Tuesday, 29 April 2014

New Workstation

Last week Thursday, aku berpindah ke meja baru kat opis. Role aku pon da laen. Malangnya, keje sekarang ‘sangat’ sebuk sampai aku ada masa yang banyak untuk rasa nak tido. Huhu… macam nak bagitau bos aku yang aku nak keje lain, boleh?

N the most tragic thing is that, meja baru dekat dengan toilet, pantry & Photostat machine! Super tragic I tell you. So, I’m not moving la kot. Huhu… have to be careful with what I eat la nampaknya. If not, I’ll getting fatter.

For the rest of 3 days, cuma ada few job je aku kene buat. Hampir ‘mati’ kelemasan je. But if I tell my bos, mesti dia kata aku cuma buat keje tuh tak sampai seminggu lagi. Mengharap esok adalah lebih busy dari biasa… sigh! Terase cuma pada tang month end closing. So arini confirm aku kene balik lambat la kan? Tidak ngape… haha…

Pagi tadi aku terpacak kat opis kol 6.45am, sangat la bersemangat kan?

 

 

 

 

 

 

Monday, 21 April 2014

Birth Secret




Cast :
Yu Jun Sang – Hong Gyung Doo
Sung Yu Ri – Jung Ji Hyun
Kal So Won – Hong Hae Deum
Lee Jin – Lee Sun Young
Kim Yong Kwang – Park Soo Chang

Plot:
Mengisahkan Ji Hyun yang berumur 18 tahun. Bersekolah disekolah golongan elit tetapi berasal dari keluarga yang miskin. Ji Hyun budak yang bijak dan mempunyai ingatan fotogenik – yang boleh mengingati semua dengan sekali imbas. Ibunya meninggal kerana kanser dan dia menerima kejutan mengenai siapa ayahnya – seorang professor university yang juga mempunyai kebolehan yang sama.

Ketika kesedihan dengan kehilangan ibunya & kemunculan ayahnya, Ji Hyun pulang untuk memindahkan barang dan tertido. Apabila dia bangun, dia telah berusia 28 tahun, berpakaian kolot & mendapati dia telah payudaranya penuh susu (seakan baru melahirkan anak). Dia cuba mengingatkan kembali memori lepas tetapi ingatan terakhirnya adalah sebelum tidur dirumah ibunya.

Dengan kepandaian dia, dia mendapati yang Kumpulan Yega telah memasukkan duit ke akaunnya setiap bulan dan mula mengkaji kaitannya dengan kumpulan tersebut dan mendapati dia adalah anak saudara kepada presiden kumpulan Yega. Malah dia duduk bersama keluarga pakciknya itu. Lebih memeningkan, dia dikhabarkan menghilangkan diri dari keluarga tersebut setahun yang lepas. Hmm… malah dia tidak mempunyai apa2 memori setahun yang lepas.

Disatu tempat di Chungju, kelihatan seorang lelaki dan bayi perempuan yang risau dengan kehilangan isterinya. Gyung Doo adalah seorang peniaga dumpling dan seorang yang lurus.

8 tahun berlalu dan Gyung Doo telah membesarkan Hae Deum yang juga mempunyai kebolehan ingatan fotogenik. Hoho… Yi Hyun telah muncul didalam berita ketika berada di Chungju dan Gyung Doo yang kebetulan menonton berita itu telah pergi ke lokasi tempat Yi Hyun berada. Yi Hyun telah kembali ke Seoul kerana berlaku kecemasan di rumah.

Gyung Doo mula mencari maklumat dan mendapati yang Yi Hyun bekerja dengan Kumpulan Yega.

Yi Hyun tidak mengingati Gyung Doo langsung tetapi terdetik untuk mengetahui kenapa & bagaimana dia boleh bersama dengan Gyung Doo yang dilihatnya sebagai ‘loser’. Dia bertemu dengan pakar dan mula mengingati satu persatu. Adakah hakikat yang perlu ditelannya pahit?

Tengoklah drama ni… sgt worth watching!

 

Tuesday, 15 April 2014

Weekend 12/4 - 14/4/2014

Lama kan aku tak citer pasal weekend aku? Well, sebab banyak melepak kat rumah je, so, aku malas nak citer. Simple & short je. Hoho…

Start last Thursday, aku tak sehat. Demam, selsema & batuk. Aku tak tau punca sebenar, tapi tengahari hari Khamis, aku lunch kat Mydin Subang Jaya & makan kat Nasi Kandar. Makan nasi campur je. Aku mintak sikit kuah kari ayam, tapi mamak tu tuang kari kambing. Huhu…. N u know la ngan cuaca yang panas telah menyebabkan aku demam plus ngan kari kambing tersebut. Well, kambing is not my favorite food to be honest. Last choice. Baik aku makan ikan je… huhu…

Aku tak amik MC walau tak larat. Lately, aku rase ubat tiriod tuh sedikit telah mengembalikan aku ke zaman dulu. Zaman kegemilangan yang chomel. Dimasa aku sangat sehat & sangat cekal. Huhu… konon la kan?

Jumaat petang, as plan, aku nak balik sharp. 4.30 petang! Yes…! Dan aku telah mengumpan ‘kucing kecoh’ yang berdekatan pintu keluar dengan donut. Haha… sebab asal aku nak balik je, dia kepoh satu opis. Da la suara dia kuat hokey?

N aku telah Berjaya kuar sharp 4.30 petang sambil tergelak2… haha…nakal tak?

Actually ada sebab nape aku nak balik awal. Aku nak g kedai spare part kawan aku untuk beli absorber. Huhu… absorber keta aku sangat lama, da sesuai jadi tukun hokey? After beli, aku terus pasang kat bengkel berdekatan. Total cost RM 340, tapi belum settle lagi. Nak kene buat alignment. Huhu… then aku g cari kedai tayar plak. Dengan badan yang panas, tapi mostly kedai da tutup sebab da kol 7. So, aku decided singgah kat pasar malam & nak balik tido.

Balik tuh, aku ternaik suara sikit ngan my hubby. Tak baik kan? Rase bersalah plak. Ni mesti virus dalam otak aku yang menghasut. Huhu…Saya yang jahat… mesti my hubby terkejut giler. Abes mandi & makan jagung rebus, aku tido la ape lagi. Kejap je & bangun… time tuh baru kol 4am kot. Aku basuh tudung & few baju guna tangan, n pilih baju yang nak dibawak esok. Then melayan Inspiring Generation episode ke 22. Minggu depan last la kan? Huhu… banyak nya drama yang belum aku blog-kan. Tambah ngan 3 Days, Full Sun & 14 Days : God Gift… pening2.

Bersiap untuk balik kampong kol 9am. Aku masih belum sehat lagi. Huhu… tapi aku telan ubat & rehat dalam keta. Sampai dalam 10.30am++. Kat rumah ibu mertuaku sangat ramai orang. Pengantin pon kat situ. Lepas bersalam2, aku duduk kat tepi tuh je. Huhu… memang tak larat. Pengantin bersiap ke rumah pengantin lelaki kol 1.30pm++, n aku tak ikot sebab tak larat. My hubby & Yamin ikot.

Kol almost 3pm, kitaorang terus bertolak ke Lumut. Most on the way, aku tido ngan bahagianyer. Memang tak larat. Last2 sampai Lumut da kol 5++pm. Releks kejap kat Orient Star, Lumut. Hotel ni okay, tapi maybe sebab hotel lama, so most facility da agak tua la… huhu… ada sikit rasa tak berbaloi menginap disini. Huhu…

Malam, is the most upset & sad moment. Haha… camne ek nak mula?

Memula my hubby search tempat makan yang kitaorang boleh makan kat Lumut & he found out one place which is call Medan Ikan Bakar Lumut kot nama nya. Mengikut testimony si blogger, tempat tuh best & makanan nyer sedap. So, kami memulakan perjalanan kesana. Sampai je, aku da ada bad feeling. Dari luar, design restorannya cam restoran tepi laut yang biasa. Kalau nak banding ngan Tanjung Harapan memang tak boleh lawan la.

Bila masuk je, ati lagi bertambah tak best sebab kedainya da la buruk, kotor lak tuh. Ai… ikan2 nyer ada 3 jenis je kot. Sotong & udang memang nampak lembik n tak fresh. Tapi sebab no idea nak makan katne, aku ikut jela cadangan my hubby. Medan Ikan Bakar Lumut tak serve ayam & daging. Seafood je ok?
 

 

 
 
 
 
So, kitaorang order sotong goreng tepung, ikan jenahak masak 3 rasa, kerang rebus & kalian belacan. Air tembikai satu jag. Bila sampai, begini la rupa masakan tadi. Ape yang aku boleh komen, seperti dibawah. Malas nak tulis panjang2.

Sotong goreng tepung – tepung nya sama macam tepung cempedak goreng tepi jalan. Keras hokey? Even Yamin yang ‘hantu’ sotong tepung pun tak suka.

 
 

Ikan jenahak 3 rasa, memang ikan tuh fresh. Tapi masakan 3 rasa tuh takde rasa. Tawar & kureng je.

 
 

Kerang rebus, tawar – macam garam nyer habis. Paling tragis, kerang nyer tak fresh. Yamin pon berhenti makan selepas beberapa bijik je.
 
 

 

Kailan belacan yang kitaorang order jadi kangkung belacan. Yang ni, even aku pon boleh masak. Biasa je rasanya.

 

So, inilah yang membuat aku upset & marah. Banyak giler makanan yang tak habes! Memang tak boleh makan. Komen2 kat atas ni dari my hubby sebab dia sehat. Nanti aku bagi komen lebih kata aku bias plak sebab aku tak sehat. Huhu…

 
 
 

 
Balik hotel & berehat… sangat tak berpuas ati ngan dinner.

Esoknya, aku bangun 6.30am. Kol 7.30am, kitaorang turun breakfast. Hmmm… ni satu lagi. Nama je hotel tapi standard makanan tak macam hotel pon. Malas nak komen lebih2.

Abes makan, bawak Yamin mandi kat pool sampai la kol 10.30am.

Rest kat bilik & check out kol 12pm. Berhenti kat Pemborong Jamilah yang jual makanan hasil laut. Aku tak shopping untuk orang lain, beli untuk rumah & mak je. Lepas tuh, kitaorang g lunch kat satu restoran yang dipanggil Lauk-Lauk kat area Lumut. Makan nasi campur je. Oleh kerana aku tak sehat, makanan pon rase biasa2 je. Huhu…Kalau korang terase nak try, boleh la… banyak lauk gak, tapi harga bukan la murah gak ok? Aku makan nasi putih suku, sayur cendawan, sambal udang, air milo + my hubby amik ikan patin goreng, sayur taugeh, telur masih, air anggur. Semua sekali RM 16.40. standard aku nyer makanan rasenya RM 5 je kat KL. No komen…


 
 
 
 
 
 
Balik tuh, my hubby terus g bengkel untuk buat alignment keta aku. Aku masak daging black pepper. Lately kalau masak je, mesti sedikit masin. Huhu… kene merajinkan diri masak lagi.

Kol 8, aku kuar jap. Beli ice-cream. Takde mood nak beli kek. Tapi knowing me yang takde tangan berseni, so, hasil hiasan pun biase2 jela. Buruk ade la… haha… time bagi hadiah ni, my hubby cam tak happy je. Nape tah L lain kali aku bagi duit jela. Huhu…



 
 
 
 
Happy birthday to my hubby, semoga jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Da 33 tahun, perangai kene ubah jadi lebih baik la nampaknya. Huhu… makin tua da kita ni.

Itu jela weekend aku…

Sunday, 13 April 2014

Zitten - Whale

I’m sooo in love with Full Sun a.k.a Beyond the Clouds sekarang. Jalan cerita nyer boleh diagak tapi perasaan & mood setiap kali watak hero & heroin berjumpa adalah sesuatu yang susah digambarkan… sweet & lovely walaupun dalam kesedihan. Sangat berkesan watak Yoon Kye Sang & Han Ji Hye. Love you both!

And I’m sooooooooooo in love with the OST! Whale by Zitten… sangat2 sesuai dengan drama ni hokey? Best2….

Zitten – Whale

On days when my heart can’t contain myself
When it takes me to deeper places
With a beautiful image that once made me cry
You come to me in my dreams tonight

What do you want to me to say now?
What kind of heart are you expecting?
Even if you’re grown faint to me now
There is a path that I need to take
You are nothing
Your back is disappearing from me now

When nighttime falls on the floor of the ocean
The deep water pressure presses down on me
With names you used to call me in the past memories
You come to me in my dreams tonight

 

Sunday, 6 April 2014

Simple but Not Short

Rabu last week, aku amik MC untuk check darah. Haha… keji kan? Well, memang busy & tiring weeks, so aku dapat MC & g berjalan2 ke Midvalley. Yeah! Plan nak cari my hubby’s birthday present. 

Sesampai kat Midvalley, aku terus g GSC & beli tiket wayang. Citer Captain America : The Winter Soldier & Need for Speed. Budak GSC tuh siap ngusik lagi konon aku belum cukup 18 nak tengok citer tuh. Ntahpape… agak2 la… da 14 tahun lepas aku berumur 18, hokey, adik?

Then mencari hadiah En. Hubby. Well, takkan nak bagitau disini kan? Tunggu la after 14hb nanti. Yang penting nyer, aku da bankrap sampai la minggu ini. Huhu… sangat tragis! Walaupun hadiah yang aku beli tuh bukan la seberapa. Huhu… Abes je menengok wayang, aku balik rumah… sampai kol 6pm.

My hubby sedang me-repair singki yang tersumbat. Dia balik awal sebenarnya, badan tak sehat. Tapi singki tuh sangat mengambik masa untuk di-repair. So, dia postpone plan ke ujung minggu. Aku terpaksa membasuh pinggan dalam bilik air. Terase seakan hidup disetinggan plak. Huhu…

So, ujung minggu lepas tak ke mana… Aku tido umah mak ngan Yamin last Saturday night & menanam pokok cili pagi Sabtu tuh. Hmm… sangat sesuai kalau nak tanam2 sayur sekarang sebab asal petang je ujan. So, takyah siram..Sabtu petang, teman En. Hubby g survey jam baru. FYI, jam Swatch dia hilang n paling tragis dalam toilet kat Terengganu nun! Takpe la lagi sebab jam tuh dia da guna 2-3 tahun kot. Aku pernah belikan jam Seiko untuk his birthday, n dia tinggalkan time cuci tangan kat Pizza Hut. Memang da kene sapu la ngan orang kan? N guess what?? Dia baru pakai 2 minggu je jam tuh! Terbang RM 680 aku. Sebaik aku tak beli jam untuk dia tahun ni. Huhu…  
 
Sangat risau sebab banyak bunyik kuar dari kereta kesayangan aku. Ujung minggu ni nak tukar absorber. Pastu nak simpan duit untuk tukar tayar kereta baru, pasang tinted, tukar karpet & tukar sofa keta depan. Harap Allah permudahkan... Amin...