Tuesday, 15 April 2014

Weekend 12/4 - 14/4/2014

Lama kan aku tak citer pasal weekend aku? Well, sebab banyak melepak kat rumah je, so, aku malas nak citer. Simple & short je. Hoho…

Start last Thursday, aku tak sehat. Demam, selsema & batuk. Aku tak tau punca sebenar, tapi tengahari hari Khamis, aku lunch kat Mydin Subang Jaya & makan kat Nasi Kandar. Makan nasi campur je. Aku mintak sikit kuah kari ayam, tapi mamak tu tuang kari kambing. Huhu…. N u know la ngan cuaca yang panas telah menyebabkan aku demam plus ngan kari kambing tersebut. Well, kambing is not my favorite food to be honest. Last choice. Baik aku makan ikan je… huhu…

Aku tak amik MC walau tak larat. Lately, aku rase ubat tiriod tuh sedikit telah mengembalikan aku ke zaman dulu. Zaman kegemilangan yang chomel. Dimasa aku sangat sehat & sangat cekal. Huhu… konon la kan?

Jumaat petang, as plan, aku nak balik sharp. 4.30 petang! Yes…! Dan aku telah mengumpan ‘kucing kecoh’ yang berdekatan pintu keluar dengan donut. Haha… sebab asal aku nak balik je, dia kepoh satu opis. Da la suara dia kuat hokey?

N aku telah Berjaya kuar sharp 4.30 petang sambil tergelak2… haha…nakal tak?

Actually ada sebab nape aku nak balik awal. Aku nak g kedai spare part kawan aku untuk beli absorber. Huhu… absorber keta aku sangat lama, da sesuai jadi tukun hokey? After beli, aku terus pasang kat bengkel berdekatan. Total cost RM 340, tapi belum settle lagi. Nak kene buat alignment. Huhu… then aku g cari kedai tayar plak. Dengan badan yang panas, tapi mostly kedai da tutup sebab da kol 7. So, aku decided singgah kat pasar malam & nak balik tido.

Balik tuh, aku ternaik suara sikit ngan my hubby. Tak baik kan? Rase bersalah plak. Ni mesti virus dalam otak aku yang menghasut. Huhu…Saya yang jahat… mesti my hubby terkejut giler. Abes mandi & makan jagung rebus, aku tido la ape lagi. Kejap je & bangun… time tuh baru kol 4am kot. Aku basuh tudung & few baju guna tangan, n pilih baju yang nak dibawak esok. Then melayan Inspiring Generation episode ke 22. Minggu depan last la kan? Huhu… banyak nya drama yang belum aku blog-kan. Tambah ngan 3 Days, Full Sun & 14 Days : God Gift… pening2.

Bersiap untuk balik kampong kol 9am. Aku masih belum sehat lagi. Huhu… tapi aku telan ubat & rehat dalam keta. Sampai dalam 10.30am++. Kat rumah ibu mertuaku sangat ramai orang. Pengantin pon kat situ. Lepas bersalam2, aku duduk kat tepi tuh je. Huhu… memang tak larat. Pengantin bersiap ke rumah pengantin lelaki kol 1.30pm++, n aku tak ikot sebab tak larat. My hubby & Yamin ikot.

Kol almost 3pm, kitaorang terus bertolak ke Lumut. Most on the way, aku tido ngan bahagianyer. Memang tak larat. Last2 sampai Lumut da kol 5++pm. Releks kejap kat Orient Star, Lumut. Hotel ni okay, tapi maybe sebab hotel lama, so most facility da agak tua la… huhu… ada sikit rasa tak berbaloi menginap disini. Huhu…

Malam, is the most upset & sad moment. Haha… camne ek nak mula?

Memula my hubby search tempat makan yang kitaorang boleh makan kat Lumut & he found out one place which is call Medan Ikan Bakar Lumut kot nama nya. Mengikut testimony si blogger, tempat tuh best & makanan nyer sedap. So, kami memulakan perjalanan kesana. Sampai je, aku da ada bad feeling. Dari luar, design restorannya cam restoran tepi laut yang biasa. Kalau nak banding ngan Tanjung Harapan memang tak boleh lawan la.

Bila masuk je, ati lagi bertambah tak best sebab kedainya da la buruk, kotor lak tuh. Ai… ikan2 nyer ada 3 jenis je kot. Sotong & udang memang nampak lembik n tak fresh. Tapi sebab no idea nak makan katne, aku ikut jela cadangan my hubby. Medan Ikan Bakar Lumut tak serve ayam & daging. Seafood je ok?
 

 

 
 
 
 
So, kitaorang order sotong goreng tepung, ikan jenahak masak 3 rasa, kerang rebus & kalian belacan. Air tembikai satu jag. Bila sampai, begini la rupa masakan tadi. Ape yang aku boleh komen, seperti dibawah. Malas nak tulis panjang2.

Sotong goreng tepung – tepung nya sama macam tepung cempedak goreng tepi jalan. Keras hokey? Even Yamin yang ‘hantu’ sotong tepung pun tak suka.

 
 

Ikan jenahak 3 rasa, memang ikan tuh fresh. Tapi masakan 3 rasa tuh takde rasa. Tawar & kureng je.

 
 

Kerang rebus, tawar – macam garam nyer habis. Paling tragis, kerang nyer tak fresh. Yamin pon berhenti makan selepas beberapa bijik je.
 
 

 

Kailan belacan yang kitaorang order jadi kangkung belacan. Yang ni, even aku pon boleh masak. Biasa je rasanya.

 

So, inilah yang membuat aku upset & marah. Banyak giler makanan yang tak habes! Memang tak boleh makan. Komen2 kat atas ni dari my hubby sebab dia sehat. Nanti aku bagi komen lebih kata aku bias plak sebab aku tak sehat. Huhu…

 
 
 

 
Balik hotel & berehat… sangat tak berpuas ati ngan dinner.

Esoknya, aku bangun 6.30am. Kol 7.30am, kitaorang turun breakfast. Hmmm… ni satu lagi. Nama je hotel tapi standard makanan tak macam hotel pon. Malas nak komen lebih2.

Abes makan, bawak Yamin mandi kat pool sampai la kol 10.30am.

Rest kat bilik & check out kol 12pm. Berhenti kat Pemborong Jamilah yang jual makanan hasil laut. Aku tak shopping untuk orang lain, beli untuk rumah & mak je. Lepas tuh, kitaorang g lunch kat satu restoran yang dipanggil Lauk-Lauk kat area Lumut. Makan nasi campur je. Oleh kerana aku tak sehat, makanan pon rase biasa2 je. Huhu…Kalau korang terase nak try, boleh la… banyak lauk gak, tapi harga bukan la murah gak ok? Aku makan nasi putih suku, sayur cendawan, sambal udang, air milo + my hubby amik ikan patin goreng, sayur taugeh, telur masih, air anggur. Semua sekali RM 16.40. standard aku nyer makanan rasenya RM 5 je kat KL. No komen…


 
 
 
 
 
 
Balik tuh, my hubby terus g bengkel untuk buat alignment keta aku. Aku masak daging black pepper. Lately kalau masak je, mesti sedikit masin. Huhu… kene merajinkan diri masak lagi.

Kol 8, aku kuar jap. Beli ice-cream. Takde mood nak beli kek. Tapi knowing me yang takde tangan berseni, so, hasil hiasan pun biase2 jela. Buruk ade la… haha… time bagi hadiah ni, my hubby cam tak happy je. Nape tah L lain kali aku bagi duit jela. Huhu…



 
 
 
 
Happy birthday to my hubby, semoga jadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Da 33 tahun, perangai kene ubah jadi lebih baik la nampaknya. Huhu… makin tua da kita ni.

Itu jela weekend aku…

No comments:

Post a Comment