Memang
tak sabar nak mengulas pasal citer Jang Ok Jung ni. Aku baru tengok 12 episodes
dan still mengharap ending yang best :-P
Jang
Ok Jung berketurunan hamba. Ayahnya seorang penterjemah dan ibunya seorang
hamba. Ayah Ok Jung telah pun membayar untuk menebus status Ok Jung daripada
menjadi seorang hamba. Ok Jung mempunyai seorang abang yang menetap di kerajaan
Qing (China). Ayah Ok Jung mati ketika cuba melarikan diri dari askar yang
ingin menangkap mereka sekeluarga.
Ok
Jung dibesarkan oleh seorang tukang jahit lepas tuh yang telah menyelamatkan
mereka daripada ditangkap. Ibunya terpaksa menjadi hamba dikeluarga berkerabat
raja. Semasa kecil, Ok Jung seorang yang mempunyai ketabahan dan kenyakinan
yang tinggi. Dia juga yakin dengan ape yang dia hendak jadi semasa besar nanti.
Bertemu
dengan Raja semasa kecil juga. Kiranya jodoh la ni kan? Raja penah berjanji nak
jadikan Ok Jung gundiknya ketika kecil.
Ok,
kenapa Ok Jung boleh masuk istana?
Well,
dia telah berjanji dengan pakciknya semasa meminjam duit pakciknya tersebut
untuk membuat baju perisai. Dia berjanji kalau bajunya terpilih, dia akan
membayar balik duit pakciknya yang dipinjam. Tapi kalau kalah, terpaksa la dia
keje dalam istana.
Malangnya
atas komplot dalam istana, baju perisai Ok Jung tidak dipilih. So, nak taknak,
dia terpaksa jadi dayang tukang jahit. Pada mulanya, niat tuh sekali dengan
mencari Lee Sun. Ok Jung cuma mengetahui yang dia pegawai keselamatan je. Bila
mengetahui Lee Sun adalah raja, dia pada mulanya menolak raja. Hmm… aku paham
kenapa. Dia kan golongan bawahan. Nanti kalau couple ngan Raja mesti orang
cakap Ok Jung bomohkan Raja, betul x?
Aku
penah hadapi situasi yang sama bila aku penah bercouple dengan anak seorang
majistret dan dituduh membomoh dia. Best reason to break up huh?
Haha…
still marah lagi. :-P
Lagi
kesian bila Ok Jung ni dibuli dengan dayang bilik jahitan yang lain.
Kemudian
Ok Jung disisi permaisuri yang sakit sebab demam cacar. Dia jaga permaisuri
walaupun itu adalah penyakit berjangkit. Memang baik Ok Jung ni, cam aku kan?
:-P Well, trust me, aku baik. Haha..
Permaisuri
mati lepas tuh…
Ok
Jung menolak raja again n again…
Pastu
sebab cinta Ok Jung pada Raja, dia terima gak. Waa… sangat la best kissing in
the rain. Sayangnya bukan hot kiss, haha…
Time
tuh lak, istana sebuk suruh Raja kawen ngan In Hyun. Ai… main paksa2 plak.
Hubby aku da marah sebab Raja dalam citer Ok Jung ni macam tak berkuasa je.
Huhu… betul2…
Again,
Ok Jung masih menolak Raja. See, sape cakap Ok Jung jahat? Tak sepenuhnya
hokeh? Satu ari, Raja koma selepas menyelamatkan Ok Jung daripada dilanggar
seekor kuda liar.
Ibu
raja telah mengambil tugas raja dan mengumumkan perkahwinan raja dan In Hyun.
See, sape jahat ni? Ok Jung pula telah diusir dari istana. Sedih giler…
Dia
telah dijemput oleh pakcik raja untuk menetap dirumahnya.
Sebaik
raja terjaga dari komanya, dia mencari Ok Jung dan telah dimaklumkan yang Ok
Jung telah keluar dari istana sejak raja koma. Raja sedih. Semasa hari upacara
peminangan In Hyun, dia diberitahu yang Ok Jung masih di Joseon dan lokasinya.
Dia bergegas berjumpa Ok Jung, dan tidak hadir keupacara peminangan tersebut.
Hihi… bagus2.
Lepas
jumpa Ok Jung, berlaku scene not-so-hot berlaku. Raja berjanji menghantar orang
menjemput Ok Jung balik ke istana. Eleh, naik satu kuda boleh ma… kereks betul
Raja ni…
Dan
Menteri Min, ayah In Hyun, menggunakan peluang yang ada, dengan menangkap Ok
Jung dan membakar Ok Jung hidup2.
Tapi
Ok Jung belum mati lagi okeh? Dan dia hidup bangkit dengan perubahan yang baru…
jeng jeng jeng…
Rupa2nya
sebelum kejadian itu, Uncle Jang, telah mengetahui rancangan jahat Menteri Min.
Tetapi dia menyuruh orang suruhannya untuk menyelamatkan Ok Jung disaat2 akhir.
Tujuan Uncle Jang membuat sebegitu agar hati Ok Jung menyimpan dendam keatas
orang yang menyeksanya. Huhu…
Raja
pula mencari Ok Jung merata2 tempat tapi tidak berjumpa.
In
Hyun menawarkan pertolongannya dengan syarat Raja berkahwin dengan nya. Yup,
terdesak la tuh! Haha… In Hyun berjanji nak carikan Ok Jung sebagai syarat
pertukaran.
Lepas
tuh, Ok Jung sengaja berada didepan pintu masuk istana semasa In Hyun diarak
masuk sebagai permaisuri . Bagaimanapun, In Hyun telah menurunkan tirai tandu
nya ketika ternampak Ok Jung. Err… takutla tu kot.
Permaisuri
balu yang mengetahui yang Ok Jung masih hidup mengarahkan agar Ok Jung kembali
dalam istana. Ok Jung muncul didepan Raja dan Raja tersangat gembira melihat Ok
Jung yang telah kembali. Ok Jung menceritakan tentang In Hyun yang telah
melihatnya di depan pintu masuk istana.
Raja
memanggil In Hyun dan menanyakan tentang perkara itu. Raja turut menanyakan
tentang kesungguhan In Hyun untuk mencari Ok Jung. In Hyun kemudian berjanji
untuk menjaga Ok Jung walaupun hatinya tidak merelakan nyer. Eceh!
Ok
Jung dilantik sebagai ketua istanawati. Ibu Raja mempersoalkan tindakannya itu.
In Hyun menjelaskan dia perlu mengembirakan hati Raja. Ibu Raja mula merancang
untuk menjatuhkan Ok Jung. Dia sangat risau jika Ok Jung mengandung terlebih
dahulu dari permaisuri.
Ok
Jung yang sedang berehat didalam kamarnya, telah ditangkap dan diheret kedepan
Ibu Raja. Dia dipaksa meminum ubat yang boleh menyebabkan dia mandul. Ok Jung
mengugut untuk membunuh diri tapi dia dipaksa meminum ubat tersebut. Dia memanggil
‘Raja’ semasa paksaan tersebut. Walau bagaimanapun, Permaisuri Balu lalu disitu
dan terlihat kejadian tersebut. Ibu Raja terpaksa melepaskan Ok Jung. Ok Jung
berlari berkaki ayam dan terjumpa Raja yang kebetulan terdengan Ok Jung
memanggil dia tadi. Ok Jung memeluk Raja dan menangis hiba. Raja bertanye
kenapa Ok Jung berkeadaan begitu. Tetapi Ok Jung terus menangis tanpa menjawab.
Semasa
perlantikkan Ok Jung sebagai Ketua Istanawati, Ibu Raja sengaja membuat majlis
ditempat lain. Ok Jung berpura2 datang ke majlis tersebut dan berlaku
pergaduhan mulut antara Ok Jung dan Ibu Raja. Raja yang kebetulan lalu, telah
membela Ok Jung dan menyuruh Ok Jung keluar dari majlis tersebut bersamanya.
Ibu Raja pengsan dan koma.
Menteri2
mula menulis aduan supaya Raja menghalau / menghukum Ok Jung. Raja marah.
Kemudian Menteri2 tersebut boikot dan tidak datang bekerja. Ok Jung risau
dengan situasi tersebut dan mula melutut didepan bilik Ibu Raja untuk meminta
maaf.
Ibu
Raja yang telah sedar dari pengsan, memarahi Ok Jung. Kemudian Ibu Raja
tersasul kata tentang ubat mandul yang dia memaksa Ok Jung minum. Kebetulan
Raja lalu dan mendengar tentang itu. See, sape jahat sekarang?
Abes
12 episodes :-P
No comments:
Post a Comment