Kenapa aku berminat
nak try Chinese Medicine untuk merawat kesuburan both of me & my hubby?
Well, sebab anyhow, cumalah ubatan2, yang natural. Insyallah no harm to your
body.
Dr. Khoo Mow Song
pulak graduated dari China & sekarang one of the lecturer kat Inti College.
Ofkoz mula2 agak ragu2 tapi why not try dulu kan?
1st appointment
10th Sept 2016. Untuk pengetahuan korang, operating hours Monday, Wednesday,
Thursday & Saturday dari pukul 4.30pm to 9.30pm. Untuk branch lain, boleh
la korang surf website dibawah ini:
http://www.goldengatefertility.com/
Aku pilih Sabtu
sebab hari Sabtu lebih mudah for both myself & my hubby sebab bekerja. N
then operating hours nya tak lah rushing sangat.
Masuk je klinik,
benda pertama yang korang akan bau adalah chinese herb. Bau jamu macam mak aku
buat. Hihi... then register both husband & wife. Tak ramai time tuh, ada 3
couples je. N kami datang sharp 4.30pm. Kemudian kami dipanggil oleh Dr Khoo.
Yang ni anak Dr Khoo. Also graduated from China. Macam biasa soalan ditanya
berkaitan kesuburan. Pernah keguguran tak? Pernah buat IUI & IVF tak?
Pernah buat ujian kesuburan tak? Ada blockage time HSG test tak? Macamana ngan
sperm. N dia tulis semua yang kita bagitau kat card tapi dalam tulisan Cina.
Ofkoz la kan? Adui!
Dr Khoo jugak
tunjuk success rate yang direkodkan. Memang agak tebal habaq hang! Malah yang
datang from oversea pun ada. Mostly ada masalah yang lebih teruk dari aku.
Pernah buat IVF, UCSI & IUI. Malah ada yang pernah keguguran. So,
takpelah... jom try!
Tapi takkan la dia
rely dengan verbal je kan? So, few test kena dibuat:
Semen Analysis -
Test ni dia tak buat disitu. Takde facilities I guess. So, dia bagi referral
letter and my hubby kena buat outside guna surat tu. Kena bawak surat tu or
else kena bayar lebih mahal. My hubby perform test ni on 15th September.
Blood Test both my
hubby & aku - darah diambik & hantar kat lab luar.
Urine Test
Scan perut - dorang
caj 10 scan yang pertama, lepas tu free for life. Dr Khoo kata ada 2 telur yang
besar and satu kecik (tak tau ape - dia kena check semasa appointment
seterusnya)
Benda pertama yang
dia bagitau adalah ubat2an dia adalah certified halal. Korang boleh check
certificate kat bawah ni.
Untuk permulaan,
kami dibekalkan ubat untuk seminggu sampai lah appointment akan datang. Ubat2
tu dimakan 2 kali iaitu pagi & malam, selepas meal. Tapi oleh kerana aku
dah menghampiri waktu subur, maka, next appointment adalah pada 14th September
untuk scanning & review kalau2 test2 result kat atas dah keluar.
Oh yea, selain tu
aku kena rekod perubahan temperature badan aku guna alat ni. Setiap hari after
bangun pagi & less pergerakan. Nanti dorang akan rekod kat satu chart ni.
Yang kelakar dorang bagi buku tiga 5 untuk catat suhu tu. Takpela, asalkan
serve the purpose what?
1st appointment ni,
caj nya RM 15++.00 cover semua test diatas, alat pengesan suhu & ubat2an.
Nampak mahal kan? Tapi demi anak kedua! Mari cuba...
*Note : Ubat2 tu
takde specific rasa & ada sikit bau macam pil Chi Kit Teck Aun tapi tak lah
kuat sangat pun. Tiada rase mint macam pil tu. Lepas makan, takde rasa
'memanaskan' badan. No 'pantang' or restriction of food semasa pengambilan ubat
ni.
2nd appointment, on
14th September. Ujian darah dah keluar & Dr. Khoo Mow Song sendiri yang
attend kami. Ujian tu cover banyak elemen termasuk lah thyroid & also
cholesterol. Untuk aku, tak banyak yang dia highlight cuma hemoglobin rendah
tapi tak lah sangat rendah. Thyroid aku pun dah takde. Magic kan? Haha... well,
memang dah takde sejak 9 bulan lepas maaa. Pasal hemoglobin tu, aku ada google
makanan yang boleh increase-kan balik level hemoglobin. Kena makan folic acid.
Yup, aku memang makan sebijik sehari tapi kalau tak cukup, boleh la makan
lebih. Maybe aku akan increase kan 4 biji. Time forum haritu, dorang kata amik
banyak pun takpe sebab itu cuma vitamin. No harm to your body. Makanan yang ada
iron, beetroot & vitamin C. Nampaknya makan buah selalu pun tak cukup la.
Hmm... kena beli dr Shaklee ni.
The rest aku sehat
& doctor kata aku boleh hidup sampai 100 tahun. Hihi... simpan duit babe!
Untuk my hubby
plak, dia kena suspect ada Talasemia. Ape benda Talasemia? Hmm... itu adalah
darah yang berasal dari keturunan. Aku tanye gak ape yang serius? Dia kata
kalau pesakit Talasemia kahwin dengan orang yang juga pengidap talasemia, susah
nak dapat anak & paling teruk kalau pregnant, memang akan keguguran.
Talasemia ni sesuatu yang diturunkan dari generasi. Dia kata takde cara
mengubat. Cuma pesakit ni perlu hindarkan dari berkahwin dengan pesakit
Talasemia kalau nak zuriat. Hmm... Tapi my hubby kena jalani another blood test
untuk memastikan betul dia ada Talasemia sebab blood test sebelum ni cuma
'suspect' dia ada Talasemia je. Huhu... Well, for record selama ni tak pernah
my hubby tau dia ada Talasemia dalam mana2 test. Oleh kerana Talasemia ni ada
kaitan dengan kesuburan, maka kat Golden Gate, memang perlu pastikan samaada
dia betul2 ada Talasemia & kalau betul ada, anak2 dia pun perlu di-check
untuk future precautions.
Hmm... The rest, my
hubby kena take note dengan cholesterol level dia.
Kemudian scan my
perut. Dr Khoo kata dia suspect ovari belah kiri ada PCOS atau Polycystic Ovary
Syndrome. Mende tuh? Cam telur banyak tapi tak matang. Hmm... tapi dia kata too
early untuk summarized kan sebab kena scan time appointment seterusnya.
Okay2... takpe...
N ada few healthy
eggs yang sesuai bersenyawa. Kendian dia sarankan untuk bersama / seks pada 2
malam seterusnya. Hoho...
Untuk 2nd appointment,
kami kena RM 220 (Caj scan RM 60 + RM 160 untuk blood test Talasemia tuh).
Next appointment
17th September. Doktor ni tak cuti kot? Haha...
Appointment ketiga
17th September. Semen Analysis result dah keluar. Maka, memang ternyata
kekurangan kualiti sperm my hubby perlu dirawat. Dr Khoo bukak rekod comparison
dengan pesakit lain. Kiranya walau sperm my hubby tak lah teruk sangat, tapi
still lebih baik dirawat sebab so far takde hasil kan?
And then dia scan
telur aku and kata ada telur yang cantik n ready bersenyawa. So, dia tanda tarikh
yang perlu kami untuk bersama. Ubat baru dibagi untuk my hubby berbentuk
cecair. My hubby kata agak pahit tapi takde la melekat kat mulut. Telan jela.
Aku tengok my hubby sangat positif. Tak kesah pun. Asal dapat hasilnya. Harga
ubat untuk appoinment ketiga RM 360 + RM 60 scan : RM 420.
Appointment keempat
24th September, kami dapat Dr. Khoo Mow Song lagi. Best2. Tapi bukan la anak
dia tak best. Sama aje. Hihi... Dr. Khoo Mow Song ni agak peramah. Couple
sebelum kami tu dah pregnant dalam 6 cycles. Tapi patient tu ada banyak history
cam keguguran, and umur dah 39 tahun. Satu lagi patient tuh dari JB. Travel
sebulan sekali je & guidelines semua through whatsapps. Dasat kan? Aku rase
most patient dorang camtu. Sebab dari oversea pun ada.
So, my hubby cam
yakin dengan treatment dorang. Takpela, tengok lah rezeki kami plak kan?
Then dorang bagitau
pasal my hubby's punya blood test checkup yang berkaitan dengan Talasemia. N
yes, he is the carrier. Well, takpela, takde effect papepun sebab aku takde
Talasemia tu. Tapi nanti anak2 kena amik blood test. Si Yamin kata dia nak amik
test tu umur dia 17-18 tahun. Kelakar. Well, depends on camne aku explain kat
dia aritu. Takde la aku sebut Talasemia. Kang dia tak paham plak kan? Nanti
kena take note untuk checkup darah dia.
My hubby abit down
la pastu. Tapi takpela abang...
Dr. Khoo pun kata
okay je. Jangan give up and be patience.
Total bill RM 420
sekali dengan scan. Sama ubatnya dengan haritu tapi ubat aku ada label 3A &
3B. Tak sure ape bezanya dengan hari tu. Nanti nak tanye balik :) Next
appointment 1st Oct. Aku tak sure 1st cycle ni boleh berjaya pregnant tak...
tapi takpela. Since my hubby tak kisah kan? His money dia cakap... haha!
1st October 2016 -
5th appointment. Ada 2 kenduri sebelum tu. Sampai kat Puchong, Dr Khoo panggil
& scan perut. Dia kata aku cam pregnant sebab lining kat rahim dah menebal
& suruh aku pergi buat ujian air kencing. Aku tanye tak terlalu awal ke?
Dia kata tak... So, air kencing diamik & bagi kat kaunter. My hubby dah tak
sabar. Berdebar2 plak katanya. Aku lak tak rase pape pun tapi nak gak tau kot2
pregnant kan? Hmm...
Tak lama tu, Dr.
Khoo panggil lagi n kata tak dapat detect maybe sebab baru 13 hari from
ovulation day. Dia kata tunggu 2-3 hari. So, untuk harini, charge RM 440 (extra
RM 20 untuk ujian air kencing). Hoho... Balik tu my hubby extra care abes la.
Haha... yela, mana la tau. N then dia excited. Aku kata jangan excited sangat.
Memang beberapa hari tu aku rase cam lain macam. Cramp kat kaki lebih teruk dr
selalu. Then sengugut plus breast rase bengkak. Huhu...
On the way balik
kg, sangat la sakit sengugut dalam kereta. Selalu aku da amik panadol da. Tapi
tak... Ahad tu, kami gi Kajang, aku pun rase sengugut n cramp kat bahagian
kaki. Tahan jela kan? Kebetulan ari Isnin cuti Awal Muharam, tengok2 period
plak... memula sikit and my hubby kata maybe spotting. Then aku mintak my hubby
beli alat mengesan kehamilan tu and usap perut kata if ada baby dalam perut
mama, tunjukkan la... but then, keluar period sebanyak2nya... huhu... sian my
hubby. Dia dah mengharap sangat.
Bila dipikir2
balik, ada perbezaan time period ni dengan period yang lepas.
Pertama,
sengugutnya lain macam. Selalu aku sengugut sikit2 je. Sengugut kali ni kalau
nak dibandingkan nisbah, dalam nisbah 1 ke 7 ok? Pastu agak lama. Aku tak
pernah sampai breast tegang. Tu yang aku teragak yang aku pregnant. Hmm...
orang kata kelainan camni memang selalu buat orang salah paham kan?
Kedua, darahnya
agak pekat merah. Selalu tak camtu. N then kali ni memang banyak especially
untuk hari pertama & kedua. My mom kata maybe nak buang yang kotor2. Kesan
ubat herba tu. N my mom kata, baru cuba, takkan nak expect result dengan cepat
kan? Betul gak... Then my mom kata try minum susu kambing ngan madu ke per tah
sebab my sister in law try and dia tengah mengandung sekarang. Nak tanye segan.
Takpela, nanti google. Ikhtiar la mana boleh kan?
So, sabar la.
Tunggu next cycle plak.