Lama tak review
restoran makanan Korea. Actually da tak banyak yang baru aku try. So tetibe
rase nak makan K-Food. Dan-dan da gaji & terasa nak belanja my hubby n
Yamin.
Google punya
google, terjumpa restaurant B-Station yang terletak kat Korea Town, Ampang. Log
in Facebook, tapi cam lama tak update. Hmm... ada lagi ke kedai ni? Try and
error. Maka kami pun g Ampang on Saturday (26th Nov 2016).
Sesampai kat sana,
yes, kedai tu masih wujud. Hihi... Nampak dari luar, kedai tu tak banyak beza
dengan kedai yang bersebelahannya. Tapi bila masuk, waaa.... comel nyer kedai
tu! Dari segi decor nya memang sweet. Kebanyakkan nya dr benda warna putih. Ada
banyak dolls, bersih and selesa lah! Macam rumah je... but nice. Ada bau jjigae
semasa masuk. Memang kedai Korea la kan?
Menunya tak interaktif
sangat. Gambar nya tak menarik. Tapi kalau korang peminat makanan Korea, mesti
tau ape nak makan kan? Ikut cuaca sekarang yang agak sejuk, memang la aku nak
try Samgaetang. Ayam yang direbus dengan herba2 plus nasi disumbat kat dalam
perut ayam tu... tapi aku taknak makan nasi. Huhu...
Belek punya belek,
aku ternampak Bibim Naemyeon... actually aku selalu nampak kat rancangan Korea
tapi aku tak pernah try. Aku order ni. Ini memang menu simple cam bibimbap.
Cuma bezanya bibimbap adalah nasi yang dicampur. Ini Naemyeon tu dicampur ngan
sos campuran nya plus ngan sayur2 segar & radish pickles. Ada telur gak
tau. Mee tu adalah mee kanji. Huhu... aduhai layan jela kalori yang ada ni. N
rasa Bibim Naemyeon ni seperti yang aku jangka and sedap walau tanpa daging.
Harga aku malas nak pikir tapi portion dia memang terbaik lah. RM 19.50
semangkuk ala carte. Tapi takde la set. Kalau ada bagus kan? Boleh cadangkan
ni.
My hubby order
Spicy Beef Soup - ala2 Soondubu Jjigae tanpa Dubu... Hoho... Tengok la meriah
nya banchan yang dorang bagi ni. And banchan ni semua boleh refill. Aku tak
sure whether boleh refill banyak kali tapi kitorang refill sekali jela. My
hubby hirup soup nya sebab sedap. Aku sebab da selalu makan, malas nak try. Cam
tak cukup je my hubby makan. Harga Spicy Beef Soup ni RM 22.00
Oleh kerana aku
takde makan daging, aku order Korean Fried Chicken. Lalala... memang aku
sangat2 nak try camne sedap tak ayam tersebut. Harganya RM 22.50. Bahagian ayam
tu mostly wings ngan part yang berdaging. Aku tak dapat pastikan ape yang
istimewanya ayam tu. Hoho... sebab aku rase Kyochon punya lagi sedap. Haha...
sori... tulus dan ikhlas ni. Cuma aku nak puji ayam B-Station ni lebih besar
banding Kyochon. Pedas tak? Errr.... tak! Can I say more to.... makan ayam
masak merah yang budak2 boleh makan...
Selain tu, kami
order gak Haemul Pajeon... oppps... itu nama Koreanya. Nama dalam menu Seafood
Pancake. Sedap!!! Seafoodnya fresh and ada rase makan kat Korea. Lain kali
kalau time aku giler, aku datang situ makan ni je ok? Sangat la sedap. Actually
yang ni sampai and habis dulu. Haha... lain kali nak try Pajeon jenis lain
plak.... harga Haemul Pajeon ni RM 18.50
My anak memang
lidah Western arini. Dia order Jumbo Sausage Set. Dalam set tu ada homemade
sausage, whipped potato, fried eggs... aku try sausage nyer. Memang not bad!
Boleh la bawak anak2 korang yang tak makan Korean food kesini... RM 18.80
sepinggan...
Selain tu nak
highlight B-station tidak menggunakan MSG ya people! Plus ice pun buat guna
Korea ice maker. Selain tu, aku rase ada satu wording yang ditampal kat dinding
'No Wifi, talk among yourself'. Haha... sape makan cili, dia rase pedas!
Total bil + GST +
Service Charge : RM 129.20
Kalau korang nak
datang sini, boleh la g alamat ni:
B-Station
C14-1, Jalan Ampang
Utama 1/1
Taman Ampang Utama,
68000, Selangor
Kedainya agak
tersorok sket tau. Kena tengok signboard sebelum jumpa.
Yes, lama tak makan
kedai Korea yang sedap.
Well, aku tak
nampak sijil Halal kat kedai ni. Tak abes pusing hokey? Tapi lesen perniagaan
nama orang Melayu and dalam menu takde 'pork' and soju.
No comments:
Post a Comment