang gigi. Takyah susah2 buat scaling kan?

Aug 22 - Being new place. Yes, ini memang sangat tragis... aku memang teringin nak gi new place. Aku pilih Pavilion je. 1st sebab aku memang suka window shopping. 2nd sebab bila orang citer pasal Pavilion, aku tak boleh bayang bentuk & layoutnya camne. So, cuti 15hb aritu aku pun gi la. End up aku rase banyak kedai tak boleh masuk. I mean, bukan la tak boleh masuk. tapi takat RM 2-300, takyah nak berangan laa... Aku jalan kat Tokyo Street kat tingkat atas & sangat tertarik ngan bumbung-nya. Haha... nape bumbung? Erm... aku rase tak tau nape bumbungnya cam menyebabkan kawasan itu cerah. Aku belanja gambar yang aku amik kat Pavilion ek? Aku pun try satu benda yang aku tak pernah try iaitu jeruk dari kulit Pomelo fruit. Selalu aku buang je kan? Kreatif orang sekarang. Aku beli kat kedai nama Castania kat tingkat bawah sebelah food court. Mahal sket tapi takpela kan?










Then aku gi kat satu kedai nama Miira Mew kat Tokyo Street & end up beli selai baju harga RM 36.70, murah habaq hang!

Tinggal 9 hari before Aug 2016 abes... So sad! 

To be continued lagi!


Thursday, 18 August 2016

34th Birthday Celebs

Well, atas sebab keselamatan, aku telah set-kan security blog aku kepada private. So, memang bukan public lagi la ek? Tujuan aku simpan blog ni pun cam diary aku. What happens pada aku... sedih ke gembira ke... nanti in the future boleh la refer balik.

Okay, hari ni 17hb Aug. Dah 3 ari dah aku berumur 34 tahun... perasaan? Hmmm... tak dapat la nak rungkaikan. Boleh kata, takde perasaan langsung pun ada. Bukan ape, aku memang tak mengharap pape. Haha... selama 33 tahun lepas, memang xde pape yang menarik sangat pun bila time celebrate birthday ni.

Tapi not sure kenapa tahun ni seakan berbeza. Nak tau kenapa? Aku rase dialu2kan oleh semua orang yang aku kenal. My loved one, my friends and family. 

12th Aug, my sister saje buat suprise. Hantar flower bouquet kat opis sekali ngan coklat. Nak tergelak pun ada. Sebab dia tipu konon2 dia liaise ngan supplier same company ngan aku tapi branch office kat Singapore. Memang so funny lah!






Time 13 Aug aritu, my hubby kata nak ajak kuar dinner. Sejak pagi, berjalan seperti biasa & my hubby ajak makan kat Ikan Bakar Jalan Bellamy. N then cam sentap gak bila owner kedai tu tanye nape anak aku masih seorang. Dia bisik and kata dia akan tolong orderkan seorang anak perempuan. Hmm... happy n speechless pun ada. Tapi now aku rase maybe makcik tu nak berbasa basi kot. Huhu...hakikat kehidupan...

Then for dinner, my hubby konon nak suprise. So, I am not allow to ask. Past experience memang aku akan tanye gila2. Tapi tahun ni aku memang malas nak tanye. Ikot jela. Lagipun bukan aku yang bayar pun. Rupanya dia nak g area Sg Penchala, ada satu restoran dipanggil Subak. Sampai kat sana, waiter tu kata meja tak siap set up lagi. Aku lak dah duduk kat meja biasa je. Ye la, I ingat makan kat meja biasa je... Haha...

Rupa2nya my hubby dah plan some romantic candlelight dinner. Wahahaha... kelakar. Siap ada flower bouquet lagi tu. Balloon pastu senang cakap everything yang romantic la. Rasa best? Ofkoz la best. Haha... tapi memandangkan selama ni takde romantic2 gitu, rase risau gak. Kang tetibe mintak kawen lain kang, sape susah? Haha...

Back to makanan, bagi aku makanan nyer mahal & kurang sedap. Kalau gabungkan environment + makanan Laman Grill, mesti perfecto! My husband siap sediakan suprise cake lagi tu. N waiter singing happy birthday, omo... haha... kelakar! Malu beb! Keknya cantik tapi biasa2 je. Tak sedap sangat. Haha... ikhlas je aku nyer testimoni kan?

Happy? Boleh la... actually aku tak mintak pape pun. My hubby guna event planner untuk malam tu. Haha... suprise2! When I am done, aku post gambar kat FB and mengumpul terlalu banyak like. Haha... actually ini memang like terbanyak, hakikatnya aku bukan la famous sangat kan?



So hari 14 Aug pun sampai, tahun ni memang lain skit sebab mengumpul ramai birthday wishes. Haha... layan jela. On 14 Aug, misi nak g tempat yang tak pernah gi. teringin nak g Pavilion. Tapi my hubby refuse to go sebab dia kan tak suka KL. So, dia ajak g Publica. Kitaorang kat sana tak sampai sejam. Really no place to go. We having lunch kat Chili Crab Damansara. N balik... malam for dinner teringin nak durian buffet, end up durian buffet kat SS2 dah habis. Haha... 


Selain tu, kat group family, ramai la wish esp anak2 sedara. Tak macam tahun lepas yang agak malap.

Note : Mak tak wish happy birthday pun. Nape tah?

Tuesday, 9 August 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist The Actual (Part 1)

Yeah... at least aku sangat bersungguh nak menjadikan impian yang tak seberapa sebagai kenyataan bulan ni. Hoho... selalu dok tengok luar tingkap je. Paham? Haha... perasaan tu memang susah dirungkaikan. 

Okay, nak relate ngan post sebelum ni, here is the actual.

Aug 1 - Nak beli body lotion St Ives yang besar. Memula aku plan2 nak beli yang berry ape tah. Then time gi pharmacy, nampak plak perkataan Collagen. Penting tuh Collagen! So, aku beli. Harga RM 22.50 je. Hahaha... bagi aku mahal la gak. 2 kali makan kot. Yang ni confirmlah berzaman nak abes. Aku letak kat rumah.





Plus aku terbeli Nivea Extra White Firming Body Lotion. Ini utk kegunaan pejabat. Oleh kerana aku tersangat la rajin berjalan kaki bawah panas, kaki aku sangat la gelap. Kalau orang tengok kaki, tak caya la muka aku yg cerah ni. Kena jaga semua bahagian ok? Since aku gatal beli 2 body lotion, maka, aku convertkan lotion ni, untuk Aug 11.

Aug 2 - Ni memang best. Sebenarnya, makanannya memang la sedap kat Bubbagump ni, tapi paling best dapat makan ngan Emma & Pai.






Aug 3 - Yeah, kain batik tersebut telah sampai semalam. Sepatutnya boleh je sampai ari isnin, tapi pos laju memang tak laju la. Kena collect kat pusat pungutan lagi tu. Sebaik tak jauh sangat. Aku tak bukak lagi kain ni dari plastiknya, tapi okay la. Sangat puas ati. Hihi...





Aug 4 - Untuk baby my colleagues, aku share ngan among colleagues gak la giftnya. Satu baby Toys'R'Us. Yang ni takde gambar. Seorang baby lagi, aku belikan baby chair. Comel kan... pink kaler you! And full moon aritu, my colleague tu bawak la full moon pack. Halal... Sedap!






Aug 5 - Time nak beli baju peplum ni, memang sangat la tricky part. Actually aku survey online & aku rase tak puas kalau tak belek material & pattern. Time ni gak aku perasan banyak brand yang aku tak tau cam Creacion by Siti Nurhaliza & Nina Richie. Tunggu la lain kali, boleh gi boutique plak. Haha.. At last aku beli kat kedai biasa je kat Tesco Shah Alam. Harga cuma RM100. Hampir2 aku regret beli baju ni. Tapi orang lain kata cantik plak. Heran... aku rase biasa je. Try aku pakai yang gempak? Ntah ape orang cakap.




Oh ye, haha... ada rekod peribadi yang dipecahkan time aku pakai baju ni. Aku jatuh kat kenduri my nephew. Hahaha... takyah cakap la. Memang malu tapi aku tak amik masa lama utk bangun n terus jalan. Maybe kerana aku telah mengkaji impactnya. Wahaha... Dah la konon 'cun' tapi leh lak jatuh... haha... Keadaan bentuk muka bumi yang tak rata juga adalah punca aku jatuh. Wahahahaaa...

Aug 9 & 12 - Oleh kerana sangatlah susah nak cari baju putih tanpa lining, aku pun amik keputusan tukar kaler. Jalan2 kat Uniqlo, aku terpikat ngan baju kemeja dari fabrik Rayon. Sooo sweet n ada promo. Harga asal RM 99.90 tapi kalau download apps Uniqlo Malaysia, dapat harga RM 79.90. Aku beli kaler grey ngan pink. Tapi pink dia comel & aku takde baju kaler tu... Lagi2 my hubby kata nak sponsor sket. Sangat berpuas ati sebab cantik... Haha... n selesa ofkoz.





Aug 13, 15 & 16 - Well, yang wishlist yang lain takde lagi. So sabo... aku lompat ke Aug 13 & 15 ek? Haha...  Aug 14 my birthday, ofkoz aku takde lagi wishlist. Kena pikir yang best. Hihi...

Untuk Aug 13, 15 & 16, aku beli facial cleanser, makeup remover plus anti aging brightening mask dari Innisfree. Sejak awal tahun haritu aku menghabiskan stok Belif yang so-so je. Huhu... memang dah lama tak nyopping kat Innisfree, ada 3 bulan kot. Or lebih. Stok ada lagi ma... Facial cleanser & makeup removernya memang I love. Brightening mask tu baru 1st time nak cuba. Harga RM 12 sekeping. Total bill RM 144, dapat la free gift (dalam kotak purple tu).




Baru 17 barang, aku memang dah takde idea nak ape lagi. Barang yang perlu memang tiada da... Makanan? Erm... ntah! Memang bahan2 atas ni pun kehendak je kan? Haha... duit dah nak abes dah. Layan jela... Kalau tak cukup 31 wishes camne? :-P

Monday, 8 August 2016

MALAS

Memulakan hari ini dengan perasaan geram. Yes... geram. Tu la orang kata kalau dah kawen, kena jaga perasaan pasangan tapi aku rase my hubby kekadang tak macam tu pun. Malam tadi, dia mintak aku tolong buang kulit rambutan yang kami makan sama2 ke dapur. Padahal dia yang menghabiskan rambutan tu. Aku nak g dapur & dia mintak buang kulit tu & aku cakap mintak dia buang sendiri. N dia kata aku 'malas'. Malas??? Dalam banyak2 perkataan, dia kata aku Malas?? 

Nak kata pemalas, dia lagi la pemalas. Nak listkan, memang long list. Tapi aku takde la panggil dia pemalas. Nape aku terasa sangat? Well, dalam sehari, berapa jam je jumpa dia. Bangun pagi, dia mesti gi toilet. Time tu aku da bersiap nak g keje. Aku gi keje dia lak dah sebuk ngan nak hantar Yamin gi sekolah. Pastu keje dah sampai petang. Dia lagi la balik malam. Dalam sehari whatsapps pun bila benda penting je. N then bila balik jumpa dia kat rumah, dia boleh kata aku MALAS???

What the hell?

Lagi la... bila bangun tido, air mandi kat bilik air, aku yang tolong isi. Air panas utk Yamin, aku yang masak. Baju aku yang iron. Rutin lain takyah cakap la... semua aku. Kekadang my hubby makan ape2 depan TV, tinggal je kat meja depan TV tu. Aku gak yang clearkan... Kat singki takyah cakap la. Aku gak yang basuh. Dia senang, makan tinggal je. Kadang2 je tolong basuh. Itupun lately takde. Aku selalu rase cam maid je kat rumah tu. Takde kerjasama langsung. Dia paham? Takde nyer. Try aku bebel, confirm dia kata aku tak hormat dia la ape la... 

Geram betul harini sampai aku rase malas nak bercakap ngan dia. Aku delete no dia dalam hp aku. Lantak la. Geram sampai semua benda2 lepas pun cam ulang tayang je. Geram sangat! 

Dan coming birthday aku, ala... malas da nak pikir. Dok rumah jela. Bukan mati pun celebrate birthday kat rumah kan? Anggap jela cam ari2 biasa. Lagi la ada husband camtu. Memang sabar jela. Aku tau dia akan pujuk semua. Kali ni aku memang malas. Dah dia kata aku MALAS kan?

Note :
Pastu korang nak tau sape yang buang kulit rambutan tu? Yes... ofkoz la bukan dia. Boleh dia suruh Yamin? Sape yang malas sekarang?

Wednesday, 3 August 2016

Aug 2016 - My Long Wishlist (Part 1)

Apabila ada peluang untuk membaca balik diari tahun lepas, bagaimana aku men-celebrate my birthday, aku rase aku punya plan tahun ni pun lebih kureng je. So cam bosan. Throwback boleh la refer link kat bawah:

http://lifeaboutanything.blogspot.sg/2015/09/my-33rd-birthday-present.html

http://lifeaboutanything.blogspot.sg/2015/08/my-33rd-birthday-celebs-14082015.html

Okay, cakap pasal tahun ni, aku really tak tau nak plan ape yang menarik. Obvious perubahan adalah bentuk badan aku. Dah kurus sket. Hahaha... Turun 9 kilo banyak la kan? Memang plan asal nak gi jalan kat Midvalley, OMG, AGAIN?? What da life! Tapi aku betul takde plan lain.... menukar plan asal, aku ada 31 Wishlist yang aku nak ada / buat bulan Aug 2016 (my birthday month). Well, oleh kerana hidup aku dah bosan, so, alternatif adalah mencari keseronokan sendiri jela.

Memula aku plan nak pikirkan diri sendiri je bulan ni. Kiranya bajet untuk diri sendiri. I am not going to belanja orang lain this month. But knowing me, cam tak caye jela kan?

Wishlist:
Aug 1 - Nak beli body lotion St Ives yang besar... wahaha... aku pun tak tau nape aku rase lotion ni mahal padahal baru RM23++ je pun. Mengada. N aku dah ngidam lama, cuma aku rase cam tak mampu je nak beli. Haha...

Aug 2 - Eating good food with good friends / best friends. Yang ni dah. Semalam aku makan ngan Pai & Emma kat Bubbagum, Sunway Pyramid. Aku rase aku memang takde current bestfriend selain my hubby (well, walaupun dia bukan laaa bestfriend sangat pun!). Tapi Pai & Emma memang friends without syarat la. Best!

Aug 3 - Aku beli kain batik sutera crepe. Yes... dalam setahun ni aku dok follow satu page kat FB ni nama Qaireena Batik. Memang cantik la collection dia. So after work on 2nd Aug, aku tertengok satu design yang menepati taste aku. Tanpa berlengah lagi aku pun pm harga. Waaa... baru RM 270 plus free batu & postage. Pe lagi... terus aku beli. Well, setahun sekali ape salahnya kan kan kan?





Aug 4 - Sedekat gift untuk baby baru. Yang ni memang totally unplan la. Sebab camne nak agak baby lahir Aug 2016 kan? Especially someone I know. Tapi luckily ada 2 colleagues yang wife / dia bersalin in July 2016. So, aku pun share / bagi duit. Nothing much... at least something. Hoho... Mana la tau tahun depan aku plak dapat baby? Mengharap ni...

Aug 5 - Yup, tak tau nape aku teringinnnnn sangat nak beli baju peplum. Yeah... ini tahap kementelan yang tidak munasabah. Aku survey kat Peace boutique semalam. Ingatkan harganya murah, tapi boleh tahan mahal kok. I mean above my budget la. Cantik & sesuai untuk dipakai untuk tema maroon kenduri my anak sedara this coming Saturday (6th Aug). Tapi kan... to spend RM 150 for a peplum baju, alahai. Aku teringin baju peplum yang bahagian atas je. Tengokla nanti.

Aug 6 - Jeans baru. Yes, itu lah harapan aku... new jeans. Boot cut. Nape? Sebab aku tengok Park Shin Hye pakai kat Doctors comelnyaaa... Haha...

Aug 7 - Kasut keje baru... Bila aku baca2 blog lama aku, baru lah aku perasan yang kasut aku pakai gi keje ni dah setahun. Aku beli time birthday tahun lepas. Brandnya pun aku da tak ingat sebab dah 'hilang'. Haha... setahun maaa... Aku ingat lagi time tu ada sale. Aku beli ngan harga RM 99. Kira bagus la kasut ni sebab still in good condition tapi ofkoz la tapaknya dah haus ok? So, it's time to buy new. Nak beli, nak beli...

Aug 8 - Seluar keje baru. Ha, yang ni memang super tragis. Time memula aku join my company 3 years ago, aku beli 2 seluar kat East India. Cutting nya memang aku suka. Saiz 9. Yeah... memang la da tentu aku besar. Warna army green & black. Then warna black tu cam tak elok after one year. Aku beli sehelai kat FOS. Semua dah tak boleh pakai. Sangat longgar. Haha... ofkoz la kena beli lain. 

Aug 9 - Baju warna putih. Eh... lain macam je request ni kan? Sebenarnya lately nampak banyak blog2 tudung yg promote tudung dengan baju putih. Sweet la... So for my birthday nanti aku nak beli baju putih & pasangkan dengan jeans biru, amacam? Sweet tak?

Aug 10 - Yeah, again tertarik dengan K-drama & Park Shin Hye. Aku dok minat ngan necklace yang dia pakai. Brand Agatha Paris. Ofkoz takde disini. So, ada satu Korean Products yang jual 100% Original plus warranty lagi tu. Haha... Harganya tak mahal sangat. Baru RM 350 including postage. So, tangan mentel ni pun belila. Insyallah akan sampai disini Aug 10. Nantikan... cantik kan?



     
To be continue....

Monday, 1 August 2016

Aug 2016

Yes, sudah masuk bulan August tahun 2016. Tahun ni aku akan berusia 34 tahun. Waa... dah lama gak aku hidup. Kalau cam wine, lagi lama lagi mahal kot. Well, tau la wine tu haram tapi kan itu gambaran. Lagi lama, lagi berharga. Eceh! 

Masuk August, nampaknya aku akan menjalankan misi shopping til you drop. Haha... lantaklah... kuarkan tabungan sikit semalam. Tapi seakan bajet itu akan hancus kerana ada kenduri my nephew this coming weekend. Layan jela. Baju semua dah longgar. My current weight naik turun antara 55kg or 56kg. Achievement terbaik so far. Talking about achievement, for the pass 34 years, aku terbaca satu artikel menarik pagi ni. 37 Things You'll Regret When You're Old. Wahaha... so damn scary la. I mean cam kena kat batang idong when I am now abit young & old lah kan.

1. Not travelling when you had the chance.

Yeah... nope... I am actually traveling alot. Cuma bezanya dekat atau jauh je. So far, ada few negara aku dah lawati walaupun tak lah banyak sangat. Maybe peluang / wang takde lagi. Most memorable vacation adalah time gi Korea & gi Langkawi. Haha... aku bangga ngan negara sendiri. Even vacay gi Kuantan pun not bad. 

2. Not learning another language.

Lately, aku memang regret yang aku tak learn Korean even though dah berbelas2 tahun aku jadi big fan of K-culture. So aku dah plan starting September, aku akan amik kelas kat Sunway. Ape tah nama sekolah tu. Basic, intermediate n advance. Will update you soon. Satu lagi bahasa aku nak belajar, sedang difikirkan lagi. Japanese? Or French? Hoho... 

3. Staying in a bad relationship.

Yang ni aku pun tak sure. Kekadang bila gado, aku rase aku tak patot stay. Tapi time tak gado, hati berbunga2 riang je. So, pikirkan saat gembira lebih banyak dari time sedih. Biasalah gado kan? Mana ada pasangan yang tak gado? 

4. Foregoing sunscreen??

What? Ini pun boleh regret. Tapi logik. Kalau tak pakai sunscreen, memang la semua masalah kulit akan berlaku. Then bila tua, haah la... nape time muda tak pakai ini itu? Betul ni. Tapi aku pakai je sunscreen. N aku protect my skin accordingly. Camne pun, da start ada freckles... nak nangis T_T

5. Missing the chance to see your favorite musicians.

Haha... yang ni no regret so far. I went to Backstreet Boys's concert plus the best thing is Bigbang's concert twice! Beribu habis kot... But I have no regret YET! Haha... 

6. Being scared to do things.

Omo... yang ni memang sangat la berlaku. Aku takut nak buat benda yang my hubby akan kata 'tidak' or my mom or my brother yang join tabligh tu. Trust me. It really happens. Kalau my hubby & my mom tu masih la boleh runding lagi. Or my mom aku still boleh buat benda dibelakang sebab tak duduk serumah. Tapi my brother, the most scariest person I ever met! Tang dia perli tu, or mata dia kalau dia rase baju aku cam ada tak kena sikit memang one kind. Scary!

Selain tu, takat bungee jumping aku tak takut lagi... Cuma my hubby kata mengarut. Well, no komen... 

7. Failing to make physical fitness a priority. 

Hmm... kena ke jumpa pakar psikology lei? Setakat ni aku memang sangat la stress pasal isu anak. Tapi kalau jumpa psikology, ape yang dia boleh buat pun. Tetibe dia petik jari aku leh mengandung ke? Tak logik, tak logik. Walau kekadang rase nak bunuh diri, tapi mengenangkan my beloved son yang comel plus my hubby will get married again after few days I die (if), baik takyah. Teruskan hidup sehingga sampai akhirnya. Berjuang lah! Eceh..

8. Letting yourself be defined by gender roles.

Yup yup yup. Yang ni memang betul. Takyah cakap kat ofis la. Kat rumah pun sama. Kekadang my hubby simply say, itu kan keje mama... I wanna slap him straight to the face tau bila dia cakap camni. Tapi time buang sampah tu, boleh plak dia kata cuba mama plak yang buang. Wawawa, ini memang menimbulkan ketidakpuashatian ok? And I kalau malas nak buat, takyah buat. Lantak! Kalau tang lipat baju ke per, tak suruh tak buatnya. Aku gakk... Ni malas la... protest pun lebih2 kena marah gak. Ada pilihan ke?

9. Not quitting terrible job.

Haha... aku dah quit banyak keje yang aku tak boleh tahan lagi. Current job aku rase ok la...so-so je.

10. Not trying harder in school.

Ini adalah my BIGGEST regret! True... betul ni. Memang sentap tahap giler baboon. I admit I'm not doing well in school. Benci benci benci. If I could turn back. I blame my old me yang gatal2 nak bercinta. Padahal mangkuk2 tu takde pun dalam kehidupan aku sekarang. Vavi betul.

11. Not realizing how beautiful you were.

Beautiful bukan secara fizikal je. Aku akui aku taklah cantik sangat. Asal ati aku baik. Haha... baik ke? Kekadang aku keji gak. Lantak!

12. Being afraid to say "I love you."

No... ni takde regret. Haha...

13. Not listening to your parent's advice.

Well, ada la sikit. Tapi sekarang aku cuba nak jadi anak yang mendengar kata. Wahaha...

14. Spending your youth self-absorbed.

Oleh kerana aku tak paham mende tah self-absorbed, aku pun meng-googled. Haha...
Rupanya self-absorbed ni maksudnya kita minat satu benda & cuma buat satu benda tu je. Tak mungkin la kot... Aku rase aku tidak begitu.

15. Caring too much about what other people think.

Yang ni memang masih ada. Nak kena buang semua perasaan ni jauh2.

16. Supporting other's dreams over your own.

Erm... yang ni belum boleh nak buat. Masalah kewangan buat masa ni. Tunggu kejap.

17. Not moving on fast enough.

No... no regret.

18. Holding grudges, especially with those you love.

Ada la... sorang. Kat my brother. Aku dah maafkan dia, tapi dia tak benarkan aku maafkan dia. Haha... sekian...

19. Not standing up for yourself.

Yang ni memang ada few cases yang aku regret. Rase kalau aku jumpa orang2 yang tertentu, mesti aku nak menjerit & kata 'that's is not my fault'. 

20. Not volunteering enough.

Harus jadi dermawan. harus jadi dermawan walaupun aku kaya or miskin. Harus harus harus. Wajib!

21. Neglecting your teeth.

Ha... talking about my teeth. Geram plak lately my hubby kutuk my gigi yang bahagian bawah. Dia kata gigi aku terabur. Few years back aku nak pakai bracess, dia kata ' abg jatuh cinta sebab gigi aku yang unik'. Memang super liar. Sekarang ko kutuk2 aku plak. Huhu... Dah la dia kata kena buat scaling. Tapi taknak plak dia hulur duit sponsor. Buat scaling bukan murah hokey? Confirm beratus. So next month, bajet akan kegigi plak. Huhu...

22. Missing the chance to ask your grandparents questions before they die.

This is not my fault. Time aku kecik, aku dah kehilangan atok & nenek T_T

23. Working too much.

No regret. Yang ni my hubby la yang kena regret. Haha

24. Not learning how to cook at least one awesome meal.

No regret. Walaupun my cook bukan la awesome sangat, tapi masih boleh dimakan.

25. Not stopping enough to appreciate the moment.

Okay, noted. Nanti kalau aku berjumpa moment best tunggu lama sikit ek?

26. Failing to finish what you start.

Ni belum lagi...

27. Never mastering one awesome party trick.

Tak gi party pon. No regret.

28. Letting yourself be defined by cultural expectations.

Nope nope nope.

29. Refusing to let friendship run their course.

30. Not playing with your kids enough.

31. Never taking a big risk (especially in love).

32. Not taking the time to develop contacts and network.

33. Worrying too much

34. Getting caught up in needless drama.

35. Not spending enough time with loved ones.

36. Never performing in front of others.

37. Not being grateful sooner.