Wednesday, 28 November 2012

I'm not a monster



Ari ni telah sampai tahap kesabaran aku pada seseorang. Tak lain dan tak bukan bos kecik aku. Dia kan, sangat hampeh! Huhu… dia da la selalu naik suara ngan aku, tapi arini, dia da sesangat melampau. 

Citer nyer camni. Dispatch a.k.a site supervisor tak free 2 ari ni. Sebab, banyak benda nak kuar, tak cukup orang. Tak kesahla kan. Bos kecik semalam suruh aku arrangekan orang amik cek kat Setapak. 

Pagi tadi, aku nak suruh sape ek? Mesti la takde orang. Tetibe je ada 2 cek lagi nak collect. Satu kat Ampang, satu kat Subang Jaya. Pastu Sr. Exec suruh aku pegi sebab ada salesman lain kat opis. 

So, aku g la. Ikut akak ‘GPS’. Masuk KESAS and then MEX. Jem giler! Mungkin ada persidangan UMNO, so jem sket. Tapi naik nak patah gak kaki menahan clutch. Tetibe bos kecik tepon. Oh ye, lupa plak nak cakap. Dia da g Ipoh untuk jumpa client. Dia suruh buat keje kann kiri la. Aku cakap aku da kuar. Dia tanye la g mana? Aku bgtau la destinasi. Nak tau dia cakap?? U mana boleh keluar??? U mana tau jalan??!! Ada ke patut dia cakap camtu. Dia kata lagi suruh aku bagi kat dispatch tuh. Memang semak la time tuh. 

Then dia call lagi. Tanye aku katne. Aku cakap la aku kat Jalan Ampang. Dia suruh aku patah balik ofis!!! What????!! Gile2 dia tak bagi aku kuar sampai camtu sekali. Huhu… sanggap tol.
Nak tak nak, aku balik opis. sampai tol Awan Besar, credit controller called. Dia tanye la aku katne. Aku kata da sampai Awan Besar. Memula dia ingat nak suruh aku g KL balik, tapi sebab aku da sampai highway, dia suruh je balik opis.
Sampai agak2 12.30pm la. Mr. S, adik bos tengok aku sengih2. Rupanya dia ada agenda sendiri. Time kitaorang lunch, dia bergosip ngan big bos pasal aku. Huhu… sadis tol! Abis lunch, aku kebetulan nak mintak sign big bos untuk satu request ni. Dia tanye aku:

Big bos: ‘S’ (bos kecik) tuh, tadi suruh u patah balik ke? U da sampai mana?

Aku : Jalan Ampang. Nak g TRC (nama company). Collect cek.

Big bos : Dia memang selalu cakap kasar ngan u?

Aku : Haah. Especially bila I nak g Council, banyak sangat soalan dia.

Big bos : Dia memang camtu. Dia boleh kerja, tapi bossy sket. Jangan peduli sama dia.

Aku : I pun tau…

Big bos : Takpe, nanti I cakap ngan dia..

Halamak….! Camne nih? Aku jahat ke? Nanti kalau bos kecik kena marah ngan bos besar, msti dia marah aku balik. Uhuhu… mak, tolong aku!
Tapi aku puas arini sebab aku pam minyak kasi penuh. Haha… padan muka lu bos kecik!

Tuesday, 27 November 2012

Faith a.k.a The Great Doctor



Ahahaha… I LOVE THE HAPPY ENDING!!! Walaupun dekat Korea da beberapa minggu abes, tapi aku tak tengok recaps sampai semalam. Haha… sebab ape tau? Kekadang aku suka suprises tapi kekadang lak, aku lebih suka memain. Ahaha… lantak la kan?

Cast :
My boifren ke 5 Lee Min Ho – Choi Young
Kim Hee Sun : Yoon Eun Soo

Drama ni berkisar tentang kisah dulu tentang Choi Young, seorang jeneral Korea yang sangat terkenal dengan kehebatannyer. Dia ni muda dan bekas ahli Kumpulan Bulan Merah. Sebelum dilantik sebagai Jeneral, dia melalui pengalaman sedih apabila guru nyer dibunuh oleh raja terdahulu dan teman wanita nyer membunuh diri. Choi Young mempunyai peribadi yang tenang, hebat dan mampu membunuh 10 orang dengan 3 kali pukulan pedang.







Dia ditugaskan untuk membawa raja Korea dari Yuan (China) ke Korea. Tetapi rombongan mereka diserang dan permaisuri telah cedera parah. Kebetulan seorang menteri kanan telah ternampak pintu gerbang ke ‘kayangan’ telah terbuka dan menasihatkan raja untuk menghantar utusan menjemput  tabib dari ‘kayangan’.

Choi Young telah menawarkan diri untuk ke ‘kayangan’. Apabila melalui pintu ‘kayangan’ tersebut Choi Young telah sampai ke masa depan. Dia pergi ke satu pameran kesihatan dan ternampak Eun Soo dan ‘menculiknya’. Choi Young berjanji akan menghantar Eun Soo kembali ke ‘kayangan’ selepas merawat permaisuri. Mereka sampai kembali ke zaman Goryeo dan Eun Soo telah merawat permaisuri.








Kemudian Eun Soo yang menyangka dia diculik dan dihantar ke tempat lain, telah cuba melarikan diri. Choi Young telah menyuruh tenteranya mengikut Eun Soo secara diam.

Komplot menteri kanan berlaku lagi apabila dia menasihatkan raja untuk cepat2 pulang ke istana kerana berita yang kononnya permaisuri mati. Permaisuri adalah kerabat diraja China dan dikuatiri kerajaan China akan menyerang Goryeo. Choi Young pula perlu menunaikan janji nyer untuk memulangkan Eun Soo ke ‘kayangan’. Di pintu gerbang, Eun Soo tertikam Choi Young dengan pedang. Rase bersalah, Eun Soo sanggup menunggu untuk merawat Choi Young.





Sesampai di istana, tiada menteri menyambut di balairongseri, terdapatnya komplot Ki Cheol – seorang yang sangat berpengaruh, untuk merampas kedudukan raja. Dalam masa yang sama Ki Cheol sangat berminat dengan ‘tabib dari kayangan’ dan cuba ‘merampas’ dari raja. 





Terlalu banyak halangan dan dugaan sehingga Choi Young dan Eun Soo jatuh cinta.
Tetapi mereka seakan lupa yang mereka sebenarnya terpisah dari segi masa dan zaman. Bagaimana kah mereka bersama akhirnya.

·         Note: Tak akan lupa muka tersenyum Choi Young time Eun Soo baik dari keracunan dan cakap ‘Jadi, kamu akan tinggal disini bersama saya?’. Awww! And paling best time dia barang sebelah Eun Soo sambil berkongsi selimut. Ahaha... best!





 Credit to lakonan Lee Min Ho. Oppa…Saranghae!!!

Source gambar : www.dramabeans.com

Monday, 26 November 2012

Susah



Huhu… ntah la boleh tak dapat kerja kat T_V. Kalau aku takde rezeki kat situ, takpela kan? Nak banding aku yang takde teknikal background ni, mmg susah la nak dapat. Huhu…

Sebab aku cakap camni, tadi aku sms Yusri. Dia kata T_V belum finalized lagi. Huhu… tapi aku ada sedikit rase mungkin tak dapat. Time interview tuh, aku takde rase sixth sense kat tempat tuh. Huhu… takpela, ada hikmah disebalik ni.

Haha… aku da boleh plan nak pregnant dan bersalin next year. Yes, yes yes!!! Ahaha… kalau la dapat baby yang kiut miut muka cam Korea sket. Cam Shin Mi Na. huhu… untuk baby no 2, giliran aku bagi nama. Hubby cuma boleh agree atau tak je. Yes yes yes!!!

Syioknyer!!! Hubby, hwaiting!

Sunday, 25 November 2012

300 Money Drop



Semalam, sewaktu ujan turun tengah malam tadi, hubby bagi RM 300.00 pada aku. Dia kata buat belanja. Belanja personal ke, belanja barang dapur, hubby? Hahaha… Akhirnya usaha hubby selama ini membuahkan hasil. Yang paaaling bagus, aku pon dapat gak. Ahaha… itu je yang bagus :-P Takde la, mungkin ada yang tak paham bila suami balik lambat, rase sebak & semak didada. Huhu… Si Yamin, asalkan ada bunyi keta je, dia ingat papa balik. Huhu…

Ok, berbalik pada subjek asal. Haha… aku dah terkorban RM 10 plus RM 10 untuk barang beli kat Giant tadi. Ada lebih kurang RM 270 lagi. Huhu… sangat la cepat kalau nama menatang duit tuh abes. Aku plak, setelah meng-convertkan kehendak kepada keperluan :-P, banyak giler barang nak beli. Huhu… pening2.

Memula, aku memang dah plan nak beli SkinFood Watery Berry tuh. Macam mempunyai harapan yang tinggi untuk menjadikan kulit muka lebih lembut dan dewy. Huhu… takyah beli full set. Beli Toner, Serum & Emulsion je. Agak2 dalam RM 240.00 huhu… tapi aku ada baucer RM 30. Boleh la beli krim Omija sekali. Memang habis la RM 270 tuh terkorban. Huhu…

Takpun, boleh je kalau nak beli DVD Korea. Agak2 dapat la dapat 4 boxes after tolak 20%. Malangnya hubby mesti taknak g Petaling Street. Ntah ape permusuhan masa lampau dia ngan Petaling Street, aku pon tak tau. Haha…. Banyak gak DVD yang best sekarang… hmm…

Ataupun aku bayar utang mak, hmm… memang brilliant gak idea tuh! Alaa… huhu… utang aku ngan mak ada RM 450 okeh???!!! Tak mungkin aku bayar semua, bayar RM 50 bulan2 sudah :-P Sian mak.

Kalau beli gelang emas yang paling kecik, camne lak? Ada kot rege RM 300++???

Atau atau ataupun, beli baju baru 10 pasang, cukup?