Cast
:
Yu
Jun Sang – Hong Gyung DooSung Yu Ri – Jung Ji Hyun
Kal So Won – Hong Hae Deum
Lee Jin – Lee Sun Young
Kim Yong Kwang – Park Soo Chang
Plot:
Mengisahkan
Ji Hyun yang berumur 18 tahun. Bersekolah disekolah golongan elit tetapi
berasal dari keluarga yang miskin. Ji Hyun budak yang bijak dan mempunyai
ingatan fotogenik – yang boleh mengingati semua dengan sekali imbas. Ibunya
meninggal kerana kanser dan dia menerima kejutan mengenai siapa ayahnya –
seorang professor university yang juga mempunyai kebolehan yang sama.
Ketika
kesedihan dengan kehilangan ibunya & kemunculan ayahnya, Ji Hyun pulang untuk
memindahkan barang dan tertido. Apabila dia bangun, dia telah berusia 28 tahun,
berpakaian kolot & mendapati dia telah payudaranya penuh susu (seakan baru
melahirkan anak). Dia cuba mengingatkan kembali memori lepas tetapi ingatan
terakhirnya adalah sebelum tidur dirumah ibunya.
Dengan
kepandaian dia, dia mendapati yang Kumpulan Yega telah memasukkan duit ke
akaunnya setiap bulan dan mula mengkaji kaitannya dengan kumpulan tersebut dan
mendapati dia adalah anak saudara kepada presiden kumpulan Yega. Malah dia
duduk bersama keluarga pakciknya itu. Lebih memeningkan, dia dikhabarkan
menghilangkan diri dari keluarga tersebut setahun yang lepas. Hmm… malah dia
tidak mempunyai apa2 memori setahun yang lepas.
Disatu
tempat di Chungju, kelihatan seorang lelaki dan bayi perempuan yang risau
dengan kehilangan isterinya. Gyung Doo adalah seorang peniaga dumpling dan
seorang yang lurus.
8
tahun berlalu dan Gyung Doo telah membesarkan Hae Deum yang juga mempunyai
kebolehan ingatan fotogenik. Hoho… Yi Hyun telah muncul didalam berita ketika
berada di Chungju dan Gyung Doo yang kebetulan menonton berita itu telah pergi
ke lokasi tempat Yi Hyun berada. Yi Hyun telah kembali ke Seoul kerana berlaku
kecemasan di rumah.
Gyung
Doo mula mencari maklumat dan mendapati yang Yi Hyun bekerja dengan Kumpulan
Yega.
Yi
Hyun tidak mengingati Gyung Doo langsung tetapi terdetik untuk mengetahui
kenapa & bagaimana dia boleh bersama dengan Gyung Doo yang dilihatnya
sebagai ‘loser’. Dia bertemu dengan pakar dan mula mengingati satu persatu.
Adakah hakikat yang perlu ditelannya pahit?
Tengoklah
drama ni… sgt worth watching!
No comments:
Post a Comment