Thursday, 19 November 2015

Anniversary ke Tujuh

Haha... ini sangat la post tertangguh. Minggu ni tak busy sangat, tapi biasa la kan... nak bukak blog kene pusing tengok kanan kiri. Especially kat tempat keje. 

Minggu lepas, adalah hari anniversary perkahwinan kami yang ke 7. Mcm post sebelum ni, aku merajuk ngan my hubby pasal benda2 'kecik' yang diperbesarkan. Hoho... Khamis n Jumaat tu, wassap dia memang tidak dilayan la kan. And ari Jumaat lepas, my hubby ajak g Port Dickson. Aku tak ingat nama hotel tu tapi 5 Star Hotel. Look people! My hubby memang sukaaa sangat PD. Aku pun tak tau nape. Tapi cam biasa wassap tak dilayan. Haha...

Balik dari keje tu, dia wassap lagi kata tukar plan. Nak gi Penang. Haa... kalau Penang tu okay sikit. Tapi aku memang macam malas nak gi sebab cuma 2 hari je kan? Penat atas jalan jela. 

Kat rumah, my hubby kata esok gi awal pagi. And aku straight away kata, no... I dont wanna go & dont want to celebrate. Dia tanye nape taknak? Well, aku cakap la ape yang berubah pun. 7 tahun kawen pun sama gak perangai. Geram btol aku. Asek aku je yang nak kene paham dia, dia tak penah paham aku.

Then dia tanye abes nak gi mana? Aku cakap takyah celebrate n dok umah je. Ari Sabtu, aku basuh baju n sidai. Then sapu2 sikit rumah. Lepas tu ngadap kdrama Valid Love. Cam sama je couple tu ngan aku. Kawen 7 tahun n anniversary 15th Nov. Sangat la kebetulan. 

My hubby ajak kuar makan. Aku kata tapau je. Gila malas nak kuar. End up dia gi beli asam pedas je. Aku memang jarang mkn lunch bila dok memerap tak buatpe kat rumah. Then dia cam muka stress n cakap dinner kena keluar. Oh.... sorry la kan? Memang aku taknak la... 

Pastu tetibe kuar idea nakal. Aku ada beli baju yang kononnya nak pakai time sambut anniversary tapi malangnya tudung yang aku beli tu cam tak sesuai je ngan baju tu. And oleh kerana aku rase cam takde je harapan nak kuar, n aku pun malas nak kuar... aku gatal bagi task kat my hubby utk gi belikan tudung yang sesuai untuk baju tersebut. Lupa pulak nak cakap bajet RM 50 je. End up dia balik rumah bawak 2 beg tudung Ariani Exclusive ko... Huhu... tengok batu pun bole agak berapa ratus. Sentap. Bukan tak happy, tapi kan cam membazir.... huhu... dia boleh cakap lagi. Sesekali utk isteri. Lagipun kalau dia bwak aku gi n suruh aku pilih, xde harapan la aku nak pilih kan? 

Tapi still.... sayang...nya duit itew...

So dinner, plan nak gi makan kat Khuntai. Oleh kerana hujan da turun, aku suggest makan Char Kuey Teow je. Mahal kot makan kat Khuntai. Da la my hubby da berhabis beli Ariani. 

Balik dr dinner, my hubby bagi anniversary gift. Yang ni lagi la aku nak pengsan. Pandora charm... memang la aku teringin nak beli aritu tapi aku telah melupakan hasrat sebab harganya yang boleh beli benda lain. My hubby beli pakej. Memula dia tak bagitau berapa, and later dia bagitau RM 1278. Pengsan jap... then aku rase bersalah sebab aku takde belikan dia pape pun. Aku plan nak bagi RM 500 je untuk dia utk beli barang yang dia nak. Aku masih teringat time aku belikan dia perfume time birthday last year. Muka dia tak happy. Sian tau! Baik aku beli benda yang dia nak beli. 

Again... sayangnya duit beli Pandora tersebut. N aku tak sangka rupanya beads Pandora sangat la gedabak kat tangan aku





Ahad, aku tanye hubby nak beli ape utk dia. Dia kata nak baju je. We went to Ikano Power Center n grabs few baju. Alhamdulillah Yamin berperangai baik arini. Tahniah. Haha... Lunch tu, kitaorang makan kat Absolute Thai. Boleh kata dah berbaik ngan my hubby. Haha... bukan sebab hadiah tau! 

Hari Isnin haritu, aku gi belikan my hubby wallet. Yup, boleh kata aku amik half day sebab nak belikan dia gift. Kaufmann nyer wallet tak mahal sangat... for me affordable. Aku jatuh chenta ngan satu briefcase ni, memang cantik.... maybe next time boleh beli :D



Note :
Masih terase sayangnya duit tu... 


No comments:

Post a Comment