Monday, 26 August 2019

Sesawang Continued....


Wahaha… da lama bersawang my blog ni. Teruk kan? Aku rase blogging is not my things anymore. Sekarang banyak merepek kat Instagram / instastory je. Tak pasti perlu tutup ke tak my blog ni.

BTW, tak banyak yang menarik berlaku dalam my life these few months. Up and down macam biasa. Makan pun macam biasa. Travel cam biasa. Kami masih bertiga. Sedang mencuba mensyukuri nikmat bertiga walau kekadang khilaf manusia / kesedihan itu tetap ada. Hihi… Human…

Bila logged in masuk my blog today, I realized that so many peoples reading my blog especially on my journey to get 2nd baby. Yeah peoples, sorry to say, non of my methods work so far T_T So sad that I unable to update you all with good news YET! Tapi tak apa la kan… I really hope that every went well to all of you and wish you all the best.

I read so many petikan memujuk hati like, kita jangan la tengok compare dengan orang and bandingkan apa yang kita tak ada. Tengok lah apa yang kita da ada dan bersyukurlah. My hubby always kata I think too much and must try to accept things is as it is.

Yeah… but still…. As I said earlier, khilaf manusia wei! Thinking that I am already 37 years old last 14th Aug 2019, I don’t think 2nd baby will come anymore sebab I am old. Orang kata ada je yang 40++ and dapat babies, well, I don’t doubt that anyway, cuma kalau boleh, taknak la kan… nanti anak masuk sekolah, kita dah macam nenek dia. BTW, semua tu perancangan Allah. Siapa kita nak judge. Timing yang Allah je tau.

Nampaknya, dah terlalu banyak aku merepek memujuk hati dan sengaja nak update the latest post. I really mean it when I said that I pray that all of you yang nak dapat baby/babies sentiasa berjaya. Yang masih tak berjaya, berusahalah kerana usaha itu tidak merugikan kita. Chillex people!

Tuesday, 12 June 2018

Laman Bersawang


Olla, yes... nampak tak sesawang je my laman sesawang?
Hihi... busy busy and busy.

Update baru yang tak la baru sangat, kami sekeluarga dah berpindah ke rumah baru seminggu sebelum bulan puasa & alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Lancar selancar2nya. Rumah baru walau belum cukup kelengkapannya lagi, tapi rumah sendiri kan. Slowly buat preparation.

Dapat lah kami raya rumah sendiri tahun ni :-)

Yang lain, takde apa yang menarik untuk dikongsikan. Biasa la hidup ada up n down. Pasal baby baru, aku lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii malas nak kata apa. Serah pada Allah jela.

.

.

.

So sad that both my uncle & auntie passed away awal ramadhan ni. Husband and wife dan jaraknya cuma seminggu. Sedih tak dapat melawat. Teringat wajah arwah & tergirang2 suara both of them. Dua2 sangat baik. Memang insan terpilih untuk pulang berjumpa pencipta-Nya pada bulan puasa yang mulia. Sedih saya T_T

Time2 ni teringat mak abah kesayangan aku. Harap sangat mak abah dipanjangkan umur & dapat menemani aku selama2nya. Tapi itulah hakikat kehidupan. Kita ni semua kan menghitung hari je kan?


.

.

.

Pasal kerja, lagi la takde yang menarik. Increment masih tak dengar cerita lagi. Nanges T_T


So tinggal 2 hari lagi nak Raya 2018. Selamat Hari Raya korang. Teringat masa Yamin kecik, dia kata Maaf Batin Batin... hahaha.... kelakar! Raya ke-5, kitaorang nak beraya kat Bandung, bestnya!

Wednesday, 7 March 2018

March 2018 - Hectic Month


Aku rase memang kelakar sebab tak sempat nak update blog, tak tau aku sebuk sangat or apa. Kerja kat opis memang la non-stop, after working hours, ambik Yamin. Balik je rumah badan cam automatically penat and rase nak tido. Cuma dok gagahkan gak untuk basuh baju, gosok baju dan sebagainya. Weekend lak busy ngan benda lain. Adaaa je tetiap minggu.

Oh ye, 28hb February 2018, kami dah dapat kunci rumah baru. Saje je malas nak kepoh sebab taknak la over excited. Murah je kami beli rumah tu, memang ikut kemampuan si peminjam. Hahaha... nama tu 2 nama tapi loan nama my hubby & kami bayar share2. Peratusan perkongsian belum dapat dipastikan lagi. Maybe tak banyak pun aku boleh bagi.

Tahun ni, my company announce yang increment agak lambat. Maybe dalam Q2 baru masuk. Eleh, bukan banyak pun tapi kenala bersyukur. Orang lain maybe takde increment kan?
Biar lambat asalkan ada. Hahaha...

Untuk bulan 3 ni, kereta aku dah telan RM 1k sebab ada masalah clutch plate aritu. Oh... sangat menduga kesabaran sebab aku pun tengah sengkek aritu. Terpaksala pinjam duit my sister. Huhu.... Tragis sungguh.

Minggu depan, my son's birthday yang ke 8. Hmm... bak kata orang, umur 8 tahun dan belum ada adik. Ish, cane la nak bersyukur ni? Asek mengeluh je. 13hb ada follow up appointment dengan Dr Hamid. Doakan yang terbaik je.  

Wednesday, 7 February 2018

Update February 2018

29 Jan 2018, aku period. 2 hari awal dan darah hitam pekat. Period aku berlarutan sehingga hari ke-6, tanpa sengugut atau discomfort. Petanda yang bagus? 

Cuma ada sedikit confusion yang tak boleh nak share kat sini. Hahaha... bersifat peribadi. 

Oh ye, sampai sekarang kitaorang tak dapat news dari bank on bila nak release the payment for our new house. Yes, beberapa hari sebelum new year hari tu, dapat perkhabaran gembira yang loan rumah dah lulus. Kami pun keluarkan duit EPF untuk deposit rumah. My hubby pun terlebih excited and mula la survey peralatan rumah + kitchen cabinet + furniture. Kat rumah lama ada je furniture tapi sebab rumah baru kami agak kecik, jadi perabot pun perlu dikecilkan. 

Aku standby duit untuk tambah bilik loteng. Sementara ni kos anggaran RM 10k. Alhamdulillah ada sikit saving yang boleh digunakan. Duit my hubby, dia beli utk peralatan semua. Rajin dia survey untuk dapatkan yang murah. Nanti aku update lagi.

Diharap tahun ni dan tahun akan datang, rezeki akan datang mencurah2. Rezeki anak je tak nampak cahaya lagi. Huhu....

Wednesday, 24 January 2018

Laporoscopy Treatment @ TDM - dated 02.02.2018

Dah hari ke 24 sejak tahun baru 2018. Aku pun tak sempat sangat nak post sebab aku baru je seminggu lebih masuk ofis lepas 2 minggu MC. Oh ye, fyi, aku baru je menjalani laparoscopy 2 Januari yang lepas.

Pengalaman seperti dibawah :-P

1st January 2018
Klinik Dr Hamid Arshad, ada bagi message melalui Whatsapps. Ada beberapa peraturan kena buat before pembedahan / laparoscopy.

- Firstly kena puasa. Last makan adalah pukul 8 pagi 2nd January 2018. Lepas2 tu, air seteguk pun tak dibenarkan.
- Bawak admission form & consent form yang diberikan oleh klinik untuk admit eh.
- Bercukur. Hahaha... yang ni memang perlu eh... private part kena bersih. Jangan semak pulak :-P
- Bawa baju persalinan cam kain batik and also peralatan cam toiletries.
- Perhiasan tidak dibenarkan pakai. Barang kemas especially. Gigi palsu, contact lens pun jangan ngade nak pakai.
- Guna enema malam sebelum laparoscopy. Ape tu enema? Well, aku pun first time dengar. So aku tanye la Mr. Google. Enema ni sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam lubang dubur untuk clearkan isi usus. Hahaha... siap ada posisi cane nak masukkan cecair itu. Senang je nak guna. Yang penting kena redha & tabah je. Hahaha... dekat muncung enema tu ada pelincir tau. Tak susah nak masuk. Kesan pada aku tak sampai seminit. Terus nak ke toilet. Hihi... memang lega perut takde isi :-P






2nd January 2018
Aku dah bagitau awal2 kat my hubby untuk apply cuti sebab hari ni adalah hari pertama sekolah. Sian my son kalau tak ditemankan. Padahal dah darjah 2. Cuma kesian kan.... anak sorang.

Aku lak, bertolak dari rumah sebab aku nak kena sampai kat TDM pada pukul 8am. Aku taknak la masuk lambat. Ingat kalau admit awal, laparoscopy pun awal. Hahaha... rupanya anggapan ku meleset :-P Sanggap gak aku tunggu. Lepas masuk kat wad, da la I sorang kan... Aku dah tengok TV, kendian tengok henpon. Kebetulan aku tengah period hari ke-2. Tanye gak kat nurse tu, ada tak masalah. Dia kata takde masalah pun. Bole je. Nurse masuk kadang2 untuk check temperature. Aku lak dok sebuk tanye bila nak start. Tanye procedure. Ada dapat door gift berupa berus gigi, ubat gigi and face towel lagi tu.







Dorang kata untuk pesakit Dr Hamid, ada 3 orang operate hari yang sama. Aku orang yang kedua. Okay la tu. Tengah2. Tapi lama gak tunggu. Pukul 12pm, nurse suruh aku tukar baju. Bra semua tak boleh pakai. Bogel hokey. Tapi aku pakai la panty sebab aku kan period. Dorang cakap nanti kat Operation Theater (OT), cane pun kena bukak. Huhu...

Lepas tukar baju tu pun, mau sejam gak aku tunggu nak ke OT. Sempat la Whatsapps ngan my hubby, kata nak start da. Barang2 penting macam hp, wallet aku serahkan kat TDM untuk dorang jagakan. Siap ada checklist barang lagi.

Dalam 1.30pm, aku dibawa ke OT. Naik katil tolak tu. Terasa macam VIP plak. Padahal bole je jalan kaki naik lif. Memandangkan dah tak berbaju lapis, takut gak jubah tu terbukak :-P Redha jela kena angkat.

Sesampai kat OT tu, sejuk kemain. Diserahkan kat Sister yang bertugas kat sana. Beliau sangat senior tapi peramah. Aku tak la masuk terus ke OT tapi dibawa ke ruang menunggu. Ada 2 function ruang menunggu tu. Sebelum operation & selepas operation. Maka tidak mengapalah. Redha je. Time tu doktor pakar bius, Dr Sharif (kalau tak silap), masuk dan bagi briefing pasal bius ni. Aku tanye la. Bius penuh ke? Nanti after laparoscopy, aku boleh berjalan2 tak? Or cam after bersalin my son dulu, sehari tu langsung tak bley berjalan kot.

Doktor kata insyallah dipermudahkan. Sepanjang operation, aku akan ditidurkan. Hmm... bagus la, aku memang ngantuk pun. Da la bangun pagi. Lepas briefing, nurse masukkan air drip dalam sel2 badan aku. Hoho... Jarum nya besar habaq hang. Alhamdulillah aku bukan jenis kecut perut. Kalau tak, mau lari.

Adala dekat 20 min aku tunggu (jam tak boleh bawak, hokey?), baru dibawak ke OT. Memang cam dalam k-drama la. Siap ada lampu kat atas. Tapi takde la nampak terlalu canggih atau ape. Aku tak sempat tengok sangat bilik tu. Setahu aku, Dr Hamid belum masuk lagi time tu. Beliau ada diluar. Selain tu dalam bilik tu ada 2 orang nurse, Dr Sharif dan 2 orang lagi yang aku tak pasti tugas dorang.

Dr Sharif kata dia nak masukkan ubat (tak pasti), lepas tu tak sampai seminit aku dah tak sedar dah. Samada aku tido sebab ubat atau memang sebab ngantok. Hahaha...

Sedar2, aku dah kat ruang menunggu tu balik. Benda pertama aku buat adalah gerakkan kaki aku. Eh... penting hokey kaki tu. Wajib digerakkan. Sebab aku sangat tak suka feeling lepas bersalinkan my son. Kaki lembik cam getah kau! Tak boleh control.

Nasib baik boleh gerak. Kemudian aku rase sangat sejuk. Mengigil kuat. Aku bagitau la nurse tu yang aku sejuk sangat. Dia masukkan sejenis alat yang tiupkan udara panas kedalam selimut. Wahhhhh.... sesangat selesa. Suam je. Aku memang tak suka sangat kesejukan. Huhu... Tak sesuai dok Korea. Tapi boleh je. Duduk 3 musim, musim sejuk balik la Malaysia. Hahaha...

Ada la dalam 30 min berwap suam2 tu. Aku dibawa balik ke wad. Tapi time tu sejuk datang balik. Memang mengigil. Aku mintak nurse pulangkan barang2 balik. Yang penting tu handphone. Nak pulangkan tu, kena guna checklist tu jugak.

Time tu aku aku terbatuk. Terasa gak sengal kat perut tapi tak la menyakitkan. Aku cover2 gak batuk tu. Takut terbukak plak jahitan.

Lepas bagitau my hubby yang aku dah habis laparoscopy, beliau kata nak datang tengok lepas amik my son balik sekolah. Aku tak kesah sangat sebenarnya. Takyah datang pun takpe. Tapi beliau berkeras. Layankan je. Dalam kol 7 lebih, my hubby datang ngan my son. Dorang tanya proses, aku citer ape yang aku hadapi jela. Masih sejuk, so aku mintak sehelai lagi selimut. Dalam pukul 8.30pm, nurse bagitau aku dimintak cuba minum sikit. Kalau muntah, memang kena tunggu lagi.

Aku minum and takde masalah. Bole telan. Dorang bagi la air milo. Lepas minum milo, dorang bagi aku makan ubat. Time tu aku memang dah ngantok & baru 9pm. My hubby pun dok situ main hp je, so aku suruh la dorang balik. Nasib baik aku dah siap gosok baju sekolah untuk seminggu.

Sepanjang malam tu, setiap 2 jam, temperature badan nurse check + blood pressure. Aku boleh jalan ke toilet. Darah period tetap keluar cam biasa.

Alhamdulillah pening pun takde. Cuma malam tu aku tak dapat tido. Aku memang ada masalah tido kat tempat baru. Aku senyap2 tutup aircond. Dan kendian aku disahkan demam sedikit. Hahaha... Ala, memang aku demam pun sebelum2 tu. Nak2 sebab sejuk kan?

3rd January 2018
Pagi tu dah bangun, dalam pukul 8, Dr Hamid datang kat wad. Memang terkejut sampai tak sempat capai tudung. Beliau kata aku nyer kes endometriosis stage 1. Dia kata ada tumpahan darah period ke dinding belakang. Tapi dia dah buat semua procedure dan insyallah lepas ni ok. Dan Dr Hamid kata aku dah boleh balik. Aik... tak dapat makan lagi :-P

Breakfast sampai. Bubur ayam je. N sedap. Hahaha... lapo.

Aku tanye nurse tu, dorang kata kena tunggu insurans discharge mende tah. Tapi sampai 12.30pm, memang lama sangat. Aku bayar deposit RM 300, and aku balik je terus. Drive. Takde specific sakit yang menganggu sejak aku balik. Dapat MC 14 hari.

Yang penting, aku boleh drive balik ke rumah sendiri.

Sampai hari ni, alhamdulillah, berkat jaga makan ala2 pantang and tak makan pedas, jahitan pun dibuka pada hari ke-14. Kebetulan time tu hari subur. Jadi berusaha dengan keras. Mana la tau rezeki baby plak kali ni. Rezeki lain dah selalu kan?

Oh yea, aku ada tanye staff / nurse yang bukak jahitan aku pada hari ke-14 tu. Adakah endometriosis stage 1 ni penyebab aku tidak hamil selama ni. Dia cuma jawab 'mungkin' je. Tapi bila aku baca research dalam Mr. Google, banyak kata stage 1 adalah minimal. So ia tidak menyebabkan ketidaksuburan. Hmmm.... tidak mengapalah. So redha n tabah kalau rezeki anak ku cuma seorang.

Sakit ke? Hmmm... penjagaan lepas laparoscopy tu kalau mengikut doktor takyah pantang or apa. Lepas dari laparoscopy tu, aku rase perut agak kembung disebabkan gas yg dimasukkan ketika pembedahan. Lepas beberapa hari, takde la kembung. Aku menjaga makan sebab aku nak mengelakkan sesuatu yang belum terjadi. Haha... aku memang tak suka masuk hospital.

Selain tu beberapa hari lepas laparoscopy tu, ada kesan lebam muncul di salah satu lubang yang ditebuk (dibahagian bawah). Kebetulan aku ada kenalan doktor, so aku tanye if it's normal. Yeah, jangan panik. Asalkan tak bernanah, should be okay bebeh.

Review aku pasal TDM (Taman Desa Medical Center). Patient tak ramai, so agak sunyi dan sesuai untuk berehat. Aircond pun tidak centralize, so senang nak adjust. Yang lain takde nak komen kecuali makanan memang so-so jela. Haha... jangan mengharap. Jumlah bayaran sekali dengan follow up checkup - RM 12,450.00. Dikatakan murah nak bandingkan Pantai.


Sila doakan yang baik2. Moga Allah permudahkan rezeki kita semua di tahun 2018 ini. Amin....

Wednesday, 13 December 2017

9th Years Wedding Anniversary - DejaZul (November 2017)

Alhamdulillah, dah masuk December 2017. Macam2 perasaan ada. Takut, risau dah makin tua tapi amalan and hidup camtu gak. Tiada perubahan. Hmm... tapi nak kata ape? Hidup mesti diteruskan.

Pada mulanya, aku dah discuss dengan my hubby, tak perlulah celebrate our wedding anniversary tahun ni sebab nak menyediakan budget untuk rawatan laparoscopy. Tapi tetibe my insurans boleh cover. So, selamatttt duit aku. Hahaha.... 


And my hubby bagi cadangan gi Terengganu last weekend. Our anniversary on 15th, so boleh lah dianggap cam sambut anniversary kesana. Sepanjang aku hidup, aku cuma ke Terengganu 2 kali je. Sekali masa Kem Bina Negara time kat UPM dulu. Kemudian melawat family my brother kat Kemaman (time ni belum kawen lagi). Kiranya after 9th years kawen, baru la dapat pergi. My hubby beli flight ticket plus hotel RM 698. Kira murah la kan? Mati2 aku ingat dia beli Malindo Air sebab sebelum ni aku ada bagitahu dia yang aku teringinnnn nak naik. Rupernya dia beli AirAsia. 


Well, we all sharing ye. Aku bayar RM 500. So ada yang lebih2 tu, share untuk makan kat sana. Agak2la kan nak susahkan dia seorang walau dia mampu. 


10th November 2017, flight pukul 7.30am. Nguap kot sebab tido lambat. Yamin dicutikan sebab dia dah habis exam. Tak terase lama pun dalam flight, pukul 8.30am dah sampai Kuala Terengganu. Then my hubby ajak gi sarapan. Dia ajak makan nasi dagang. Tapi maybe dah agak lambat menunggu kereta sewa & kebetulan hujan dah turun, nasi dagang habis! Hihi... my hubby makan nasi minyak, aku tercenggang nengok sebab konon taknak la makan nasi sangat kan?


Habis je dia makan, dia tanye nak g mana dulu. Aku kata jom lah gi Aziz Satar. Dia ok je. Terus on the way kesana. Aku lak dah terlelap dalam kereta. Bila terjaga, tak sampai lagi rupernya. My hubby kata 2 jam perjalanan sebab kat Kemaman. Laaaaa.... aku ingat kat tepi jalan je tadi. Hahaha.... Berhenti kat R & R, and my hubby tido jap. Sian la... dia pun bangun awal gak pe. Jangan pentingkan diri sendiri, no no no!


Agak2 dalam 30 min, kami meneruskan perjalanan. 


Sesampai kat Warung Aziz Satar heran nape takde orang. Lupa hari Jumaat and time orang sembahyang Jumaat. My hubby plak musafir, ingat nak solat Jamak je. Warung ni dah tak sama macam yang aku pergi dulu. Kedainya dah besar & ada banyak kaunter. Sistem pun dah lain. Order & bayar dikaunter yang sama.

Harga pun boleh tahan tau. Saya enggan mengulas lanjut.




Lepas makan terus on the way balik ke Kuala Terengganu - another 2 hours journey. Singgah kejap dekat kedai tepi jalan beli jajan. Banyak gak jajan yang tak pernah nampak kat KL / Selangor. Aku ada beli sebungkus, tapi dah masuk angin plak. Spoil mood nak makan.

Checked in kat Scout Inn. Hotel ni bukan cam hotel lain. Ala2 hostel pun ada. Tapi dalam cam normal hotel. Hotel ni agak lama. Tapi setakat 2 malam tido, okay lah selesa. Jadi kami berehat dalam hotel dan kelaur lepas maghrib untuk makan malam. My hubby bawak kami try makan dekat Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai.

Ramai giler orang, sangat la digalakkan untuk menempah dulu. Maybe time tu hari cuti (Jumaat adalah cuti untuk Terengganu), so agak ramai.
Hujan sekejap kemudian cuaca jadi super sejuk. My hubby pilih lauk biasa, sotong goreng tepung + ikan siakap 3 rasa. Takde apa yang menarik tapi seafood2 ni sangat fresh, sebab tu sedap.

Sotong goreng tepung tu habis dulu.

Balik dari makan malam, takde singgah mana2 & terus balik hotel. I think my hubby still jetlag, dia tido awal.

------------------------------------------------------     ---------------------------------------------

Pagi Sabtu - 11th November 2017. Hotel hantar makanan. Yeah, free breakfast. Roti bakar and air teh. Tapi aku teringinnnnn sangat nak makan nasi dagang. My hubby gi drive out sambil aku & Yamin bermalasan kat hotel. Agak lama gak my hubby pergi. Rupanya banyak tempat dah habis. Huhu... last2 rezeki kami, ada satu kedai dah put up 'dah habis boh', end up ada 2 bungkus nasi terakhir.

Yang ni memang sedap. Ada cili padi lagi habaq hang. Yang tu bagi berapi. My hubby kata harga nasi dagang tu RM 5. Tapi ikan tongkolnya besar. Tu yang I suka... kenyang.




Lepas sarapan, kami bersiap nak berjalan. Pergi Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. My hubby amik pakej Taman Monumen & River Cruise.

Memula kami pergi ke River Cruise sepanjang Sungai Terengganu. Untuk info, sila layari website bawah ni :

http://www.tti.com.my/page/tti-river-cruise

Our tourist guide tu suaranya sedap. Hihi....











Aku snap gambar yang cantik ni... bangga. Oppo R9S - kini lebih jelas (haha... iklan tak berbayar).



Habis je ber-river cruise, kami jalan dekat Taman Monumen. Hmmm.... monumen2 ni adalah masjid dari merata dunia. Bayangkan macam2 jenis & bentuk. Menarik. Taman Monumen ni sangat berbaloi dilawati for my opinion. Menariknya ada replika batu terapung. Ada dewan kecil diluar yang menceritakan apa sebenarnya batu terapung ni. Sila lah tengok bila berkunjung kesana.

Cuaca cerah mencantikkan lagi pemandangan. Biru langit lagi tu....


























Solat Zohor kat dalam Masjid Kristal. Tak besar mana pun masjid ni tapi sayang sebab ada bocor dibeberapa tempat. Nampak pihak masjid menakung baldi. Confirm sebab bocor. Tapi rasa aman je. Sebab dah lama tak solat kat masjid. Hmmm.... boleh la buat selalu pasni.

Untuk minum petang, my hubby bawak makan seafood celup tepung yang terkenal di Terengganu. Lokasi dekat dengan hotel. Order sotong, ikan, udang.... semua dicelup tepung. Saiz buah kelapa pulak besar, tak macam kat KL. Maybe baka tak sama kot.




Malam tu kami lepak dalam hotel je sebab kekenyangan. Hihi...

-----------------------------------------------------   ------------------------------------------------

Ahad - 12th November 2017. Me so kebuluq sebab tak makan malam. So, we hunting for nasi kerabu plak. My hubby googled and jumpa Fauzi Nasi Kerabu yang agak viral di social media.

Tapi, sorry to say, nasi kerabunya biasa2 jela. Huhu... Nasi kerabu depan opis aku lagiiii sedap.




Lepas sarapan, kami lepak jap tepi pantai dekat our hotel. Ada 4 bijik buaian yang besar. Cantik kan gambar? Sebab kebiruan itu.




Check out hotel & bersiap nak ke Pasar Payang.

Oh ye, yang ni memang tragis. Hihi... my hubby kata dia tak amik additional luggage nak naik kapal terbang. Hmm... So, sadly, tak dapatlah bawak balik keropok lekor Tok Beng yang sedap tu. Soooo sad T_T Cuma dapat beli keropok kering je untuk our families.

Itu jela percutian sempena Anniversary ke 9 kami. Harap Allah tabahkan hati kami, murahkan rezeki kami dan paling penting, panjangkan jodoh kami untuk anniversary ke 10, 20, 30, 40 & 100 tahun. Aminnn... keh keh.

Note :
Oh ye, takde hadiah or pape for this anniversary. Makin lama tempoh perkahwinan, merajuk tidak berguna lagi. Weng weng :D




Tuesday, 14 November 2017

4th Appointment - Jumpa Dr Hamid Arshat (October 2017)

Akhirnya 25th October yang lama tu tiba juga. Pagi tu my hubby kata dia ada site visit area Putrajaya. N mintak tangguh petang. Aku kata it's okay, I can go alone. Lagipun tak perlu kot dia kat situ. Hahaha... bukan pe... memang aku mencukupi.

Sampai dalam kol 9am. Memang ramai giler hari ni. Yang lebih membengangkan, orang yang datang lambat, dipanggil untuk registration dulu. Sakit tak hati? Bayangkan kol 10.30am baru panggil untuk registration! Dah mereput kat situ. Pukul almost 12pm, baru lah nama aku dipanggil. 
Alhamdulillah dapat lah jumpa Dr Hamid Arshat. 

Well, aku follow FB Dr Hamid Arshat. Tapi bila jumpa face to face, aku nampak dia lebih berumur dari gambar dalam FB. Beliau bukak my file and kata aku n hubby takde masalah. So, dia memang sarankan laparoscopy & mintak aku arrange appointment dengan staff dia. Aku tanye berapa kos and Dr cakap dalam RM 15k kat Pantai Medical Center. Tapi dia ada option untuk buat kat TDM. Murah sikit dalam RM10k. Aku pun cam takpela. Redha. Sekejap sangat jumpa Dr. Hamid. Tu lah aku kata, memang tak tau lah ape masalah aku. Bila semua ok, baik terus buat laparoscopy sebab Dr kata mungkin ada blockage sebab dah lama sangat tak dapat mengandung. Faktor umur pun sama. Baik buat awal.

So, keluar tu, terus bawak file g tempat bayaran tu. Tapi kena ambik ubat & supplements dulu. Total bayaran RM 192.00 (kos consultancy, supplement untuk preparation ibu mengandung, Vitamin C & E dan fish oil).

Kemudian nak jumpa staff untuk arrange appointment untuk laparoscopy. Malangnya staff tu MC. Nama dia Puan Ana. Aku disarankan untuk datang lagi 27th October around 9am. 

27th October pagi, Klinik Dr Hamid Arshat call & kata Puan Ana masih MC & akan call if dia balik bekerja. 

The following Monday (30th October), aku call Klinik Dr Hamid Arshat & alhamdulillah Puan Ana ada. Aku terus on the way ke klinik sebab aku malas nak tangguh2 lagi. 

Sesampai kat sana, Puan Ana kata the earliest appointment kat TDM on 2nd Jan 2018. 
Sebabnya Dr Hamid dah fully booked. So, it's okay... Tunggu jela update 2nd Jan 2018. Yang penting positif & sabar.

*Note : Puan Ana ni sangat helpful. Suka sangat dia :) 

Sunday, 8 October 2017

Tak sedap HATI

Well korang, aku rase tak sedap hati lately. Sampai aku tak tau ape yang membuatkan aku tak sedap hati. 

Banyak benda terjadi lately:

1-After IUI first attempt, gagal mengandung. So kena proceed dengan laporoskopi plak kot. Yang aku tak puas ati nya tu, lambat nak dapat appointment dengan Klinik Dr Hamid Arshat. Macam tunggu one whole month (1 cycle) untuk ni. Tanya Dr googled, dorang pun tak pasti kos rawatan berapa. Eii... susah la bila ada perasaan tak tau n tak tau dah nak refer siapa T_T

2. My husband nak beli rumah. Hmm... yang ni sedikit merisaukan sebab aku tak tau loan boleh lepas ke tak. Harap2 ok la kan? Last Saturday (7 Oct 2017), kitaorang gi tengok rumah yang my husband nak beli tu. Seberang jalan je dari rumah sewa kitaorang. Yang penting tak jauh kalau nak angkat barang. Aku prefer rumah corner lot, so ada ruang kat tepi sikit. Boleh la anak2 main kat laman. Tapi bergantung dengan rezeki + dapat tak loan tu. Huhu...

3. Pasal duit pun aku risau gak. Hahaha.... tak tau la nape aku gatal gi jumpa dentist hari tu and buat procedure yang berharga RM 700. Hahaha.... itu baru satu procedure. Campur2 scaling n tampal sebijik lubang, kena sampai RM 1000. Padan muka, terus rase muflis. Hahaha.... banyak tu... plus plak Yamin punya cabutan gigi. Total bil RM 1100. Kih kih.... sangat tragis.

4. Nape tah aku da takde semangat nak keje lagi kat company sekarang ni. Maybe semangat ku telah dibawa pergi oleh my ex boss yang kena pecat 24 hours tu. Aku mula rase yang walau ape pun contribution kita pada company ni, memang tidak akan mendatangkan hasil ape pun. Bila buat salah sekali je, pecat terus. Sangat tak memperi kemanusiaan. Huhu... dia boss, lagila kalau aku yang kecik cam semut ni. Ntahla... Tapi nak mencari keje lain terase malas. Dah tua ke aku ni? Boleh ke dapat kerja kat luar? Huhu... macam2 perasaan.

Tu la sebab tak sedap ati kot. Ilang semangat dan sebagainya. Ai la hati, bila la ko nak sedap ni?

Sunday, 24 September 2017

AKPK - Finally Good Things Came

Tetibe last week rase best sangat. Lama tak rase best camni tau. Huhu.... Kenapa ek? Ni nak citer la ni.

Untuk pengetahuan korang, memang segan nak cakap, atas dosa2 and kealpaan aku masa lalu, aku telah terpaksa masuk ke program pengurusan kewangan AKPK. Banyak gak hutang aku olls. Segan nak cakap. Tapi aku anggap itu adalah kekhilafan masa lalu. Sejak 8 tahun lepas aku start bayar (kedengaran menakutkan & lama) certain amount (takyah la citer berapa banyak kan?). Tambah malu I nanti. So, aku check from the related bank pasal status of my loan & end up 2 loans dah habis dibayar. Satu bank ni dah habis sejak 2016 & the other one dah settle early of 2017. 

Then aku call la AKPK. Hmm... sangat2 la susah nak go through and lepas main menu, takde siapa jawap cuma lagu yang berkumandang je. Ai, geram. Aku ada hantar email kat satu email address tu tapi takde jawapan.

Mungkin last week, rezeki aku dapat call AKPK. And guess what, yeah... aku dah terlebih bayar untuk beberapa bulan and aku takyah bayar sampai Jan 2018. Hoho.... and my monthly installment dah berkurang lebih dari separuh. Alhamdulillah. Memang berkat kesabaran la... banyak kot yang aku korbankan sepanjang tempoh dibawah AKPK ni. Komitment bulanan tu agak tinggi la kan? And aku tak menyimpan sangat (padan muka aku). Nak membalas kekhilafan masa lepas amik masa bertahun kan? Huhu... Kendian aku tak boleh apply loan. Sebab tu aku masih menyewa. Sian I tau...

So bagusnya, komitmen bulanan dah berkurang sekarang and I don't have to worry much anymore. Aku dah boleh simpan duit lebih. Yeah! Demi masa depan yang cemerlang! Doakan aku.

Oh ye, kepada korang2 yang ada masalah untuk menghubungi pihak AKPK, cuma try call no hotline ni +603 - 2616 7766. Pilih menu pertanyaan am. Insyallah dapat la cakap ngan pegawai AKPK nanti.


Pesanan kepada diri sendiri, pasni, sila jangan repeat kekhilafan masa lepas and sila berjimat. And menabung. Huhu... berapa sangat duit simpanan yang ada kan? Tak bley move on.... Alhamdulillah, good things come to those who bersabar. Hihi.... 

1st IUI Experience @ Dr. Hamid Arshat (September 2017)

14 September lepas, aku buat IUI kat Klinik Dr Hamid Arshat. Pengalaman pertama. Hmm... yeah, aku takde masalah. My husband punya sperm kualiti pun semakin bagus sebab dia amik supplement yg dibekalkan oleh pihak klinik sejak 2 bulan lepas. Yes.... 2 bulan baru dapat menjalani IUI ok? Setakat ni Dr lain yang handle our case. Maybe case yang tak teruk sangat kot. Agak kecewa sebab 2 bulan 1st tu, dorang suruh try cara normal gak.

Okay, let me cerita pengalaman IUI - the very first experience.

Jap, iklan : Yang peliknya, my hubby apply cuti aritu. Padahal dia kan selalu utamakan kerja je kan? Kira sangat la berterima kasih dia cuti aritu. Hihi...

Pagi tu, kena datang super awal. Before 9am kena register tapi sangat la ramai orang so my name dipanggil untuk scan telur dah almost 10am. Nasihat aku, datang la awal lagi. Sebab awal2 kita, ada lagi yang lebih awal. Huhu....Teknik scan tu Transvaginal Ultrasound yang scan melalui vagina. Dia masukkan alat dalam vagina and adjust kedudukan alat tu untuk tengok telur. Then dia kata telur okay, and mintak my hubby keluarkan sperm.

Ada bilik khas kat hujung. Kalau perempuan nak masuk pun boleh tapi aku malas la. Hahaha... pepandai la dia :-P

Lepas tu, sample sperm tu di-pas ke makmal. Nurse tu kata suruh kami pergi makan dulu and balik within 30 - 45 min.

Kami tak tau nak makan mana and rase tak lapar. So, aku n hubby tido dalam kereta. Hihi... sangat la boleh kan?

Dalam almost 11am, kami naik dan nurse suruh tunggu lagi. Dalam 11.15am, nama aku dipanggil tapi dia kata masuk seorang je. My hubby tunggu kat luar. Huhu... Nurse suruh baring kat katil yang sama tempat dia scan tadi. Dia adjust katil tu dan suruh aku adjust punggung kat situ. Doktor Aimi masuk and kata my hubby punya sperm bagus.

Dia mulakan proses IUI - time dia masukkan alat untuk bukak tu, dia dah warning kata ada rase sakit. Hmm... dia bukan rase sakit tapi ngilu and tak selesa. Sepanjang proses IUI tu, aku rase menahan rase ngilu tu je. Huhu. Tak lama, dalam 15 min. Cuma aku tak tau nak gambarkan rase ngilu tu dan aku keep cakap ngan my hubby (after keluar), rase sakit. Huhu...
Doktor Aimi bagitau yang kalau selepas IUI tu ada darah keluar, memang normal and jangan risau.

Abes je proses tu, dia suruh aku baring dengan selesa (ade la dekat 30 min kot). Sempat aku tanya kat nurse camne kadar keberjayaan. Dia kata so far okey je. Huhu.... tapi tu la... kita tak tau rezeki orang lain kan. Yang penting kena redha.

Kemudian nurse bagi injection untuk suburkan telur. Bayaran untuk IUI ni RM 900 + RM 90 injection untuk suburkan telur.

Otw balik, my hubby tanye camne. Aku kata sakit... pastu perasaan cam tak best la sebab kita yang bersusah. Kendian dia tanye, nape plak susah? Kangkang je kan? Ish geram plak dengar. Lelaki memang kan????

Memula ingat nak share2 cost IUI ni. Tapi lantak dia sorang bayar. Hahahaha.... padan la muka! Balik tu lunch kat Myeongdong Restaurant kat Tropicana Golf Resort. Sedap tapi mahal.

Kebetulan Yamin tak sekolah sebab UPSR. Amik dia kat rumah my mom and aku tido sampai petang. Cam lemah je rase. Huhu.... aku tak berani nak minum banyak2 sebab taknak terkencing. Mana la tau ada darah & rase pedih. Huhu... fobia tau!

Petang tu (after Asar), baru lah rase nak terkencing. And kat seluar dalam ada darah. Agak banyak gak... darah tu keluar selama 3 ari tapi tak la kerap cam period. Sikit2.

Oh yea, nak share. Kata Doktor Aimi, since aku pernah operate (time bersalin Yamin), if IUI kali pertama ni tak berhasil, next cycle, dia akan tebuk 3 lubang (ngeri plak bunyinya), and check kalau time operate tu, Doktor sebelum ni maybe terjahit laluan masuk ke telur. Hmm.... ntah nape aku pun rase maybe sebab kan, aku ngan hubby bukan la ada masalah yang teruk sangat kan? Mungkin itu salah satu faktor. Tengok jela minggu ni. Sepatutnya my period 30hb Sept.

Kita tunggu dan lihat ye? Sebenarnya, lepas melalui proses IUI ni, aku dah berenti berharap / redha dah. Ada benda memang bukan 'kawalan' kita. Huhu....