Thursday, 13 October 2016

Restoran Warisan @ Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Hish, banyak giler restoran aku try tapi selalu malas nak update kat blog. Last2 gambar yang aku kumpul memang berkepuk2 la dalam hp. Huhu... 

Last weekend, Ahad, my hubby kata teringin nak g Muar makan asam pedas. Tapi dia bagitau dalam kol 10.30am. So, kami bergerak dari rumah 11.45am tapi oleh kerana weekend, jalan cam banyak kereta. Kol 1pm baru sampai area Seremban. Perut pun lapar. 

So, aku kata why not kita try makan kat restoran yang Sari Yanti pergi. Nampak kat TV cam menarik je. Bila googled, nama restoran tu Restoran Warisan kat Kuala Pilah. Tengok waze cuma 30 min je dari Seremban. 

Sebenarnya, aku pun tak tau la betul ke Restoran Warisan ni restoran yang Sari Yanti pergi. Sebab tengok iklan je kan? Bila sampai, aku yakin bukan restoran ni yang dia pergi. Satu sebab tak nampak pun itik yang digantung2 bagai. Kalau korang tau restoran mana dia pergi, tolong comment ek?
Masuk2 parking, nampak gah la dengan rekabentuk ala2 istana. Bila sampai, nampak cam tempat tu tak di maintain. Sayang sebab layout dah cantik kan? Restoran ni terletak depan Istana Seri Menanti. Senang nak cari.

Turun dari kereta & cari meja. Tengok2 my son tertarik ngan kuda2 yang ditempatkan kat bawah. Sawah padi subur & pemandangan area kampung. Angin yang sepoi2 memang best la... Suasana dah okey da... Tapi kebersihan restoran ni bukan tip top ye? Singki untuk basuh tangan pun tersumbat. Kalau upgrade sket, dah ok sangat la...









Okey, oleh kerana perut lapar n my hubby okey je ngan makan daging salai, terus order. Menu dia simple je... takde bergambar sangat. So, order daging salai masak lomak cili api, ikan keli masak cili padi, burung puyuh masak cili hijau, sup cendawan & ulam2. Air cuma limau suam + limau ais je for my hubby.

My son seronok bermain2 kat padang. Masih boleh diperhatikan tapi agak jauh. Jadi kami pindah meja. Tak lama tu makanan tu sampai. 

1st impression, dari pandangan mata la kan... aku rase biasa2 je. Takde yang menarik. Makanan2 esp ikan keli & burung puyuh agak berminyak. Tapi maybe itu style masakan orang Negeri Sembilan kot. I am expecting rasa pedas sebab cili2 tersebut nampak menyelerakan. My husband aku kata pedas tapi aku nyer lidah tak sama level. Aku rase sedap tapi tak pedas. 








Dari segi portion, agak kecil tapi cukup lah untuk 2-3 orang makan. Camne pun sup cendawan nya banyak isi. Aku ada perasan meja lain order ketam. Cam sedap je. Haha... lain kali boleh try. 

Time nak bayar ek? Yang ni paling tak gemar sebab kami kena tunggu 15 minutes tanpa orang entertain depan kaunter okeh? Pekerja ramai tapi asek kata kejap bang... kejap bang... geram plak. 

Total bil RM 59.50. Aku rase agak murah. Ye ke? Haha... ntah... tapi murah la. My hubby pun terkejut sebab rase burung puyuh tu agak mustahil la dicaj cuma RM 15 sebab ada 3 ekor dalam tu... hoho... alhamdulillah la kan? Rezeki kami jalan jauh. 

Overall perasaan, aku rase takde la sampai rase nak kembali lagi ke situ untuk makan. Kita try tempat lain plak ek? 



No comments:

Post a Comment