Monday, 25 January 2016

Azam 2016 : Bulan 1

Yup, inilah aku... memang bosan dengan Azam Tahun baru yang takkan tercapai. Tahun 2016 ni, aku nak cuba pendekatan lain plak. Bosan dengan azam2 yang tak tercapai, baik aku pilih Azam yang boleh dicapai. Betul tak? 

Maka terciptalah Azam bulanan 2016. Tetiap bulan, aku akan pilih list-kan beberapa Azam tahun baru & lastly akan go ahead dengan satu je yang aku rasekan penting. Tak kesah la Azam tu adalah untuk diri sendiri ke, atau untuk orang lain. Ingat la, moto kehidupan aku adalah mengembirakan diri sendiri tapi juga, orang disekeliling aku. 

Well untuk bulan 1, aku dah list-kan final Azam yang nak dibuat antaranya:

1. Aku nak beli seluar baru & 2 baju untuk kerja. Bila ek last sekali aku beli baju untuk keje? Ages ago! So simple la plak azam bulan 1 aku kan?

2. Tukar matawang asing. Padahal nak tukar RM500 je pun. Hihi.. yang ni memang tak tahan la.. memang super keji bila dikenang kembali. Konon untuk percutian akan datang tapi cam rugi je kan? Yup... duit Malaysia sangat la jatuh menjunam sekarang. Nak tukar gi Yen pun rugi. Australia ape tah lagi. Istanbul cam okay, tapi tak sesuai gi sana sekarang (minggu lepas ada bom!) Huhu... Senang kata, selagi tak finalize lagi mana nak gi, memang takde la aku nak bercita2 sangat.

Dan akhirnya aku memilih Azam bulan 1 adalah :

3. Untuk start makan lebih banyak sayur & buahan. Haha... boleh ke? Sekarang aku start kurangkan pengambilan nasi. So, cukup la untuk memulakan bulan 1 dengan kehidupan yang lebih cemerlang. Gagagaga... Oleh kerana aku sangat suka makan, dan paling suka makanan yang ada karbohidrat cam nasi & mee, tetiap bulan aku akan makan sekali je heavy food. Bulan 1 aku dah pilih makan nasi lemak dengan 2 sudu nasi shj. Memang da tersangat lama tak makan nasi kerabu feberet tapi nak buat camne kan? Dan start bulan 1, aku start buat simple exercise dirumah. Tak amik masa yang lama. 5-10 min sehari je. Setakat 3 minggu ni, ada la sikit kesan tapi masih belum berpuas ati dengannya. Doakan aku istiqamah ye? Mekaseh all~





No comments:

Post a Comment