Cast:
Daniel
Radcliffe – Arthur Kipps
(sebenarnya
pelakon ramai, tapi macam one man show je,haha)
Plot:
Citer
ni zaman dlu. Ala2 tahun fashion sideburn panjang. Arthur Kipps, seorang peguam
kematian isteri, ditugaskan untuk menyediakan kertas kerja untuk menjual rumah
besar. Ala2 manor yang lama ditinggalkan disuatu tempat yang jauh. Kedatangan
dia di tempat itu telah mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan oleh
masyarakat setempat.
Dia
tidak dapat bilik untuk tidur, dan orang tempatan kerap menyuruhnya untuk balik
ke rumah nyer di London. Bagaimanapun, seorang lelaki menjemputnya untuk
tumpang di rumahnya. Lelaki tu bernama Samuel.
Dia
pergi ke manor tersebut untuk menyelesaikan tugasnya. Ketika disana, dia
mengalami pengalaman ngeri iaitu terdengar jeritan dan ternampak seorang
perempuan berbaju hitam.
Dia
melaporkan kemungkinan terdapat kemalangan kepada polis. Pada waktu itu, 3
orang budak datang ke balai polis dan salah seorang berwajah pucat. Arthur cuba
membantu malangnya budak berwajah pucat itu mati dipangkuannya. Penduduk disitu
menyalahkan Arthur atas kematiaon budak tersebut.
Kemudian,
semakin banyak kejadian misteri berlaku. Satu persatu kejadian yang menyebabkan
kematian kanak2 berlaku. Satu malam, ketika Arthur bermalam dia manor tersebut,
dia telah menjumpai surat dari penghuni lama rumah itu mengenai seorang wanita
bernama Jennet. Jennet dikatakan mengalami gangguan mental dan anaknya telah
diambil oleh orang lain. Walaupun Jennet sedaya upaya ingin bertemu dengan
anaknya tapi malangnya anaknya telah lemas dalam paya dan mayatnya hilang.
Jennet kemudian membunuh diri dengan mengantung dirinya.
Ketika
seorang lagi kanak2 dalam Bandar itu mati, Arthur mengetahui yang ada kaitan
kematian mereka dengan perempuan berbaju hitam tersebut. Kebetulan, anak Arthur
yang berumur 4 tahun, sedang menaiki keretapi bersama pengasuhnya untuk bertemu
Arthur. Dan Arthur berkira2 untuk menghilangkan sumpahan itu dengan menyatukan
Jennet dengan ‘anak’nya.
Dengan
bantuan Samuel, Arthur menyelam ke paya dan berjumpa kenderaan yang dinaiki
anak Jennet. Dia berjaya menyatukan Jennet dan anaknya.
Walaubagaimanapun,
adakah sumpahan tersebut betul2 berakhir?
Arthur
menjemput anaknya di stesen keretapi. Dia sangat gembira ketika berjumpa dengan
anaknya. Ketika sedang berbual, sebuah keretapi hampir sampai ke landasan. Anak
Arthur berjalan kearah landasan…. Dan…………
Haha…
sila tengok ye? :-P Trust me, citer ni sangat tragic!
No comments:
Post a Comment