Ahahaha…
I LOVE THE HAPPY ENDING!!! Walaupun dekat Korea da beberapa minggu abes, tapi
aku tak tengok recaps sampai semalam. Haha… sebab ape tau? Kekadang aku suka
suprises tapi kekadang lak, aku lebih suka memain. Ahaha… lantak la kan?
Cast
:
My
boifren ke 5 Lee Min Ho – Choi Young
Kim
Hee Sun : Yoon Eun Soo
Drama
ni berkisar tentang kisah dulu tentang Choi Young, seorang jeneral Korea yang
sangat terkenal dengan kehebatannyer. Dia ni muda dan bekas ahli Kumpulan Bulan
Merah. Sebelum dilantik sebagai Jeneral, dia melalui pengalaman sedih apabila
guru nyer dibunuh oleh raja terdahulu dan teman wanita nyer membunuh diri. Choi
Young mempunyai peribadi yang tenang, hebat dan mampu membunuh 10 orang dengan
3 kali pukulan pedang.
Dia
ditugaskan untuk membawa raja Korea dari Yuan (China) ke Korea. Tetapi rombongan
mereka diserang dan permaisuri telah cedera parah. Kebetulan seorang menteri
kanan telah ternampak pintu gerbang ke ‘kayangan’ telah terbuka dan
menasihatkan raja untuk menghantar utusan menjemput tabib dari ‘kayangan’.
Choi
Young telah menawarkan diri untuk ke ‘kayangan’. Apabila melalui pintu ‘kayangan’
tersebut Choi Young telah sampai ke masa depan. Dia pergi ke satu pameran
kesihatan dan ternampak Eun Soo dan ‘menculiknya’. Choi Young berjanji akan
menghantar Eun Soo kembali ke ‘kayangan’ selepas merawat permaisuri. Mereka sampai
kembali ke zaman Goryeo dan Eun Soo telah merawat permaisuri.
Kemudian
Eun Soo yang menyangka dia diculik dan dihantar ke tempat lain, telah cuba
melarikan diri. Choi Young telah menyuruh tenteranya mengikut Eun Soo secara
diam.
Komplot
menteri kanan berlaku lagi apabila dia menasihatkan raja untuk cepat2 pulang ke
istana kerana berita yang kononnya permaisuri mati. Permaisuri adalah kerabat
diraja China dan dikuatiri kerajaan China akan menyerang Goryeo. Choi Young
pula perlu menunaikan janji nyer untuk memulangkan Eun Soo ke ‘kayangan’. Di
pintu gerbang, Eun Soo tertikam Choi Young dengan pedang. Rase bersalah, Eun
Soo sanggup menunggu untuk merawat Choi Young.
Sesampai
di istana, tiada menteri menyambut di balairongseri, terdapatnya komplot Ki
Cheol – seorang yang sangat berpengaruh, untuk merampas kedudukan raja. Dalam
masa yang sama Ki Cheol sangat berminat dengan ‘tabib dari kayangan’ dan cuba ‘merampas’
dari raja.
Terlalu
banyak halangan dan dugaan sehingga Choi Young dan Eun Soo jatuh cinta.
Tetapi
mereka seakan lupa yang mereka sebenarnya terpisah dari segi masa dan zaman. Bagaimana
kah mereka bersama akhirnya.
·
Note:
Tak akan lupa muka tersenyum Choi Young time Eun Soo baik dari keracunan dan
cakap ‘Jadi, kamu akan tinggal disini bersama saya?’. Awww! And paling best time dia barang sebelah Eun Soo sambil berkongsi selimut. Ahaha... best!
Credit
to lakonan Lee Min Ho. Oppa…Saranghae!!!
Source gambar : www.dramabeans.com
No comments:
Post a Comment