Sunday, 4 November 2012

King 2Hearts



Ini adalah drama terbaik yang aku tengok tahun ni. I love the storyline, love almost everything. The casting and all! Ending dia terlalu cepat. Even final episode, aku harap ada 5 episodes lagi to follow. Huhu…



Cast:
Lee Jae Ha – Lee Seung Gi (uhh… jangan cakap lagi T_T terlalu sedih)
Kim Hang Ah – Ha Ji Won
Kim Bong Goo – Yoon Je Moon
Eun Shi Kyung – Jo Jung Suk
Lee Jae Kang – Lee Sung Min

Plot
Lee Jae Kang adalah raja Korea yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menyatukan Korea Selatan & Korea Utara. Beliau mencadangkan Korea Selatan & Utara untuk bergabung untuk menyertai latihan ketenteraan bagi mengeratkan hubungan kedua negera. Lee Jae Ha adalah putera mahkota Korea Selatan yang ‘diperdayakan’ oleh abangnya untuk menyertai latihan tersebut. Lee Jae Ha berumur 30 tahun tetapi bersifat kebudak2an dan abangnya terpaksa mengambil langkah agresif untuk mengubah perangai adiknya supaya jadi matang.

Kim Hang Ah pulak adalah tentera yang sangat cemerlang dan anggota Pasukan Khas Korea Utara. Kim Hang Ah adalah perempuan yang agak tegas dan tidak pernah mempunyai hubungan dengan mana2 lelaki walaupun menginginkannyer.

Lee Jae Ha & Kim Hang Ah berjumpa dalam latihan ketenteraan  tersebut. Sikap Lee Jae Ha yang kurang matang, menimbulkan rase tak puas ati dalam kumpulan mereka. Tetapi lama-kelamaan, terbit rasa sayang dalam hati mereka.

Akhir latihan tersebut, Lee Jae Ha sangat gembira. Ye la, dia kan kebudak2an, so dia rase sangat2 happy.

Tetapi dia dapat tau yang abangnya telah merancang perkahwinan dia dan Kim Hang Ah. Pada mulanya dia menentang, tetapi telah dipujuk dia bersetuju.

Di USA, ada seorang penyagak yang tidak senang duduk dengan hubungan baik Utara & Selatan. Dia mula merancang idea yang paling kejam.

Dengan tak sengaja, setiausaha sulit Raja telah memberitahu tentang percutian Lee Jae Kang. Lee Jae Kang dan isteri, telah dibunuh dengan pembunuh upahan dengan cara meracun mengunakan karbon monoksida yang diletakkan dipendiang api.  Adik bongsu Lee Jae Kang; Lee Jae Shin, yang kononnya ingin buat surprise pada abangnya, telah ditangkap dan jatuh dari tebing tinggi. Kakinya lumpuh.

Selepas kematian Lee Jae Kang, Lee Jae Ha terpaksa naik tahta. Pada mulanya dia keliru, akhirnya dia mula melakukan tugasnya sebagai Raja. Namun Kim Bong Gu , penyangak itu masih tak berdiam diri. Bermacam2 cara dia lakukan untuk memaksa Lee Jae Ha turun tahta dan melumpuhkan proses keamanan antara Korea Selatan & Korea Utara.
Macamanakan persengketaan ini berakhir? Adakah Lee Jae Ha akan turun tahta apabila ibu & Kim Hang Ah ditangkap oleh Kim Bong Gu??
Kalau yang tak tengok lagi, memang sangat rugi. Citer ni penuh debaran. Walaupun aku rase, orang jahat dalam citer ni Cuma gila… tapi ada sorang watak perempuan jahat, yang sangat menyeramkan bila dia ada. Sebab dia sangat2 kejam! Huhu…

Plot yang jangan miss:
Masa Jae Kang kena racun + mati. Sedih giler okeh????
Plot bila Jae Shin (adik Jae Ha) ditolak dari tebing dan lumpuh L
Watak Eun Shi Kyung mati kena tembak, huhu…

5 bintang untuk drama ni…Yes Yes YES!!

No comments:

Post a Comment