Last minutes nyer plan, my hubby keep asking nak gi mana. Dia search all over n lastly, we decided nak gi Perlis juga akhirnya. Patut la mata kiri asek berkedip2 je. Bila tanye mak, dia kata orang dulu2 kata 'nak tengok benda'. Soalannya benda ape? Seram plak memikirkannya.
Khamis dah cuti utk birthday Nabi Muhammad s.a.w
Rabu malam Khamis tu, my hubby da cakap. Kene gerak untuk mengelakkan jem. So, kami gerak kol 3 pagi. Aku pun standby kemas2 baju n bawak bantal sebijik dalam kereta. Duduk seat belakang untuk memudahkan Yamin baring. N cam biasa, aku n Yamin tido sepanjang jalan. Haha... memang tak boleh harap kan? Well, tido2 ayam. My hubby ni memang unbelievable lah! Cam tak ngantok. Berenti sekejap kat R&R sebanyak 2 kali untuk toilet.
Almost 7.30am, kami da sampai R&R Semanggol. Releks jap. And still too early gak nak check in ke per. My hubby suggest kitaorang masuk Penang untuk sarapan pagi. Layan je.
Hmm... google punya google, kami singgah kat food court kat Gelugor, Penang. Time jalan masuk, aku ternampak Nasi Lemuni n decided nak try. Ape ek nasi lemuni ni? Erm, aku dapat tau dari sorang staff kat opis aku ni. Dia orang Penang la kan? Mak dia selalu masak nasi ni. Kaler itam tu datang dari sejenis daun yang dinamakan daun lemuni. Ofkoz la datang dari pokok lemuni kan? Hahahaha... Selalu dia makan dengan ayam masak merah, tapi aku tengok kat food court tu, dia cam jual bungkus kecik nasi lemak. My hubby beli 3 bungkus. Rasenya takde beza sangat ngan nasi kerabu tapi takde la ulam2nya kan? Ada sikit bau. First time try, maybe ada yang tak suka. Cam aku yang suka ulam2 ni, aku memang suka je. My hubby plak masuk golongan yang tak suka. Yamin plak taknak try. Dia tu memang. Last2, satu bungkus lagi, aku sedekah kat family duduk meja sebelah. Harga nasi lemuni ni RM 1.50 sebungkus.
Kemudian, kami slowly meneruskan perjalanan ke Alor Setar. My hubby booking bilik kat Seri Malaysia, sebelah Stadium Alor Setar. Oleh kerana terlalu awal, kami ronda2 dalam kereta area Alor Setar tu. Yamin siap mintak KFC for lunch lak tu. Budak2 sekarang, suruh makan benda berkhasiat takmo. Check in dalam pukul 1.30pm n rehat dalam bilik. My hubby apelagi, ngorok la dia. Huhu...
Lepas Asar, kami jalan2 area Alor Setar. My hubby nak g try Mat Cucur Udang. Nama kedai ni cam biasa2 je kan? No no no, don't judge the book by it's cover. Cucur udang kat tempat ni sedap habaq hang! Lokasinya pun tak jauh sangat dari hotel kami. Ofkoz tak boleh jalan kaki, cari guna waze. Kedai food court kecil tepi jalan. Selain cucur udang, kedai ni jual gak tahu goreng, udang besar goreng. Cicah dengan kuah yg not bad tapi aku rase kurang kick sikit la kuah tu. Sori bang Mat, walaupun camtu, kitaorang tambah 2 kali. Haha... memang sedap!
Kemudian, my hubby drive gi Gunung Keriang. Cantik pemandangan kat sini walaupun kat kaki gunung tu tak sure boleh buatpe. Nampak couple dating adelah. Sebelum nak masuk Gunung Keriang tu ada perkampungan dengan sawah padi. Berlatar belakangkan gunung tu, memang cantiknya bumi ciptaan Allah ni. Untouchable & priceless. Memang syiok! Selain tu, ada ramai makcik2 yang tengah memancing ikan puyu. Yamin pun enjoy tengok makcik2 tu mancing. If datang bulan 1, mesti cantik tengok padi menguning. Sila abaikan gambar bawah ni. Aku da edit, gambar tu tak jadi vertical plak. Ntah ape kes.
Lepas tu, kami balik n tido.
Oh ye, nak citer sikit pasal Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Hotel ni, bangunannya agak lama. Agak menyeramkan sikit waktu malam. Sori, ini memang honest opinion. Yamin pun cakap 'bangunannya cam takut sikit'. Hihi...
Pagi tuh, kami sarapan pagi kat hotel. Sekali ngan pakej hotel tu. With breakfast la omputih kata. Takde banyak yang menarik. Ada laksa Kedah. Yamin sangat suka laksa tu. Bagi aku, rase biasa2 je laksa tersebut.
Kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan dari Alor Setar cuma 2 jam. Bila da masuk Perlis tu, ada nampak post polis dibeberapa tempat tapi takde la kena tahan. Jalan masuk ke Padang Besar tu cumalah ladang getah, kelapa sawit (kalau tak silap) n my hubby kata ladang tebu. Tapi oleh kerana musim takde kot, tak nampak la tebu.
Sampai Padang Besar, pukul 11 pagi. Tak susah nak cari parking sebab tak ramai orang n baru nak buka. Aku ingatkan Padang Besar tu cam pasar besar yang kene panjang, rupa2nya adalah bangunan arked yg agak lama. Keliling ada restoran2 masakan Thai kalau korang nak makan kat situ. Mostly barangan yang dijual adalah baju2, kerongsang n barang2 lain. Oleh kerana aku tak tau nak beli ape, aku just ikot my hubby beli barang je. Hoho... teman. Tapi nyesal habaq hang, aku tak beli kerongsang kat sini. Harganya tak la murah sangat pun, cuma gatal la tak beli pape. Haha... Utk Yamin, kami belikan 2 jeans baru. Dia da tinggi n tak muat. Jugak, kami belikan baju baru. My hubby beli baju jersey untuk diri dia. Untuk aku, aku beli sepasang Thai Silk untuk raya tahun ni. Haha... sangat la advance. Aku beli banyak makanan la... jumpa barang2 rare cam ubi kemili ni... aku beli 1kg je, tengok2 tak cukup...hahahaha.... buah salak ni warna merah n nampak menarik tapi sangat la silap besar aku beli sebab tak sedap. Lembik!
And then, Yamin ngadu lapar. Kami berenti makan kat food court tepi tu. Saranan aku, hati2 bila nak pilih kedai. Sebab once korang duduk, korang cuma boleh beli makanan n minuman kat kedai sama je. Tak boleh order dari kedai sebelah. Nak kata makanannya sedap, hmmm... tak sangat la. Aku n hubby tak makan. Yamin order sotong goreng tepung n nasi. Abes la gak dia makan... tapi bentuk masakan tak sama ngan restoran Thai kat Selangor la. N tak crunchy tepung dia. About tasteless. Kami makan kat Gerai No. 1 dari pintu keluar Arked. Harapan nak makan street food tak kesampaian sebab takde yang menarik. Trending sekarang kat Padang Besar ialah ice cream kelapa. Aku tak try sebab da penat. Takde ati dah... Hahaha...
Lunch kat satu restoran yang my hubby dapat dari google. Tok Mek nama restoran tu. Speciality adalah masakan kampung. Time sampai tu memang time makan tengahari. Malangnya oleh kerana ramai sangat, lauk2 da abes. Takde yang menarik untuk dikongsikan.
Balik tu, kami lalu pekan Changlun & singah kat Pekan Rabu Alor Setar. Hmmm... sebab Pekan Rabu ni baru pindah kat bangunan baru, banyak kedai tak bukak lagi. Barang pun tak banyak. Maybe kalau ada rezeki lagi, kot2 dapat kesini lagi, mungkin lebih banyak boleh dikongsikan. Tak beli pape pun. Kami masuk tak sampai 15 min n rasa boring. Minum kejap kat food court tepi Pekan Rabu, then balik.
Malam tu agak tricky sket nak cari tempat makan. Memang no idea nak makan ape. My hubby google n search seafood restoran kat celah mana tah. N restoran tu sangat terceruk n ramai orang, so kami drive ke bandar n end up makan kat restoran Thai sebelah Masjid Zahir. Masuk2 restoran tu, dia habaq awai2 ada 2 orang booking, so akan lambat sikit. Jadi kami amik pakej untuk 2 orang makan. Ada siakap 3 rasa, tomyam, telur bistik. Memang berbaloi la untuk kami 3 orang makan. Siakap 3 rasa tu sedap cam biasa, tapi makanan lain rase biasa2 jela. RM70 tak silap pakej tu. Oleh kerana kualiti kamera yang tak berapa cantik, tak dapat la nak upload gambar. Sori ye?
Hari Sabtu, kami standby nak balik. Sebelum balik, kami singgah kat Rumah Kediaman Mahathir Muhammad, our ex PM. Free je masuk kawasan rumah ni, ada beberapa galeri yang menyediakan pelbagai jenis pameran darilah beliau kecil, karier politik. Senang cakap, semua ada! Tempat tuh ada guard n paling penting well maintain. Memang sesuai nak bawak anak kesitu. Yamin yang clueless, tanya itu ini.
Sebelum balik, kami singgah makan kat Laksa Ikan Sekoq. Laksa yang dihidang dengan seekor ikan kembung. Memang sedap la... siap bungkus bawak balik. Harga RM 4. Sampai rumah pun boleh makan lagi. Sedap!
Itu jela yang aku nak kongsikan. Maka, tinggal negeri Kelantan je yang aku belum penah gi betul2. Aku penah lalu je untuk ke Terengganu time belajar dulu. Harap nanti my hubby bawak kami gi jalan2. Selain tu, aku tak penah gi Sabah Sarawak. Kita jalan2 Malaysia dulu no....
No comments:
Post a Comment