Assalamualaikum
dan selamat petang, haha… aku busy sket arini. Maklumla 3 ari da tak keje.
Jumaat tuh, aku MC. Keji x? haha…. G butik tudung kat The Strant. Malangnya
tudung yang aku cari tuh takde kaler L sedih giler.
Aku main tibia je beli tudung hoodie. Harga RM 40 satu tapi pastu nyesal la
plak. Haha…
Balik
tuh singgah Tesco Shah Alam. Makan kat JM Bariani, pastu beli tudung Shawl yang
berharga RM 8, sape kesah kan? Balik tuh, tido jap and then amik Yamin.
Aku
singgah Petronas nak kuarkan duit. Tapi mesin rosak. Lantak la kan…
Perbualan
aku ngan Yamin.
Aku
: Yamin, kat Petronas jangan beli mainan ek? Mama belum gaji. Papa pun potong
duit mama (duit elaun).
Yamin
: Ok… Yamin nak aiskrim je. Sian mama, papa potong duit mama.
Aku
: Haah… sian kan?
Yamin
: Papa potong duit mama dengan pisau kan? Cian mama..
Huhu…
wahai anak ku… nanti besar Yamin akan paham maksud ‘potong’ sendiri.
Sabtu,
hubby ada internal audit kat opis. Aku and Yamin lunch kat Saachien, Kota
Kemuning. Tapi Yamin sorang je makan. Malam
kitaorang g Setia City Mall and tengok The Croods kat Jusco Bukit Tinggi. Diam tak diam, tinggal less than one month for K-trip. Tapi kat news, da start kata nak perang antara U and S. Huhu... risau la plak.