Takde
yang menarik ngan my weekend. Last Friday, aku da start ada tanda2 nak kena
selsema. Uwaaaa… lama tak kena selsema. Ape tidaknya, bila ada rase panas kat
kepala, aku da start makan ubat. Yang tak bestnya, aku da makan ubat tapi tak
baik2 lagi. Huhu…
So,
last Friday, aku kuar g Kajang agak2 dalam kol 3.30pm. Balik tuh, singgah tido
kat Alam Megah :-P sebab kepala pening. Kalau balik umah mesti tak boleh tido.
Sampai
umah, aku masak simple2 je. Hubby ajak tengok Man Of Steel tapi aku kata
postpone je esoknya.
Sabtu,
mak call bagitau dia masih tak sehat. Suruh aku g kenduri. Ai… malas giler. Aku
malas nak g kenduri sepupu aku tuh. Anak dia ramai lagi yang belum kawen. Mesti
next year buat kenduri lagi. Siap2 dalam kol 1pm untuk g kenduri tuh.
Sampai
kenduri, makan2 and terus bergerak g Setia City Mall. Again, panggung penuh.
paling awal 4.40pm. Itupun xde couple seat. My hubby suggest tengok kat MBO,
Space U8.
First
time g Space U8. Sangat la lenggang. Aku yakin orang g sana bukan nak
menyoping, tapi nak tengok wayang. Beli earliest show, 3.45pm. Yamin tido la
plak. Masuk je panggung, hubby kejut dia.
Cast
:
Henry
Cavill – Clark Kent/ Superman
Amy
Adams – Lois Lane
Michael
Channel - Zod
Plot
:
Starting,
plot pasal rampasan kuasa oleh Zod n Planet Krypton yang menanti kehancuran. Anak
El dihantar kebumi bersama ‘Codex’ yang mampu menyelamatkan kaum Krypton. Zod
dan konco2nya dipenjara (I don’t know how to explain it :-P) atas komplot itu.
Tak
banyak cerita semasa Clark kecil. Cuma dia agak tidak selesa dengan
kebolehannya yang tidak boleh diketahui umum. Dia diberitahu tentang bagaimana
dia muncul bersama kapal angkasa.
Selepas
kematian bapanya, Clark mula berpindah-randah dan bekerja sesuka hatinya. Kemudian,
dia mengetahui tentang kapal Krypton dengan hologram bapa kandungnya, Jor El. Dia
terserempak dengan Lois Lane.
Lois
Lane ingin mendedahkan rahsia Clark. Dia mencari Clark di Kansas. Clark
menceritakan tentang kisahnya yang membuatkan Lois tidak berani mendedahkan
rahsia Clark ke umum.
Zod
yang dilepaskan dari ‘penjara’, dapat menjejak signal kapal Krypton di bumi. Dia
menceroboh signal TV dan memanggil penduduk dunia untuk menyerahkan Clark
kepadanya. Clark bersetuju untuk menyerahkan diri kepada Zod dengan syarat
tiada kerosakan kepada bumi.
Zod
menggunakan alat yang besar giler untuk transform bumi kepada Krypton yang
baru. Clark menghalangnya…
Comment
:
Kinda
missed Superman yang sebenarnya tak kuat sangat. Mampu dilemahkan dengan batu
Krypton. Kan? Aku rase, Man of Steel menyamai Sucker Punch da. For me, Henry
Cavill tak sesuai pegang watak Superman. Superman yang aku kenal :-P Adalah
yang charming and nerd. Henry plak ‘garang’ dan sangat bertenaga. Huhu…
Jalan
cerita yang membosankan.
No comments:
Post a Comment